Ramai ibu menyusu yang sering runsing, mahu berpuasa tapi takut kuantiti susu drop. Kali ini kami kongsikan tips puasa untuk ibu menyusu untuk rujukan ibu-ibu di luar sana.
Dalam Islam, wanita yang sedang hamil serta menyusukan bayi diharuskan untuk berbuka sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu dapat memberikan kemudaratan kepada ibu dan bayi.
Tetapi ada juga ibu yang jika boleh tak mahu tinggalkan puasa kerana tidak mahu mengganti puasa dengan banyak kelak.
Tips puasa untuk ibu menyusu
Ibu menyusu sering berada dalam dilema sama ada nak berpuasa atau tidak. Kadangkala faktor utama mereka takut berpuasa adalah kerana bimbang susu drop daripada kuantiti biasa.
Ada pula yang takut bayi tidak kenyang kerana ibu dalam keadaan perut kosong dan kuantiti susu juga sedikit. Itu yang mungkin berada di fikiran ibu-ibu yang masih berbelah bahagi untuk puasa atau sebaliknya.
Kali ini kami kongsikan tips puasa untuk ibu menyusu supaya susu kekal meriah dan anda juga bertenaga sepanjang hari.
#1. Minum air secukupnya
Minum air yang cukup boleh elakkan gejala dehidrasi. Dengan minum air yang cukup, proses penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu badan akan berfungsi dengan baik.
Sebaiknya, ibu yang tengah menyusu untuk minum setiap selang masa 1 jam selepas berbuka. Jangan lupa segelas air setiap kali mahu pam susu dan selesai pam susu.
#2. Ambil makanan kaya protein, karbohidrat secukupnya
Pengambilan makanan tinggi protein seperti ikan atau telur semasa sahur dan berbuka boleh mengelakkan berlakunya keadaan kurang penghasilan susu ketika berpuasa.
Ibu juga digalakkan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, bijirin, kekacang, pasta dan lain-lain lagi kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari.
Mengambil makanan tinggi garam atau masin pula boleh menyebabkan anda mudah merasa dahaga dan letih kerana ternyahidrasi.
#3. Makan makanan berkhasiat ketika berbuka
Ambil buah-buahan kaya vitamin C serta sayuran berserat yang boleh bantu dalam keperluan ibu menyusu.
#4. Pam secara konsisten, berjadual
Fisiologi penghasilan susu adalah apabila anak kerap menyusu. Ia berlaku kerana rangsangan yang berlaku sewaktu anak menghisap dan memberi signal pada hormon prolaktin. Rumusnya senang, ada demand ada supply.
Ambil masa untuk mengepam untuk menghasilkan supply mencukupi. Ibu boleh teruskan waktu mengepam pada waktu siang seperti biasa dan menambah sesi mengepam di waktu malam jika perlu. Ada kajian menunjukkan hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak pada waktu malam.
#5. Kekal positif
Anda perlu positif bahawa susu anda mencukupi untuk anak anda. Dapatkan kerjasama suami sepanjang bulan Ramadhan untuk ini. Pastikan anda tidak terlalu letih dan stress agar tidak menganggu penghasilan susu.
#6. Elak kafein
Elakkan minuman kafein waktu sahur. Ia kerana tugas kafein akan mengeluarkan air dari tubuh dan membuatkan seseorang itu kerap buang air kecil.
Sedangkan ketika berpuasa ibu menyusu perlu simpan air dalam badan ketika puasa dan salur darah perlu lancar untuk hasilkan susu.
Ini kerana, susu ibu kandungan utamanya ialah 88% air.
#7. Amalkan gajus, buah tin
Amalkan makan gajus dan buah tin sama ada ketika sahur dan waktu berbuka. Dua jenis makanan ini baik untuk otak dan banyak serat.
Kesannya pada ibu menyusu iailah perut akan kurang lapar.
Jadi pastikan anda sedia dengan dua makanan ini ketika sahur ya untuk pastikan ibu menyusu kekal bertenaga dan susu tidak drop ketika puasa Ramadan nanti!
Tanda bayi tidak kenyang,kurang susu
#1. Kurang membuang air
Bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari. Sama juga seperti kanak-kanak mereka juga buang air kecil beberapa kali sehari. Jadi jika lampin anak kering, itu antara indikator bahawa dia sebenarnya tidak cukup air.
#2. Warna air kencing pekat
Warna air kencing yang pekat antara tanda bayi mungkin tidak cukup susu
#3. Berat badan tidak bertambah
Jika tidak bertambah tidak semestinya anak anda tak cukup susu, tetapi ia mungkin salah satu sebabnya.
#4. Ubun-ubun melekuk ke dalam, kulit kering, lidah ada kesan putih
Periksa bayi anda terutama yang baru lahir. Jika ubun-ubun lekuk ke dalam ia mungkin dalam keadaan dihidrasi. Selain itu kulit kering dan lidah mempunyai kesan putih juga adalah tanda dia mungkin kurang air.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman
Baca juga: Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan? Ketahui Punca & Apa Ibu Perlu Lakukan