Baby Wipes Sememangnya Satu Item Penting Untuk Bayi. Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Ibu Pilih!

Ibu mencari baby wipes yang selamat dan lembut pada kulit anak? Kami ada senaraikan 8 pilihan tisu basah baby terbaik di sini.

Dalam anda membuat senarai barangan bayi, adakah baby wipes berada dalam senarai anda? Ini kerana ia sangat penting terutama bagi bayi baru lahir!

Sebabnya bila ada anak kecil, ibu harus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kebersihan dan keselesaan si manja sepanjang waktu supaya mereka lebih tenang semasa berada dalam jagaan ibu. Atas sebab itu ibu perlu pandai membuat pilihan tisu basah untuk bayi yang terbaik dan sesuai untuk kulit si manja.

Seperti mana produk bayi yang lain, ada juga faktor lain yang anda patut pertimbangkan pabila membuat pembelian tisu basah untuk bayi. Sememangnya terlalu banyak jenama di pasaran, tetapi jangan bimbang kerana kami di sini menyenaraikan tisu basah bayi yang terbaik di Malaysia.

Cara Memilih Baby Wipes Terbaik

Bagaimana ingin mengetahui jika satu-satu produk tersebut adalah yang terbaik untuk bayi anda?

Usah bimbang kerana kami telah melakukan penyelidikan buat anda dan di sini adalah beberapa produk yang kami syorkan yang boleh anda pertimbangkan pabila memilih jenama tisu basah bayi pilihan:

1. Pembungkusan

Tisu basah bayi hadir di dalam pakej yang berbeza. Anda boleh mendapatnya di dalam tab plastik, pek kembara guna pakai, beg berzip dan bekas plastik.

Tab plastik adalah yang berkos efektif dan terbaik untuk ada di dalam ruang nurseri di rumah. Selain itu, pek kerana akan menjadikan setiap kali keluar bersama bayi anda akan bebas dari rengekannya dan cukup mudah.

Dek kerana itu, mendapatkan jenama pilihan anda di dalam format pembungkusan yang berbeza dan saiz yang berlainan akan membuatkan kehidupan anda jauh lebih mudah.

2. Impak alam sekitar

Jika anda boleh membuat pilihan yang mesra-eko, lakukannya biarpun seminimumnya. Pilih untuk tisu basah yang 100% mudah lupus. Sesetengah jenama menghasilkan daripada buluh yang mana menjadikannya mudah kompos.

Sementara terdapat alternatif lain, anda mungkin mahu pertimbangkan untuk tisu basah pakai buang jika anda hidup dengan amalan secara lestari.

3. Bahan yang perlu anda perhatikan di dalam tisu basah bayi

Bayi mempunyai kulit yang mana 20 ke 30% lebih nipis berbanding orang dewasa. Berikutan itu, kulit bayi adalah lebih kerap sensitif dan dengan mudah berlakunya iritasi membawa kepada masalah ruam, kulit kering atau ekzema.

Menurut pengesyoran yang dibuat sewaktu European Roundtable Meeting on Best Practice Healthy Infant Skin Care 2016, tisu basah perlu mengandungi bahan seperti berikut:

  • Air – Biarpun pakar dermatologi telah mencadangkan yang tisu basah bayi perlulah tinggi kandungan air untuk mengenyahkan perengsa larut dalam air (seperti najis dan urin). Air sahaja tidak mampu untuk mengenyahkan sisa perengsa larut dalam air.

Disebabkan itu, dermatologi juga mengesyorkan penggunaan tisu bayi basah yang mengandungi pencuci yang paling mild. Walaubagaimanapun, pencuci sebegitu sepatutnya tidak boleh melebihi dari 1% dari keseluruhan beratnya di dalam tisu basah bayi.

