Tips Tahan Lama Bersama Isteri, Suami Take Note! Ini 11 Langkah Anda Boleh Ambil Untuk Elak Ejakulasi Pramatang

Tips tahan lama bersama isteri penting untuk suami ketahui kerana kepuasan hubungan intim juga penting buat isteri dan bukan suami sahaja.

Tips tahan lebih lama bersama isteri perlu diketahui oleh para suami agar anda boleh memuaskan isteri anda. Jangan ingat hanya anda yang perlu dipuaskan, anda juga perlu fikirkan isteri anda ada perasaan dan kemahuan yang perlu dipenuhi. Kali ini, kami kongsi tips tahan lebih lama bersama isteri.

Tips Tahan Lebih Lama Bersama Isteri Dan Lambatkan Ejakulasi

Bercakap tentang hubungan seks, banyak perkara yang boleh menimbulkan keraguan dan kerisauan. Terutamanya bagi para suami tentang tahap kemampuan mereka untuk bertahan lama ketika melakukan hubungan seks.

Sebagai suami, anda mungkin mahu memanjangkan masa anda melakukan hubungan seks supaya isteri lebih puas. Atau anda mengalami ejakulasi pramatang yang menyebabkan anda klimaks dengan lebih cepat sehingga isteri kurang puas dengan hubungan seks anda.

Apa Itu Ejakulasi Pramatang

Ejakulasi pramatang merujuk kepada keadaan di mana seorang lelaki mengalami ejakulasi terlalu cepat semasa melakukan hubungan seksual, biasanya tanpa kawalan yang memadai untuk menunda ejakulasi sehingga pasangan mencapai kepuasan seksual.

Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakpuasan seksual bagi kedua-dua pasangan. Faktor-faktor seperti stres, kecemasan, dan faktor fizikal boleh mempengaruhi ejakulasi pramatang.

Tips Untuk Suami Tahan Lebih Lama

1. Edging

Edging sama seperti biofeedback namun dalam konteks bukan perubatan. Dengan edging, anda melakukan masturbasi sehingga hampir ejakulasi kemudian menghentikan semua aktiviti rangsangan.

Tujuannya adalah untuk membuatkan anda berasa lebih selesa dan memahami rangsangan seksual supaya anda boleh mengelakkan ejakulasi yang tidak diingini. Edging juga boleh meningkatkan pengalaman seksual anda.

2. Latihan Lantai Pelvik

Otot pelvik anda membantu menyokong pundi kencing dan ejakulasi. Latihan yang membantu menguatkan otot-otot ini mungkin boleh membantu meningkatkan kemampuan disamping melambatkan ejakulasi anda.

Menurut Dr. Christopher Asandra, ketua pegawai perubatan di NuMale Medical Center, senaman Kegel mungkin boleh membantu orang yang mempunyai zakar sebagaimana ia membantu orang yang mempunyai vulva. Tetapi ia memerlukan komitmen yang konsisten. Ia berfungsi dengan menguatkan otot pubococcygeus.

3. Menggunakan Desensitizers

Krim, gel, dan produk lain desensitizerberfungsi untuk mengurangkan sensasi pada zakar anda. Produk-produk ini juga mungkin mempengaruhi isteri anda, jadi pastikan anda membersihkan produk sebelum melakukan hubungan seks.

Namun begitu, anda perlu ingat produk ini biasanya mengandungi anestetik yang berbahaya jika anda guna terlalu kerap atau berlebihan. Jadi, pastikan anda ikut arahan penggunaan bahan itu atau minta nasihat daripada pakar.

4. Sunat dewasa

Sunat dewasa, atau penyingkiran kulit zakar, juga mungkin merupakan pilihan. Menurut kajian pada 2015, ramai yang mengatakan mereka mempunyai kawalan yang lebih baik selepas disunat. Jika anda mahu menggunakan tips ini, berjumpa dengan doktor berpengalaman dan minta pendapat mereka.

5. Dapatkan Berat Badan Optimal

Menurut kajian pada 2017, pengkaji mendapati terdapat beberapa kemungkinan individu yang mengalami keadaan tekanan darah tinggi, tahap kolestrol tinggi, ukuran pinggang 40 inci atau lebih, thaap gula dalam darah yang tinggi dan tahap trigliserida yang tinggi penyebab ejakulasi pramatang.

Pada kajian itu, pengkaji berkata obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes adalah punca utama mati pucuk berlaku, oleh kerana itu ia penting untuk merawat keadaan-keadaan ini. Maka, mengekalkan berat badan yang sederhana mungkin meningkatkan prestasi anda ketika melakukan hubungan seks.

6. Ubah diet anda

Beberapa perubahan dalam diet juga mungkin membantu anda melambatkan ejakulasi. Terdapat beberapa makanan tertentu yang mungkin boleh meningkatkan jumlah testosteron dalam badan anda, yang diperlukan untuk fungsi ereksi yang sihat.

