Pelbagai peringkat dalam proses kehamilan perlu ditempuhi ibu hamil antaranya termasuklah peringkat kena minum air gula bagi memastikan mereka ini ada GDM atau sebaliknya ketika hamil. Jadi tips minum air gula penting juga ya!
Tetapi ada ibu hamil yang lain pula relaks dan tenang saja, mungkin pada mereka ia hanya air gula. Walau di mana saja kategori anda, mungkin ada tips yang anda perlukan untuk melalui proses minum air gula ini.
Tips minum air gula ada caranya supaya tak muntah
Menurut perkongsian Dr Muhammad Izzat, katanya minum air gula ini bukan suka-suka dibuat untuk ‘mendera’ ibu hamil tetapi ia adalah ujian saringan untuk lihat dan periksa sama ada ibu hamil ini menghidap kencing manis ketika hamil atau sebaliknya.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan.
Jadi ingat ya ibu-ibu, jangan suka-suka skip minum air gula, kerana ia penting untuk kesihatan dan keselamatan anda serta bayi. Jangan menyesal di kemudian hari pula. Lebih baik tahu lebih awal supaya segala kemungkinan berlakunya kemudaratan dapat dielakkan.
5 tips minum air gula supaya tak muntah
Ini tips yang dikongsikan doktor ya. Ia bagi mengelakkan anda muntah selepas minum air gula.
#1. Kosongkan perut sebelum minum
Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
#2. Lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga, lapar
Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam. Sebab itu jururawat di klinik pesan supaya anda perlu puasa sebelum minum air gula
#3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je
Jangan minum ]perlahan-lahan kerana ini akan buat kita rasa loya. Cuba minum sekali teguk saja.
#4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau
Tidak kiralah anda mahu tutup hidung ataus sebagainya, yang penting anda tidak terbau air gula itu kerana ada ibu yang sensitif terhadap baunya menjadikan mereka mahu termuntah.
#5. Minum semasa air gula masih suam
Sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat. Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula.
Perkara yang disarankan dibuat jika disahkan GDM ketika hamil
Jangan panik jika disahkan GDM ketika hamil. Ada beberapa perkara ibu hamil boleh lakukan dalam mengurangkan kesannya.
#1. Senaman sederhana
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!
Berjalan akan menyebabkan wanita hamil lebih aktif dan mengeluarkan peluh. Tidak perlu terlalu memaksa diri buatlah mana yang termampu saja dengan diri anda.
#2. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah
Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
#3. Makan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates)
Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.
#4. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap
Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dr Muhammad Izzat, Dr Norintan Zainal Abidin Shah
Baca juga:
Kencing Manis Semasa Mengandung (GDM): Punca, Tanda & Risiko Pada Ibu Serta Bayi