  • Penampan PH – Produk bayi yang digunakan dan tertinggal di atas kulit bayi perlulah penyangga dan memastikan permukaan kulit bayi pada sekitar pH 5.5. Kadar PH kulit bayi anda membantu melindungi kulit bayi daripada bakteria jahat dan mikroba dan juga melindunginya daripada kekeringan. 
  • Pengawet yang boleh diterima dengan baik – Tisu basah bayi mempunyai kandungan air yang tinggi, dek kerana itu, ia muntkin berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan mikroorganisma.
  • Xylitol – Tidak semua tisu basah sesuai digunakan untuk kawasan dalam mulut, gigi, dan gusi kerana bahan-bahannya. Untuk menjaga kebersihan mulut, gigi, dan gusi anak, pilihlah tisu basah dengan kandungan xylitol. Xilitol merupakan bahan pemanis buatan semula jadi yang selamat jika tidak sengaja tertelan oleh anak. Xylitol mampu menstimulasi produksi air liur sehingga dapat mengekang perkembangan bakteria dalam mulut bayi. Selain itu, xylitol juga dapat mencegah gigi berlubang dan karies gigi. Tisu basah khusus untuk kawasan dalam mulut juga selamat digunakan untuk membersihkan sisa-sisa susu yang melekat pada lidah.

4. Bahan-bahan untuk dielakkan di dalam tisu basah untuk bayi

Tisu basah bayi biasanya diformulasikan untuk menjadi yang bebas daripada bahan kimia yang kasar seperti:

  • Alkohol – Alkohol boleh tersejat dengan cepat dan menyebabkan kesan kekeringan pada kulit bayi. Disebabkan kulit bayi adalah jauh lebih sensitif daripada kulit orang dewasa, kulit kering menyebabkan retakan halus dan di atas permukaan kulit. Ini menjadi satu titik masuk untuk bakteria dan iritasi – membawa kepada masalah kulit seperti ruam lampin.
  • Pewangi – Oleh sebab wangian merupakan punca yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif, jadi sebaiknya pilihlah tisu basah yang tidak dicampur bahan ini. Kebanyakan tisu bayi sensitif tidak mengandungi sebarang pewangi.
  • Paraben – Paraben bukan sahaja ada dalam produk kosmetik orang dewasa bahkan produk bayi seperti tisu basah juga kadang-kala masih mengandungi paraben. Beberapa zat turunan paraben yang terdapat pada produk bayi, termasuk tisu basah diantaranya methylparaben, propylparaben, ethylparaben, isobutylparaben, butylparaben, isopropylparaben, dan lain-lain yang boleh menyebabkan kanser kulit dan gangguan endokrin.

8 Baby Wipes Terbaik Di Malaysia

Jadi untuk memudahkan ibu membuat pilihan, di sini kami senaraikan 8 baby wipes yang terbaik dari jenama yang sangat popular di Malaysia. Ayuh kita lihat!

Baby Wipes Terbaik
Hoppi Premium 99% Baby Water Wipes
Terbaik Paling Tahan Lama
Beli di Shopee
ANAKKU Baby Wipes Wet Tissue
Terbaik Dalam Memberi Lembapan Yang Ekstra
Beli di Shopee
Drypers Baby Wipes
Terbaik Dengan Pelembap Alami
Beli di Shopee
Huggies Baby Wipes Clean Care
Terbaik Dalam Memerangkap Kotoran
Beli di Shopee
Johnson's Baby Skincare Wipes
Terbaik Dari Segi Ultra Sensitif
Beli di Shopee
Offspring Baby Wipes
Terbaik Dalam Menjaga Kemesraan Eko
Beli di Shopee
Pureen Baby Wipes
Tisu Basah Baby Terbaik Dalam Mencegah Iritasi Kulit
Beli di Shopee
Applecrumby Extra Thick Baby Wipes
Tisu Basah Baby Terbaik Selamat Digunakan Dalam Mulut
Beli di Shopee

Hoppi Premium 99% Baby Water Wipes

Terbaik Paling Tahan Lama

Kalau ibu mencari baby wetwipes peratusan air yang tinggi dan tisu yang tahan lama serta lasak tidak mudah koyak, ini jawapannya! Hoppi Baby Wet Wipes direka dengan 99 peratus air yang dicipta khusus untuk bayi baru lahir dan kulit sensitif. 

Ia sangat lembut, tebal, besar dan lebih tahan lama berbanding babywipes yang biasa, dalam masa yang sama ia mempunyai standard tertinggi antarabangsa.

Apa yang kami suka:

  • Ketebalan 50gsm dengan rekaan paten mutiara – tiada lagi masalah bocor
  • Tisu basah yang sangat besar dengan dimensi ukuran 200 x 150mm – hanya sekali wipe sudah cukup bersih
  • 99% air EDI, bebas pewangi, bebas alkohol – selamat untuk bayi baru lahir
  • Direka dengan sistem tarik keluar yang berpanjangan – mudah untuk digunakan pada bila-bila masa
  • Sangat lembut dan sangat menyerap
  • Untuk kulit sensitif

ANAKKU Baby Wipes Wet Tissue

Terbaik Dalam Memberi Lembapan Yang Ekstra

Anakku wet tissue ini dihasilkan cukup lembut tetapi kuat dengan ekstra ketebalan yang mana menjadikannya mudah untuk diguna.