Jika anda mahu mengubah diet, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana mereka mungkin lebih mengetahui makanan tambahan tertentu yang anda boleh ambil.

7. Tunggu Sebelum Memasuki Vagina Atau Tak Buat Langsung

Anda mungkin berfikiran matlamat utama hubungan seks adalah memasukkan penis ke dalam vagina isteri anda. Bagaimanapun, tanggapan itu salah.

Jika anda mengalami ejakulasi pramatang apabila melakukan hubungan seks penatrasi, anda disarankan untuk melakukan aktiviti seks lain seperti seks oral atau sentuhan seksual.

Anda juga boleh lupakan terus seks penetrasi. Menurut kajian pada 2017, kira-kira 18% wanita mengalami orgasme dari penetrasi. Selebihnya memerlukan rangsangan klitoris secara langsung untuk orgasme, yang bermakna aktiviti seksual lain mungkin membantu kedua-dua anda dan pasangan anda merasa puas.

tips tahan lebih lama bersama isteri, tips kahwin, tips seks

8. Teknik Menekan Kepala Penis

Teknik ini mungkin membantu anda mencegah ejakulasi apabila rangsangan dihentikan. Untuk melakukan teknik ini, berikut adalah beberapa langkahnya.

  • Hentikan semua rangsangan manual atau keluarkan penis anda dari dalam isteri anda
  • Gunakan tangan anda dan tekan dengan kuat pada hujung zakar anda
  • Kembali ke aktiviti seksual apabila keinginan untuk ejakulasi berkurangan

Anda boleh melakukan teknik ini sekali atau beberapa kali melakukan hubungan seks untuk membantu melambatkan ejakulasi.

Jika anda merancang untuk melakukan ini semasa seks dengan pasangan, beritahu mereka apa yang anda lakukan. Anda juga mungkin mahu mencari cara tambahan untuk merangsang mereka supaya mereka tetap terangsang.

9. Pastikan Anda Tidak Terlalu Terangsang

Rasai sejauh mana anda sedang terangsang sebelum melakukan hubungan seks. Jika anda mahu bertahan lebih lama ketika melakukan seks dengan isteri anda, jangan lakukan penetrasi ketika anda sangat terangsang.

Lakukan penetrasi ketika tahap rangsangan anda rendah atau sederhana agar anda mempunyai ruang dan masa untuk menikmati kepuasan. Jika anda terlalu terangsang, anda mungkin akan mengalami ejakulasi pramatang.

10. Gunakan Kondom

Kondom boleh membantu mengurangkan sensitiviti zakar. Jika jenama biasa anda tidak memberikan perbezaan, anda boleh cuba kondom yang mengurangkan sensitiviti.

Kondom yang mengurangkan sensitiviti sering mengandungi bahan tambahan atau beberapa bahan desensitizer dan krim yang mengurangkan sensitiviti.

Sebagai faedah tambahan, kondom masih menjadi salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan seksual dan kehamilan yang tidak diingini.

11. Tukar Posisi Anda

Jika tips lain tidak berkesan, anda boleh cuba untuk menukaar posisi yang biasa anda guna. Ia bukan sahaja boleh memuaskan anda, namun ia turut dapat meningkatkan keyakinan diri anda.

Sebagai contoh, anda mendapati jika posisi isteri di atas badan anda, ia membantu mengurangkan rangsangan. Dengan melakukan eksperimen dengan isteri, anda boleh menemui posisi yang sesuai bagi mengatasi ejakulasi pramatang.

Soalan Lazim Tahan Lama Ketika Bersama Isteri

Tiada jawapan yang tepat untuk soalan berapa lama sepatutnya anda melakukan hubungan seks dengan isteri, namun apa yang penting adalah anda dan isteri berasa puas.

Minum Air Buat Anda Tahan Lebih Lama?

Minum air adalah penting untuk kesihatan, termasuk kesihatan seksual. Walaupun begitu, tiada bukti yang mengatakan ia dapat melambatkan ejakulias atau meningkatkan daya tahan anda semasa hubungan seks secara keseluruhan.

Ibuprofen Buat Anda Tahan Lebih Lama?

Ibuprofen adalah ubat penahan sakit dan anti-radang. Walaupun ia mungkin membantu dengan rasa tidak selesa atau keradangan, tiada kajian menyatakan ia mempunyai kesan terhadap prestasi anda semasa melakukan hubungan seks.

Ejakulasi pramatang adalah keadaan yang normal, dengan kira-kira 30–75% lelaki dilaporkan mengalami keadaan ini. Jangan malu untuk bertemu dengan pakar untuk membincangkan hal ini jika anda mengalaminya. Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Skill Helicopter Suami Isteri Buat Hubungan Lebih Menarik, Berikut Cara Untuk Lakukan Posisi Ini

Baca juga: Pancut Luar Boleh Mengandung Atau Tidak? Ini Kelebihan, Kekurangan & Tips

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!