X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

5 min bacaan
11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Semua wanita akan mengadu tentang berat badan selepas bersalin. Selebriti pun tak terkecuali. Ini tips turun berat badan dari 11 artis yang boleh anda cuba.

Tips menurunkan berat badan dari selebriti terkenal

Masalah berat badan adalah masalah biasa yang dihadapi oleh hampir semua orang.

Dan semuanya bergelut untuk berat badan yang lebih ideal – lebih-lebih lagi mereka yang sudah beranak. Selebriti juga tidak terkecuali dari bergelut dengan isu berat badan ini!

Tapi ibu-ibu jangan terlalu risau, kerana apa yang penting ialah utamakan kesihatan. Pinggang yang ramping jatuh ke tangga kedua.

Mari lihat barisan selebriti yang telah mentransformasikan diri mereka dengan cara menurunkan berat badan dengan sihat ini. Anda pasti akan teruja untuk menurunkan berat badan juga!

*Semua gambar berikut adalah dari Pinterest

1. Christina Aguilera

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Christina Aguilera

Ini artis yang dulu popular dengan lagu “Genie in a Bottle” ketika hanya berusia 17 tahun.

Christina Aguilera terkenal dengan badannya yang halus tapi dengan suara yang besar. Namun semuanya berubah setelah artis ini menjadi ibu. 

Tapi, setelah mendapatkan bantuan jurulatih dan cef peribadi, Christina Aguilera telah mendapat bentuk badan seperti sebelum hamil. 

Kuncinya di sini adalah pemakanan yang sihat dan rutin senaman yang anda tak boleh abaikan!

2. Jennifer Hudson

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Jennifer Hudson

“Saya lebih bangga dengan penurunan berat badan saya berbanding anugerah Oscar saya!” ujar Jennifer Hudson di dalam majalah Self.

Apa yang mendorongnya menurunkan berat badan?

“Ia bermula semasa saya hamil David yang kini berusia 2 tahun, dan saya terfikir, ‘Nanti dulu – mengapa tiada yang tahu saya hamil?'” katanya.

“Dan saya mahu menunjukkan contoh yang baik kepada anak saya. Selepas melahirkannya, saya cuba berubah.”

Anda boleh menggunakan dorongan seperti ini untuk menurunkan berat badan anda itu.

3. Britney Spears

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Britney Spears dulu dan sekarang

Puteri Pop ini yang telah melalui pelbagai kisah suka dan duka sejak lagunya Baby One More Time, dan berat badannya turun naik umpama yo-yo! 

Namun kini dia sihat dan gembira. Itu yang penting! 

4. Chris Pratt

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Chris Pratt

Dia sudah memenangi hati peminat sebagai watak Andy Dwyer yang tembam dalam Parks and Recreation, tapi apabila dia menurunkan berat badan untuk membintangi filem Guardians of the Galaxy, satu dunia mula memberi perhatian kepada lelaki ini.
 
Sekarang dia bukan sahaja comel, malah menawan hati!
 
Kuncinya? Senaman dan nekad yang kuat.

5. Jonah Hill

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda
Stories Rakan Kongsi
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!

Jonah Hill

Jonah Hill dikenali sebagai seorang yang berbadan besar di dalam karier lakonannya. Namun baru-baru ini Jonah membuat keputusan untuk kesihatannya. Dan ia sangat bagus untuknya! 

“Saya terfikir sejenak dan saya kata saya mahu menjadi lelaki,” ujarnya kepada ABC News.

“Dan ia bermakna dengan karier dan dengan kesihatan.” 

Untuk menurunkan berat badan, Jonah menjaga tabiat makannya.

Dia telah mendapatkan nasihat pakar nutrisi yang menyarankannya mengubah tabiat makannya.

“Saya mendapati makanan Jepun sangat membantu kesihatan saya.”

Jadi, jom sushi!

6. Jordin Sparks

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Jordin Sparks

Jordin Sparks sentiasa dikenali dengan rupa parasnya yang manis, namun dia membuat keputusan untuk menurunkan berat badan apabila dia sedar yang dia tidak sihat.

“Ianya sebelum hari lahir saya yang ke 21. Saya menghidap pneumonia, tidak dapat bernafas dan lesu,” beritahunya pada majalah Self.