Ia menyenangkan, tidak mengandungi alkohol dan ia lembut pada atas kulit bayi yang amat halus. Ia dipek secara kompak untuk memudahkan penggunaan di rumah atau ketika kembara. 

Anakku wet tissue ini juga hadir dengan lebih lembapan bersama Aloe Vera dan Vitamin E yang mana membantu menyegar dan melegakan kulit. 

Apa yang kami suka:

  • 100% jenama yang sudah cukup arif di dalam penjagaan bayi
  • Bebas alkohol, paraben dan pewarna
  • Lebih lembapan dengan Aloe Vera dan Vitamin E
  • Telah diuji secara dermatologi ternyata selamat untuk bayi
  • Material seakan kain; licin dan lembut pada sentuhan
  • Ekstra tebal yang mana mudah untuk digunakan

Drypers Baby Wipes

Terbaik Dengan Pelembap Alami

Drypers wet tissue ini melakukan tugas yang terbaik dalam proses membersihkan kulit bayi yang halus tanpa mengering berikutan kandungan ekstrak Oat Kernel di dalamnya sebagai satu pelembap semula jadi. Ia boleh digunakan di rumah serta boleh dibawa ke mana sahaja ketika mengembara. 

Ekstrak Oat Kernel semula jadi terkenal dalam banyak generasi kerana kualitinya yang menenang dan melembut pada kulit. Drypers wet tissue ini juga telah diluluskan oleh International Fragrance Association (IFRA). 

Apa yang kami suka:

  • Membersih kulit halus bayi dengan lancar
  • Mengandungi bahan utama ekstrak Oat Kernel sebagai pelembap alami
  • Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
  • Diformulasikan dengan Provitamin B5 yang mana bertindak sebagai pelembap
  • Membantu menghidrat kulit, melembut dan kekal sihat
  • Mengandungi bahan Baby Friendly Fragrance yang mendapat kelulusan Internation Fragrance Association (IFRA) 
  • Sesuai untuk bayi usia 0 ke 3 tahun

Huggies Baby Wipes Clean Care

Terbaik Dalam Memerangkap Kotoran

Huggies Baby Wipes diperbuat daripada fiber semula jadi yang lembut pada kulit, yang mana memerangkap kotoran, 4 kali Lebih bersih daripada tisu basah bayi yang biasa.

Ia bercirikan pencucian yang hebat, efektif dan versatil yang mana mengenyahkan 99% kuman, memastikan kulit bayi sentiasa bersih dan sihat setiap masa. Ia bahkan telah diuji secara klinikal yang mana terbukti selamat untuk kulit bayi.

Apa yang kami suka?

  • Membasmi 99% kuman
  • Mengandungi fiber semula jadi yang lembut pada kulit yang mana memerangkap kotoran
  • 4 kali Lebih bersih berbanding tisu basah biasa
  • Telah diuji secara klinikal yang mana ia selamat untuk kulit
  • 3 dalam 1, selamat untuk tangan, muka, tubuh
  • Bebas pewangi, alkohol, paraben
  • Mudah untuk ditarik keluar, 1 tisu pada satu masa
  • Lebih tebal berbanding tisu basah bayi yang biasa
  • Hadir dengan rekaan beruang Huggies pada tisu
  • Menjaga kulit si manja dengan baik

Johnson’s Baby Skincare Wipes

Terbaik Dari Segi Ultra Sensitif

Johnson sememangnya satu jenama produk penjagaan bayi yang terkenal, jadi tidak dinafikan yang mereka pakar dalam bidang ini.

Disebabkan itu, mereka telah pun memperbaiki Johnson’s Baby Skincare Wipes mereka untuk dengan lembut membersih dan menawarkan perlindungan lebih ekstra untuk kulit si manja anda dari hari pertama lagi.

Tisu basah kapas lembut ini menonjol dengan formulanya yang kaya ejen pelembap yang terbukti sederhana secara klinikal yang mana ideal untuk kulit bayi baru lahir yang sensitif.

Setiap helaian berfungsi untuk secara perlahannya tetapi membersih kulit bayi secara efektif sebelum meninggalkan satu lapisan pelembap yang melindungi.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai para ibu. Sentiasa ringan dan lembut.
  • Ultra sensitif
  • Bebas sabun dan alkohol
  • Telah terbukti ringan secara klinikal 
  • Hypoalergenik
  • Telah diuji pakar dermatologi

Offspring Baby Wipes

Terbaik Dalam Menjaga Kemesraan Eko

Ia kuat tetapi seakan tuala lembut yang bermaterialkan fiber terbiodegradasi, diperbuat tanpa komponen poliester (plastik), untuk mencuci secara lembut ke atas kulit halus bayi. Ia lembut pada bayi anda dan kepada ibu bumi.

Diperbuat secara minda dengan aloe vera organik dan bunga chamomile organik untuk menyokong kesihatan kulit. 

Ia ekstra halus, ekstra lembut. Diperbuat untuk cucian yang lembut dari kepala ke ibu jari kaki, sesuai untuk mulut dan tangan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Kuat tetapi lembut
  • Saiz yang besar
  • Mesra-eko
  • Tanpa sebarang komponen poliester (plastik)
  • 100% selulosa tumbuhan yang boleh terbiodegradasi dari Austria dengan sijil biobasis-disukai
  • Hypoalergenik
  • Diperbuat dengan 99% air tulen
  • Bebas pewangi dan lembut cukup untuk kulit sensitif
  • Tidak bertoksik: Tanpa pewangi, alkohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, pemprosesan klorin, parabens, SLS atau bahan kimia merbahaya yang lain
  • Bebas keganasan PETA dan vegan 
  • Mendapat pensijilan alergi Australia
  • Diformulasi dan diuji secara klinikal dengan 100% bebas bahan kimia
  • Bebas toksin menurut Australia, yang mana ia tidak menyebabkan sebarang merbahaya untuk tubuh manusia, haiwan dan alam
  • Dermatest meluluskan yang produk ini tidak membawa kepada tindak balas toleransi toksik-kerengsaan di dalam ujian yang dijalankan dan bebas alergi kulit dan reaktor. 
  • Mendapat pengesahan EWG, bebas daripada ketoksikan-eko serta bahan yang merbahaya
  • Disemai dengan daun lidah buaya dan organik chamomile bagi menyokong kulit si kecil.

Pureen Baby Wipes

Terbaik Dalam Mencegah Iritasi Kulit

Tisu basah Pureen diperbuat dari material kapas yang lembut dan tebal, yang mana dengan lembut dan efektif membersih kulit bayi yang halus mulus. Malah ia juga bebas bahan alkohol serta paraben.

Pureen wet tissue juga tidak mengakibatkan kulit bayi iritasi. 

Diperkaya dengan kandungan daun lidah buaya yang melegakan kulit serta melembap dengan vitamin E. Pada masa yang sama Pureen wet tissue ini juga melindungi dan menjaga kesihatan kulit bayi. 

Apa yang kami suka?

  • Diuji hypoalergenik dan dermatologi
  • Tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan ketika digunakan pada alergi kulit
  • Materialnya juga lembut dan amat sesuai untuk kulit sensitif
  • Diperbuat dari bahan kapas yang lembut dan tebal
  • Bebas kandungan alkohol dan paraben – Tidak menyebabkan iritasi pada kulit bayi
  • Hypoalergenik dan diuji dermatologi
  • Terbukti tidak merangsang iritasi kulit dan reaksi alergi pabila digunakan ke atas kulit alergik
  • Diperkaya dengan daun lidah buaya dan pelembap Vitamin E yang melindungi dan menjaga kulit
  • Ekstra lembapan
  • Memastikan bayi kekal segar dan bersih (masa menukar lampin, masa makan, masa bermain, di rumah atau ke mana sahaja)
  • Ideal untuk penggunaan cucian seisi keluarga termasuklah membuang mekap, kembara, dan sukan

Applecrumby Extra Thick Baby Wipes

Terbaik Selamat Digunakan Dalam Mulut

Applecrumby wipes bukan sahaja boleh digunakan untuk menukar lampin bayi anda, bahkan juga untuk pelbagai keperluan lain seperti membersihkan payudara selepas sesi penyusuan bayi, mengelap meja atau kerusi tinggi bayi di restoran, serta mencuci pacifier atau mainan anak.

Mempunyai kandungan xylitol, ibu tak perlu risau jika mahu menggunakan tisu basah ini ke dalam mulut anak seperti mengelap lidahnya selepas menyusu atau si anak berkulit sensitif, tisu ini menggunakan bahan semula jadi sahaja iaitu ekstrak madu manuka dan ekstrak aloe vera jadi sangat selamat untuk kegunaan pada mereka.

Percaya atau tidak, ada ibu menggunakan Applecrumby wipes sebagai penanggal mekap harian mereka dan si ayah pula suka menyimpan tisu basah baby ini di dalam kereta mereka sebagai pembersihan harian! 

Apa yang kami suka :

  • Bebas klorin, paraben, SLS, alkohol, pewangi tiruan, methylisothiazolinone, formaldehyde, lanolin, dan minyak mineral.
  • Diselit dengan campuran botani 100% ekstrak Aloevera yang mendapat tauliah Organik Ecocert untuk tujuan melembapkan dan 100% ekstrak madu manuka yang diisahkan Cosmos yang mempunyai sifat penyembuhan dan anti-bakteria bagi membantu mengurangkan kerengsaan kulit.
  • Lembut pada kulit bayi namun sangat berkesan membersihkan dan menenangkan kulit sensitif bayi dengan ekstrak tumbuhan yang menjaga kesihatan kulit.
  • Tisu basah yang tahan lama dan tidak mudah koyak, saiznya juga lebar.
  • Produk tisu lembap organik dengan ketebalan yang memuaskan!

Perbandingan Harga Baby Wipes Terbaik

Produk Kuantiti/helai Harga Pasaran (RM) Harga/Helai (RM)
Hoppi Premium 99% Baby Water Wipes 3 pek x 80 helai RM17.50 RM0.07
ANAKKU Baby Wipes Wet Tissue 2 pek x 90 helai RM8.50 RM0.05
Drypers Baby Wipes 2 pek x 80 helai RM14.38 RM0.09
Huggies Baby Wipes Clean Care 2 pek x 80 helai RM10.90 RM0.07
Johnson’s Baby Skincare Wipes 20 helai RM3.32 RM0.17
Offspring Baby Wipes 80 helai RM15.00 RM0.19
Pureen Baby Wipes 2 pek x 100 helai RM14.50 RM0.07
Applecrumby Extra Thick Baby Wipes 3 pek x 80 helai RM25.90 RM0.07

Fungsi Baby Wipes

Selain membersihkan si kecil, tisu basah juga ternyata memiliki kegunaan lain jika ibu memilih tisu basah yang selamat untuk kegunaan bayi. Antaranya;

1. Membantu menjaga kelembaban dan kesihatan kulit bayi

Kulit bayi masih sangat nipis dan sensitif. Oleh sebab itu kulit mereka mudah terkena iritasi. Ibu perlu berhati-hati dalam memilih produk yang bersentuhan langsung dengan kulit bayi terutama tisu basah.

Selain dapat membersihkan kulit si kecil, kandungan anti oksidan yang terdapat dalam kebanyakan tisu basah baby juga dapat membantu merawat kulit bayi.

2. Membersihkan nipple sebelum menyusu

Dalam keadaan apa pun, misalnya dalam perjalanan, ibu tetap wajib menyusu bayi. Namun, ada waktu dimana ibu merasa perlu membersihkan sekitar payudara sebelum mulai menyusu.

Nah, ketika inilah ibu boleh menggunakan tisu basah untuk membantu membersihkan payudara khususnya kawasan puting sebelum anak mula menyusu. Namun, perlu diingat ya pilihlah tisu basah yang dibuat daripada bahan semula jadi dan tidak berbahaya untuk si kecil.

3. Membersihkan mulut dan gusi bayi

Benarkah tisu basah dapat membantu membersihkan mulut dan gusi bayi? Jawapannya, boleh! Ibu disarankan untuk memilih tisu basah dengan kandungan Xylitol jika ingin membersihkan kawasan mulut, gusi dan lidah bayi.

Jangan memilih tisu basah yang mengandungi alkohol, pengawet, dan pewangi buatan kerana berbahaya jika ditelan oleh si kecil.

