Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga

Tidak kira sama ada anda seorang ibu bekerja atau ibu yang sibuk menguruskan keluarga, anda wajib menjaga diri yang sebaiknya untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Ini 5 tips penjagaan diri yang mudah untuk anda lakukan hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu-ibu bahawa adalah amat penting untuk anda mengamalkan tips penjagaan diri yang baik untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental anda? 

Manakan tidak, apabila sudah sibuk uruskan anak, suami, keluarga dan tugasan harian di rumah, sudah pasti masa anda lebih banyak tertumpu untuk menguruskan orang-orang yang tersayang dalam hidup anda. 

Disebabkan ketiadaan masa untuk diri sendiri, banyak perkara negatif boleh berlaku pada ibu-ibu yang sibuk. Antaranya ialah tekanan, kurang motivasi, kepenatan yang melampau dan akhir sekali, ibu-ibu juga cenderung untuk jatuh sakit.

Ibu-ibu semua, anda harus sedar bahawa anda memerlukan juga memerlukan masa dan fokus untuk kesihatan diri sendiri. Kalau dah jatuh sakit, anda juga yang susah dan keluarga anda pun pasti bertambah risau.

Love yourself first.

Bagaimana Untuk Pilih Kesihatan Diri? Cuba Tips Penjagaan Diri Ini

Ibu-ibu, anda wajib sayang diri anda dan kami nak kongsikan kepada anda 5 cara terbaik dan tips penjagaan diri agar anda boleh menjaga diri anda dengan lebih baik. Inilah saatnya!

#1 Buat aktiviti fizikal

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda selalu bawa anak anda berjalan? Kali ini, ibu-ibu boleh ambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri dengan membuat pelbagai aktiviti fizikal.

Inilah rahsianya untuk mana-mana ibu untuk kekal bertenaga dan cergas. Dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal, anda juga boleh berasa gembira kerana senaman terbukti meningkatkan hormon endorphin dan dapat mencegah kemurungan.

Anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan tahap kecergasan anda. Sebagai permulaan, anda boleh berjalan di sekitar taman dan menghirup udara segar atau ibu-ibu nak berjoging pun boleh. 

Janji anda dapat melakukan apa-apa sahaja aktiviti fizikal yang membuatkan anda bergerak dan berpeluh. Elok tau untuk kesihatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Cari masa untuk lakukan aktiviti kegemaran anda

Kredit: iStock

Ini sangat penting ya. Ibu-ibu juga perlukan masa untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti kegemaran ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah saat dan waktunya untuk anda semua relaks dan merehatkan minda setelah seharian melakukan tugasan rumah dengan memperuntukkan masa untuk diri anda sendiri.

Anda boleh lakukan apa sahaja yang anda mahukan atau buat sesuatu yang baru!

Anda boleh belajar resepi memasak yang baru, berkebun, belajar dan masuk ke kelas untuk mengasah kemahiran yang anda ada.

Tidak kira apa sahaja yang anda lakukan, pastikan ianya adalah sesuatu yang anda mahukan untuk diri anda sendiri dan sesuatu yang anda seronok lakukan. Ibu-ibu pun nak ada aktiviti sendiri kan?

#3 Aktiviti rangsang minda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Kesibukan bukanlah satu alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menajamkan minda anda dan membuatkan fikiran anda lebih cerdas.

Bukan badan sahaja yang perlu latihan tau, fikiran anda pun sama. Cara paling mudah adalah dengan membaca buku terutamanya bila anda dapat baca buku kegemaran anda. 

Selain membaca, anda juga boleh menulis diari atau jurnal anda sendiri. Membuat teka silang kata atau permainan yang mencabar minda yang boleh membantu otak anda kekal cerdas. 

#4 Manjakan diri anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Masa untuk memanjakan diri! Ibu-ibu juga perlu waktu untuk memanjakan diri mereka tau. Pada waktu inilah, anda boleh berehat untuk mengembalikan tenaga pada tubuh anda.

Apa yang anda boleh lakukan untuk memanjakan diri anda?

Bila kita sebut mengenai aktiviti memanjakan diri ini, mesti ada ibu-ibu yang terfikir mengenai spa kan?

Anda tidak perlu pergi spa untuk memanjakan diri kerana anda boleh buat rawatan spa di rumah. Yang penting, pada hari tersebut anda dapat relaks sepuasnya dan fokus kepada diri anda. 

#5 Ambil masa untuk bersama kawan-kawan 

Kredit: iStock

Masa untuk cas semula tenaga anda dengan berjumpa dengan kawan-kawan anda. Sebagai seorang ibu, anda memerlukan sokongan emosi dan moral daripada yang tersayang.

Ini dapat dilakukan menerusi waktu berharga bersama rakan-rakan anda.

Oleh sebab, situasi sekarang tidak menggalakkan perjumpaan secara fizikal, anda boleh lakukan perjumpaan dalam talian!

Tidak semestinya anda perlu berbual sahaja, anda juga boleh menonton filem bersama-sama seperti Netflix party, menarik kan?

Sahabat anda lebih mengenali anda dan sokongan mereka sememangnya amat bermakna untuk membantu anda mengharungi apa juga cabaran. Malah, ia sangat bagus untuk kesihatan mental dan fizikal anda.

Jadi, jangan lupa jumpa kawan-kawan anda selepas ini. 

Mulakan hari anda dengan menikmati secawan minuman coklat yang lazat

Kredit: iStock

Tiada yang lebih baik daripada menikmati secawan minuman coklat hangat untuk memulakan hari anda.

Sebab itulah, Ibu-ibu wajib cuba minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 kerana ianya tidak mempunyai sebarang perasa koko tiruan.

Rasanya diperkaya dengan rasa coklat asli dan padat dengan kelazatan coklat dengan kebaikan 100% biji koko yang diperam. Bagi peminat minuman coklat, anda dapat menikmati kemanisan semula jadi dengan Gula Batu Premium dalam minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 ini. 

Kalau anda semua nak tahu, minuman coklat mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Sebab itulah, rugi kalau ibu-ibu tidak cuba minuman coklat ini hari ini. Kami beritahu anda 3 sebab mengapa anda perlu mendapatkan minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1.

  1. Pantas dan mudah disediakan.
  2. Boleh diminum seisi keluarga.
  3. Sesuai untuk semua ibu terutama ibu yang sibuk bekerja.

Inilah masanya untuk ibu-ibu jaga diri ibu semua dan ianya bermula dengan minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1. Pastikan anda mencuba perisa terbaru iaitu minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 dengan perisa Pudina untuk lebih kelainan dalam minuman coklat anda. 

Dah rasa teruja untuk cuba minuman coklat dari Chek Hup ini?

Ini hadiah untuk anda daripada kami.

Dapatkan potongan 25% untuk setiap pembelian produk Kokoo dari Chek Hup eksklusif untuk pembaca theAsianParent!  

Anda hanya perlu tebus baucar dengan klik laman web ini.

Tunggu apa lagi?

Jom tebus baucar anda sekarang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa

Baca juga: Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Baca juga:  8 Ciri-Ciri Sihat Yang Ada Pada Ibu Gembira, Tak Ada Pada Ibu Pemarah