“Marissa dan Blake Briar mendapat panggilan telefon yang tidak satu ibu bapa pun ingin dengar. Harper didapati tidak memberi sebarang tindakbalas dan perlu dibawa ke hospital,” demikian menurut salah seorang ahli keluarganya di laman GoFundMe.
Kes penganiayaan bayi kini semakin menjadi-jadi, malah paling sadis apabila ia berlaku di pusat asuhan! Semoga kisah tragis berikut menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan pengasuh yang baik untuk si manja anda.
Kes Harper Briar, Meninggal Dunia Akibat Diberi Pil Penenang Di Pusat Asuhan
Harper Rose Brian, bayi comel berusia 6 bulan menjalani hari terakhir di pusat asuhan selepas ditinggalkan oleh ibu bapanya, dan tidak menyangka itu merupakan pertemuan akhir mereka.
Menurut People, Stacey Vaillancourt, 53 tahun dituduh membunuh dan bertindak kejam kepada Harper. Semasa bayi tersebut ditemui, badannya memiliki kandungan pil penenang diphenhydramine dos berlebihan yang sengaja diberikan oleh pengasuhnya itu!
Kronologi Kes Pembunuhan Harper Briar
Pada hati kematiannya, Harper dihantar ibu bapanya ke Vaillancourt’s Daycare dalam keadaan sihat dan tersenyum seperti kebiasaannya. Namun pada hari berikutnya, bayi comel tersebut ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
“Semuanya seolah mimpi, malah saya tidak boleh tidur. Saya tidak mampu membuka mata dan tidak lagi melihat senyumannya yang ceria..saya tidak mampu berbuat apa pun…”kata Blake Briar di laman Facebooknya. “Harper merupakan perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup saya, kami akan selalu menyayangimu. Ayah sayangkan kamu Harper Rose Briar, berehatlah dengan tenang puteri ayah yang cantik..”
Tips Memilih Pusat Asuhan Yang Baik
Menurut kajian yang dijalankan oleh US National Institutes of Health, kanak-kanak yang diletakkan di pusat asuhan yang berkualiti akan mendapat prestasi akademik dan kemajuan kognitif yang baik. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada pusat asuhan tersebut ya ibu, jadi jom semak tips pemilihan pusat asuhan di bawah:
#1 Reputasi Yang Baik
Jika anda membuat keputusan untuk mencari pengasuh anak, pastikan reputasi pusat asuhan tersebut. Dapatkan feedback atau testimonial jujur dari ibu bapa yang menghantar anak di tempat yang sama.
Semak berapa lama pusat asuhan tersebut beroperasi dan sistem yang dijalankan. Pastikan pusat asuhan tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak pernah mempunyai kes penderaan agar anak dijamin selamat di sana.
#2 Lakukan Survey
Sebelum menghantar anak, pastikan anak telah membuat survey ke atas beberapa tempat yang berpotensi. Tanya tentang rutin penghantaran dan pengambilan anak, dan tanya ibu bapa lain tentang keselamatan di pusat asuhan tersebut.
Lihat juga aspek lain seperti cara guru bekerja dan bagaimana mereka berinteraksi dengan kanak-kanak. Pastikan anda berasa tenang dan tidak ragu-ragu semasa menghantar anak di sana.
#3 Kemudahan
Ibu, pastikan kemudahan di pusat asuhan mencukupi. Pusat asuhan yang baik akan membuat sesi percubaan untuk setengah hari sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar anak anda sepenuhnya ke sana.
Di sinilah anda boleh mengetahui sama ada anda anda selesa di sana. Tanya kepada mereka tentang hal penting seperti aktiviti, kaedah pembelajaran, pemakanan dan cara mereka menangani masalah.
Selain itu, pastikan pusat jagaan tersebut mematuhi keperluan anak dan memiliki fasiliti yang bersih. Jika anak anda mempunyai alahan tertentu, beritahu pada guru atau pengasuh agar mereka boleh memberi perhatian khusus.
Perhatikan juga bilangan pengasuh disana, supaya bilangan guru cukup untuk menjaga bilangan anak asuhan agar setiap kanak-kanak diberikan perhatian yang secukupnya!
Dan akhir sekali paling penting adalah kata hati seorang ibu, jika anda merasa tidak selamat untuk anak anda ditinggalkan di pusat asuhan tersebut, lebih baik anda mencari yang lain ya. Semoga bermanfaat.
Pusat asuhan anak saya beri makan kepada bayi 5 bulan!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenderaan-kanak-kanak