“Saya masih ingat berfikir, “Saya di kemuncak, saya sepatutnya gembira dan sihat.’ Di saat itulah saya membuat keputusan yang perlu dibuat. Saya tahu perjalanan saya masih jauh. Saya tidak bersenam, diet saya kacau bilau. Saya perlu semak bila, apa dan berapa yang saya makan.”

Dan kini berkat nekad dan senaman yang diamalkan, lihatlah Jordin Sparks sekarang!

7. Adele

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Adele

Apabila penulis lagu ini muncul buat pertama kali dengan albumnya “19”, Adele mempunyai berat badan yang berlebihan dan langsung tidak kisah akan hal itu.

Kami selalu mengkagumi keyakinannya, tetapi kami juga bangga melihat usahanya untuk menjadi lebih sihat.

Pendekatannya untuk menurunkan berat badan adalah secara sihat.

“Saya akan mendapatkan bentuk badan ideal, tetapi bukan untuk jadi kurus atau seumpamanya,” jelasnya kepada Rolling Stone.

8. Zach Galifianakis

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Zach Galifianakis

Apabila Zach Galifianakis muncul di karpet merah pada tahun 2014, seluruh dunia tercengang.

Mengapa? Lelaki yang dikenali sebagai orang kelakar ini telah kehilangan lebih 50 pound berat badannya dan menjadi lelaki yang amat berbeza!

Tetapi peminat jangan risau – dia masih kelakar seperti selalu.

Apabila ditanya tentang penurunan berat badannya yang mendadak, dia berjenaka “Bukan, saya hanya… sedang mati.”

Rahsia cara dia menurunkan berat badan tak diberitahu pula oleh artis lawak ini!

9. Mariah Carey

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Mariah Carey

Berat badan Mariah Carey naik dengan mendadak selepas bersalinkan anak kembarnya Moroccan dan Monroe, tetapi kurus semula selepas berdiet dan bersenam.

“Saya rasa hebat,” beritahunya pada majalah Us selepas berjaya menurunkan berat badannya.

“Ia merupakan satu rahmat untuk ada anak, tetapi saya rasa terperangkap dalam badan sendiri kerana tidak dapat bergerak.

Saya bangga dengan usaha keras saya untuk mendapatkan bentuk badan saya semula… saya perlu lakukan ini untuk saya.” 

10. Kirstie Alley

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Kirstie Alley

Selepas siri Cheers berakhir, berat badan Kirstie Alley telah naik mendadak hingga sukar untuk dikenali.

Namun dengan bantuan syarikat pengurusan berat badan, Jenny Craig, dia berjaya menurunkan 50 pound dan mendapat bentuk badan asalnya. Dan dia bertekad untuk mengekalkannya.

“Sasaran saya ialah untuk mengekalkan ini seumur hidup saya.. saya rasa saya berjaya mencapainya sekaran,” dia memberitahu Today.

“Saya seorang yang degil. Awak tahu saya pernah mengambil dadah, saya mengambil masa untuk berhenti, berhenti, dan berhenti – kemudian ia berakhir.

Dan saya rasa itu yang terjadi kepada saya sekarang (penurunan berat badan).”

11. Kelly Osborne

11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda

Kelly Osborne

Kelly Osborne sentiasa mempunyai cita rasa fesyen yang sangat cantik dan menakjubkan serta senyuman yang menawan dan sekarang bentuk badan yang hebat!

“Apabila saya melihat cermin sekarang, ia sangat berbeza,” katanya kepada majalah Us.

“Untuk pertama kali, saya melihat diri sendiri dan bangga untuk tidak membenci setiap apa yang saya nampak.

Transformasi ini adalah proses yang sungguh sihat dan menarik. Rasa seperti satu perasaan yang membebani saya hilang.”

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tak Sangka 9 Cara Pelik Ini Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan!

Apa Rahsia Beyoncé Boleh Kembali Hot Begini Selepas 4 Bulan Bersalin Kembar?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Fesyen
  • /
  • 11 Transformasi Selebriti Terkenal Yang Akan Beri Inspirasi Kepada Anda
Kongsikan:
  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • 14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

    14 Baju Tema Merdeka Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan, Idea Baju Yang Unik Dan Menarik!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham