TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

3 kebaikan menghantar anak ke taska, manfaat untuk ibu dan anak

3 min bacaan
3 kebaikan menghantar anak ke taska, manfaat untuk ibu dan anak

Mungkin ibu rasa tidak senang hati untuk menghantar anak ke taska. Tetapi taska untuk kanak-kanak sebenarnya banyak kebaikannya..

Terpaksa hantar anak ke taska tapi rasa tidak senang hati? Jangan bimbang ibu-ibu semua.  Sebenarnya, banyak kebaikan taska untuk anak anda.

Jadi jangan rasa bersalah, mari kita bincang serba sedikit tentang sebanyak manfaat menghantar anak ke taska. Lepas ini pasti anda tidak akan rasa bersalah lagi! 😉

Apakah kebaikan taska untuk anak?

 

1. Mengajar mereka cara untuk mengawal emosi dan kelakuan

kebaikan taska, taska, hantar anak ke taska, anak sekolah taska, taska untuk anak, hantar anak pergi taska

Kredit gambar: Kosmo

Menurut kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Psychiatry, salah satu kebaikan taska ialah kanak-kanak taska jarang mempunyai masalah emosi, keresahan pemisahan dan perangai suka mengasingkan diri.

Kalau berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa atau penjaga di rumah sepanjang hari, kelakuan kanak-kanak taska jauh lebih baik. 

Ini kerana interaksi bersama kanak-kanak lain boleh mengajar mereka untuk berkongsi, menyelesaikan masalah dan semangat kepasukan. Tetapi bukan itu sahaja kebaikan taska.

Dr Francine Lederer, seorang ahli psikologi klinikal di Los Angeles, berkata apabila kanak-kanak berada di bawah jagaan guru terlatih yang baik, mereka belajar cara yang betul untuk menyelesaikan konflik.

Lagipun, mengajar anak untuk mengawal emosi dari kecil akan membantu ibu bapa untuk mengendalikan anak apabila mereka mula membuat perangai.

2. Membantu perkembangan individu

kebaikan taska, taska, hantar anak ke taska, anak sekolah taska, taska untuk anak, hantar anak pergi taska

Kredit : Membumikan Pendidikan

Satu lagi kebaikan taska ialah mereka turut menyediakan program-program berkualiti untuk mengajar dan membentuk tingkah laku yang baik. Selain menimba ilmu, kanak-kanak berpeluang untuk bersosial, mendapat rangsangan dan kasih sayang yang membantu pertumbuhan peribadi anak anda.

Kanak-kanak yang dihantar ke taska lebih awal akan mempunyai kebolehan intelektual yang lebih tinggi.

Kebaikan taska juga termasuk lebih banyak peluang untuk memperhatikan cara kanak-kanak lain melakukan sesuatu, bermain bersama-sama dan bersosial, kata Dr Lederer.  

 

3. Membantu meningkatkan kesihatan fizikal di kemudian hari

kebaikan taska, taska, hantar anak ke taska, anak sekolah taska, taska untuk anak, hantar anak pergi taska

Kredit: Sukan Sentral

Tetapi anak saya yang pergi ke taska selalu sakit!
 
Jangan bimbang. Menurut jurnal JAMA Pediatrics, walaupun kanak-kanak taska di bawah usia 2 1/2 tahun sering sakit sepert batuk, selesema atau mendapat jangkitan telinga berbanding kanak-kanak yang tinggal di rumah, mereka akan jarang sakit selepas mula sekolah rendah.

Apakah kebaikan taska untuk ibu?

 
  1. Tak kira sama ada anda ibu bekerja ataupun suri rumah, menghantar anak ke taska boleh membantu ibu untuk menyusun tugas harian dan mengurus kehidupan sendiri.
  2. Ibu juga boleh mula bekerja semula! Ini akan memberi anda kebebasan secara kewangan selain memberi sokongan kepada suami. Bekerja juga boleh membantu anda mencari identiti sendiri.
  3. Sekiranya ibu cekap mengatur masa, anda mungkin dapat meluangkan masa lapang untuk diri sendiri ataupun bersama suami!

Jadi ibu-ibu sekalian, jika anda sudah lama memikir untuk menghantar anak ke taska, jangan rasa bersalah, kerana banyak kebaikan taska yang bukan hanya memberi manfaat kepada anak, tetapi ibu juga.

 

 

 

 

Sumber: Fox News, theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bila Waktu Sesuai Hantar Anak Ke Taska/Daycare? Panduan Lengkap & Tips Buat Ibu Ayah Kali Pertama

Stories Rakan Kongsi
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • 3 kebaikan menghantar anak ke taska, manfaat untuk ibu dan anak
Kongsikan:
  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

    Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

  • Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

    Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

    Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

  • Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

    Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham