Bahaya 'Microsleep' Jika Ibu Terlelap Sekejap Ketika Menyusu, Ini Cara Mengatasi

Untuk menyusu anak dengan selamat, kami bawakan satu tips menyusu badan yang penting ini - elakkan kejadian microsleep. Apa itu microsleep?

Ibu-ibu pernah tak terlelap sekejap ketika menyusu anak? Lebih-lebih lagi pada waktu tengahari dan ibu menyusu sambil berbaring. Ha… di sini kami ingin beri satu tips menyusu badan yang amat penting.

Ibu menyusu harus mengambil tahu tentang bahaya terlelap sekejap ketika menyusu bayi. Terlelap selama 20 saat saja pun sudah cukup untuk membawa maut!

Terlelap sekejap dikenali sebagai microsleep.

Tips menyusu badan yang penting: Hati-hati dengan microsleep

Kredit: Mom Junction

Microsleep ialah satu episod tertidur atau terlelap sekejap dalam masa 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa amaran. 

Selalunya, kejadian terlelap sekejap ini boleh berlaku ketika anda memandu, memandang skrin TV atau komputer terlalu lama dan ketika menyusu. Jika tidak ditangani, ia boleh membawa padah!

Ada kes bayi tersedak susu kerana ibunya tertidur ketika menyusu! Sebab itu ibu harus tahu tips menyusu badan yang satu ini.

Adakah ibu yang menyusu cenderung untuk kena microsleep?

Ya, microsleep boleh berlaku pada sesiapa saja. Namun, individu yang paling berisiko ialah individu yang kurang tidur atau yang melakukan sesuatu tugas membosankan dan berterusan.

Individu yang kurang tidur seperti seorang ibu menyusu akan memiliki banyak “hutang tidur” dan akan lebih kerap mengalami microsleep.

Ini kerana semakin banyak waktu anda dihabiskan bukan untuk tidur, semakin banyak tidur yang anda perlu dapatkan. Maka, anda akan semakin cepat mengantuk.

Kepenatan yang anda tanggung akan mendorong microsleep untuk lebih kerap berlaku. Sebab itu anda perlu peka dengan tanda-tanda microsleep.

Perhatikan tanda-tanda jika anda mengalami microsleep. Antara tanda-tandanya ialah:

  1. Anda akan mula melakukan renungan kosong yang entah ke mana
  2. Kepala asyik tersengguk-sengguk mengantuk
  3. Kekerapan berkelip semakin kurang
  4. Berlakunya hypnic jerk, seakan tendangan mengejut
  5. Tidak boleh mengingati sebarang benda last minute

Tips menyusu badan yang selamat: Dapatkan tidur yang mencukupi

Kredit: Alpha Mom

Tidur yang mencukupi? Mana ada istilah itu dalam mana-mana hidup seorang wanita yang telah menjadi ibu. Sebab itu anda harus bijak untuk mengamalkan tips menyusu badan dengan selamat ini.

Mendapatkan tidur yang mencukupi bukan bermaksud anda perlu tidur hampir 3 hingga 4 jam untuk “menggantikan” tidur yang anda tidak dapat.

Sebaliknya, dapatkan power nap atau tidur sebentar selama 20 minit ketika bayi juga tertidur. Nap selama 20 minit ini sudah cukup untuk menambah tenaga dan menepis microsleep.

Anda tidak digalakkan untuk tidur selama 30 minit kerana ia akan memakan tenaga anda dan anda mungkin akan lebih mengantuk selepas itu.

Para suami juga boleh menjadi “co-pilot” ketika isteri menyusu agar mereka tidak tertidur. Duduklah di sebelah isteri dan temaninya ketika proses bonding ini. 

Cara elak tertidur ketika menyusu

Anda mungkin keletihan dari semua rutin penjagaan bayi dan lebih-lebih lagi, bayi anda mungkin akan menyusui pada waktu tengah malam. Apabila anda merasa terlalu mengantuk, ada beberapa trik yang boleh anda gunakan untuk berjaga-jaga agar tidak tertidur. Berikut adalah beberapa yang kami cadangkan:

#1. Bangun dari katil

Tindakan bangun dari katil dan berjalan ke bilik lain cukup untuk membangunkan anda untuk jangka masa yang panjang. Cuba buat kebiasaan berpindah dari satu tempat ke tempat setiap 20 minit bergantung pada bagaimana anda bekerja.

#2. Edit foto

Saya pasti anda mengambil ratusan foto setiap hari tetapi tidak mempunyai masa untuk mengeditnya untuk Instagram dan Facebook. Cuba luangkan masa untuk menatal gambar anda dan mengeditnya agar tetap terjaga.

#3. Menonton TV

Sekiranya menonton TV adalah sesuatu yang membuat anda terus aktif dan terjaga, maka cuba tayangkan rancangan Netflix atau Amazon Prime yang telah anda tonton di senarai tontonan untuk jangka masa yang panjang.

Minum air dan makanan ringan. Sekiranya makan tengah malam membuat anda merasa letih, maka cubalah minum segelas air yang tinggi untuk memastikan anda tetap sejuk dan terjaga. Juga, sebilangan kecil makanan ringan adalah kaedah yang baik untuk memastikan metabolisme anda berterusan.

#4. Bermain game

Letakkan otak anda untuk bekerja dan terus terlibat dengan bermain beberapa permainan telefon pintar dengan rakan anda. Ini adalah cara yang baik untuk berjaga-jaga dan bahkan dapat berjumpa dengan rakan dan keluarga semasa anda menyusu.

Apapun cara anda untuk mengelak risiko microsleep dan mengamalkan tips menyusu badan yang selamat, kami mendoakan agar semuanya berjalan lancar. 

Jangan lupa kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Alaska Sleep Clinic, Sleep Habits

Kredit gambar: Mom Junction

Baca juga: 5 Kesalahan Yang Biasa Dibuat Ibu Menyusu Boleh Bawa Bahaya

Penulis

Ayu Idris