4. Membersihkan botol, pacifier, dan teether bayi

Tisu basah yang tebal dan tidak mudah koyak juga merupakan ciri penting dalam pemilihan tisu basah baby. Tisu basah jenis ini dapat memudahkan ibu ketika membersihkan botol, pacifier dan teether bayi. Hindari memilih produk-produk yang mengandung alkohol dan parabens, ya mama!

5. Membersihkan mainan bayi

Seringkali si kecil menggigit mainannya kerana gusinya yang gatal, oleh itu penting bagi ibu untuk selalu menjaga kebersihan mainan mereka yang dibawa keluar rumah ataupun ketika traveling.

Tisu basah merupakan salah satu item paling favorite dimasukkan dalam beg tangan ibu kerana hal-hal seperti ini!

Jenis Baby Wetwipes

Terdapat beberapa pilihan untuk tisu basah bayi di pasaran. Biarpun semuanya kelihatan sama, walaubagaimanapun, kesemuanya mempunyai fungsi yang serta tisu diperbuat daripada apa. Di sini kami terangkan sikit panduan yang diharapkan dapat membantu anda dengan pembelian anda:

1. Tisu Basah Bayi

Diformulasikan tanpa bahan kimia yang berbahaya (seperti alkohol) yang boleh mengakibatkan kerengsaan kulit sensitif.

Pembaharuan terkini di dalam teknologi pembuatan tisu basah bayi telah memfokuskan dalam membuang sebarang kandungan yang menyebabkan iritasi di dalam tisu basah tersebut.

Dalam 5 ujian klinikal yang berasingan, tisu basah bayi telah terbukti menjadi lebih efektif dalam membersih kulit bayi berbanding dengan menggunakan tuala basah biasa.

2. Tisu Kering

Ini boleh dianggap sebagai satu alternatif kepada sabun yang kasar pada kulit dan solusi cucian air. Ia direka untuk memberikan penjagaan yang lembut sewaktu rutin cucian. 

3. Tisu Basah Dewasa

Mengandungai bahan kimia, pencuci dan antibakteria dan ia berfungsi untuk mencuci permukaan atau kulit orang dews, dan tidak diwujudkan untuk digunakan ke atas bayi.

4. Tisu Boleh Flush

Dipercayai mesra-eko dan diperbuat dari bahan semula jadi, tisu jenis ini boleh rapuh dengan mudah dan tahan lasak seperti tisu biasa.

Tip Menggunakan Wet Wipes Kepada Bayi

Tidak kira apa pilihan anda, ia menambah satu lagi pengalaman bernilai buat anda sebagai parents. Untuk menjadikan habit harian anda lebih mudah, kami senaraikan beberapa tip penggunaan tisu basah bayi:

  1. Koyak bungkusan pada bahagian sisi tepi. Mengoyak sisi tepi bungkusan plastik akan membolehkan anda untuk menarik hanya satu helai pada satu masa, bukannya beberapa helai pada sekali tarikan.
  2. Simpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan tisu basah bayi yang dibuka disimpan di dalam Tupperware atau bekas kedap udara nutuk mengelakkannya daripada kekeringan.
  3. Pastikan ia dingin. Untuk mengekang cuaca panas dan kering di Malaysia, sejukkan badan dengan ketika cuaca terlampau panas dengan meletakkan pek tisu basah bayi di dalam peti sejuk untuk kesegaran segera pabila mengelap tubuh.
  4. Letakkan bekas tisu basah di sekitar ruang bermain. Biasanya kediaman akan agak bersepah atau messy tatkala bermain dengan anak anda. Anda mungkin akan memerlukan tisu basah untuk mengelap gam, pewarna, dan apa sahaja tanda berdasarkan aktivitinya. Walaubagaimanapun, ambil tahu bahawa tisu basah bayi mengandungi pencuci tahap paling ringan, dan ia juga tidak berfungsi untuk membasmi kuman di atas permukaan lantai, dinding dan sebagainya.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan parents di luar sana lebih informasi dalam mencari tisu basah bayi yang terbaik untuk kegunaan pada si manja.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kegunaan Tisu Basah – 11 Benda Anda Boleh Buat Dengan Tisu Basah

Baca juga: Tisu Basah Bayi: Hukum Cuci Najis Bayi Menggunakan Baby Wipes

Baca juga: Tisu Basah Antibakteria Tidak Boleh Terlalu Diharap Untuk Membasmi Kuman!

Penulis

Nursyamimi