X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

4 min bacaan
Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

Ada begitu banyak tips rumah tangga yang dikongsi, dan ada diantaranya yang berkesan dan ada juga yang tidak. Ia semua bergantung kepada pasangan juga, bagaimana personaliti masing-masing dan sikap mereka dalam perkahwinan. 

Namun percayalah, dalam banyak-banyak tips rumah tangga 7 tips dibawah antara yang cukup telus dan ada kebarangkalian berkesan buat semua pasangan yang berkahwin. Dan semua tips berikut telah dikongsi oleh pembaca-pembaca theAsianparent sendiri, nak tahu apa dia? Jom semak!

Tips rumah tangga untuk hubungan harmoni

tips rumah tangga

#1. Sentiasa berterus terang & bercerita kepada pasangan walaupun benda kecil 

Betul, kadang-kadang bukan mudah nak berterus terang. Ada saja nak dipesongkan cerita, atau apabila ditanya pasangan ‘awak ok ke?’ dan dijawab ‘ok je’ dengan perasaan yang dipendam. Sampai bila nak begitu? Tahu tak ia satu terapi tau bila luahkan saja semua benda yang terpendam itu. Malah Apabila habis bekerja, dan pulang ke rumah cuba ceritakan momen-momen anda sambil tu tanya juga pasangan ‘how’s your day’? Barulah ada satu perbualan yang sihat. Biasakan dan amalkan benda sekecil ini supaya hari-hari anda lebih tenang. Nanti bila satu hari tak bercerita akan ada rasa kosong, bagus tu.

#2. Jujur, kasih sayang dan sentiasa dahulukan Allah Swt

Berkelakuan jujur dan sentiasa berkasih sayang mungkin kedengaran klise untuk anda. Tapi percayalah ia merupakan asas perhubungan yang sangat penting. Lagi-lagi apabila anda berniat lakukannya untuk Allah swt. Apabila wujud rasa benci, menyampah tu yang senang setan nak bertenggek antara anda dan pasangan. Jadi mulalah marah-marah dan rasa tak senang je hati. Kalau rasa begitu cepat-cepat buangkannya jauh-jauh, beristighfar dan kalau tak reda juga ambil wudhu’. Ingat yang anda di dalam perhubungan ini kerana Allah, anda berkahwin untuk Allah dan berkasih sayang kerana Dia, bukan sebab perasaan anda atau pasangan. 

#3. Bertolak ansur & komunikasi

tips rumah tangga

Sentiasa bertolak ansur dengan pasangan nescaya mudahlah perhubungan anda dan pasangan. Jangan terlalu mengharapkan kelebihan mereka sahaja. Semua manusia ada cacat celanya dan ada kelemahan. Tiada siapa dilahirkan sempurna. Jadi bila nampak pasangan buat silap atau berkelakuan tak seperti yang anda harapkan, biarkan saja. Cuba ingat apa kelebihan pasangan kita, ingat apa yang mereka pernah korbankan dan apa yang mereka pernah lakukan untuk keluarga. Jika ada benda yang patut diluahkan, bincang dengan pasangan secara rasional tak perlu marah-marah dan beri silent treatment. 

#4. Tak perlu berkias, terus terang saja

Ini memang perangai wanita, suka berkias-kias, bagi hint, kongsi-kongsi artikel yang berkaitan hubungan (kongsi artikel ini sekali) dan sebagainya. Ya, tak salah, tapi otak lelaki ni lain macam sikit. Anda perlu cakap sebijik-sebijik apa yang anda mahu, apa yang anda rasa dan maksudkan. Bagi dia hadam terus. Sebab kalau nak bagi dia fikir hint-hint yang anda beri percayalah tahun depan pun belum tentu dia faham. Tahu-tahu terus lupa. 

#5. Macam mana bercinta dulu begitulah lepas kahwin

Amalkan ketika bercinta dulu, macam mana bila berjauhan je rasa rindu, bila dah rindu mesej dan hubungi pasangan. Begitulah bila dah kahwin. Jangan ingat tak mengapalah berjauhan kejap, memang hari-hari jumpa pun. Tak payahla mesej-mesej nanti balik pejabat kat rumah jumpa balik. Tak perlulah nak cium-cum atau peluk, malu dah tua-tua ni anak nampak. Jangan begitu ya, jangan pandang remeh benda-benda kecil macam tu lama-lama boleh bagi impak yang sangat besar. Sentiasalah beromantik dengan pasangan, amalkan bergurau senda, berpelukan dan sentiasa rasa rindu bila berjauhan. 

#6. Sentiasa senyum dengan suami, ia boleh jadi pengubat stres

Asal suami balik dari pejabat je masam mencuka muka si isteri. Nanti lama-lama suami tu tak rasa teruja bila balik rumah macam mana? Ya, masing-masing punyai hari yang sukar, tapi tak salah kalau anda lontarkan dulu senyuman menawan anda tu, suami dari penat pun boleh jadi cergas tau. 

#7. Bila gaduh tak bermaksud tak sayang, gaduh saja supaya tak bosan

tips rumah tangga

Ini betul. Biasalah dalam rumah tangga mesti ada salah faham, sedangkan lidah lagi tergigit kan. Dan cuba bayangkan kalau tak bergaduh, bosannya hidup! Mendatar saja. Bila gaduh ni, nanti mulalah terbit rasa empati, rasa sunyi, rasa macam serba salah, lepas tu kita nak buat baik je dengan pasangan kita. Malah time tu juga boleh wujud rasa nak bermanja-manja. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

Stories Rakan Kongsi
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Looking For A Convenient Way To Prepare Meals For Your Family? Fill Your Pantry With Campbell’s Soup
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai
Kongsikan:
  • Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

    Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

  • Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

    Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

    Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

  • Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

    Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.