Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin inilah yang boleh dikaitkan dengan wanita ini apabila satu persatu menimpanya. Sudahlah disahkan ada dua rahim, doktor juga mengesahkan satu daripada dua tiub fallopio wanita kuat ini tersumbat.
Wanita ini yang berkongsi mengenainya di laman tiktok menjelaskan dia sering ditanya mengenai soal anak. Malah ramai yang tertanya kepadanya tapi dijawab dengan gurauan dan senyuman.
Siapa tahu, di sebalik senyuman itu, pelbagai kisah sedih ditanggung wanita ini. Buat yang bertanya, harap-harap anda baca perkongsian ini supaya tidak bertanya lagi soalan sensitif kepada mana-mana wanita di luar sana.
1 tiub fallopio tersumbat, wanita punyai 2 rahim & hanya 1 buah pinggang buka cerita
Memang tidak pelik pun ada yang dialami oleh wanita ini kerana ada juga wanita lain mengalaminya. Tetapi perkongsian ini sedikit sebanyak membuktikan cara masyarakat kita yang seolah-olah memandang semua wanita berkahwin wajib mempunyai anak secepat mungkin bukan saja mengundang rasa tidak selesa kepada individu itu, tetapi juga mengundang kesedihan berpanjangan.
Wanita ini yang turut mempunyai satu buah pinggang akhirnya buka cerita.
Katanya, ramai bertanya kepadanya tetapi dijawab dengan gurauan dan senyuman. “Bila nak ada anak?”, “Dah nak dua tahun kahwin kan?”, “Takkan belum puas enjoy?”, “Dah try berurut?”, “Ada makan acid folic?”, “Cepatlah tengah muda ni senang nak jaga anak”. Ini antara perkara yang selalu ditanya kepadanya.
Berdebar setiap kali tunggu tarikh period
Beliau mengakui berdebar setiap kali tunggu tarikh period. “Saya berdebar tunggu tarikh period, saya sedih bila nampak ada darah walaupun hanya darah period.”
“Orang tak tahu, saya pun risau setiap hari fikir, aku ni boleh ke pregnant? Sebab dulu sebelum kahwin doktor sahkan saya ada cyst. Alhamdulillah pembedahan dah pun selamat dijalankan.
“Masa CT scan result keluar, saya baru tahu selama ini saya hanya ada satu buah pinggang. Selepas pembedahan pula, doktor beritahu saya ada rahim yang unik, rahim saya bukan satu, tapi ada dua.
“Salah satu dari tiub fallopio saya tersumbat. Jadi semua itu buat saya berfikir. Tapi kuasa Allah saya tak tahu. Doakan saya.” Perkongsiannya mendapat reaksi ramai. Malah ramai yang mendoakannya.
Wanita ada dua rahim masih boleh hamil
Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya tersendiri. Wanita dua rahim atau mempunyai rahim berganda adalah satu keadaan yang jarang berlaku. Keadaan ini berkembang dan berlaku sejak dari bayi di dalam rahim ibunya lagi.
Setiap rahim bermula sebagai dua tiub kecil disebut saluran Mullerian. Sewaktu tumbesaran, ia akan bersatu membentuk satu rahim atau uterus.
Risiko kelahiran pramatang, keguguran
Namun dalam kes jarang berlaku, tiub tetap terpisah dan membentuk dua saluran rahim yang berbeza. Keadaan ini juga dikenali sebagai didelphys uterus. Ia adalah satu bentuk malformasi rahim kongenital di mana wujudnya dua rahim. Malah ada juga yang mempunya dua serviks.
Selalunya faraj wanita dengan keadaan ini akan dibahagikan kepada dua bukaan yang dipisahkan oleh selaput nipis.
Keadaan yang dialami bukan penghalang untuk proses kehamilan. Walau bagaimanapun, wujud risiko yang tinggi untuk berlakunya keguguran atau kelahiran bayi pramatang.
Tidak menjejaskan kehidupan seksual
Mempunyai dua rahim tidak akan menjejaskan kehidupan seksual wanita. Anda masih boleh menikmati aktiviti seksual, kehamilan serta kelahiran seperti biasa.
Walau bagaimanapun, wanita dengan masalah rahim berganda, berisiko untuk mengalami aliran darah haid yang banyak dan perlu mendapatkan nasihat perubatan untuk menguruskannya.
Antara risikonya termasuklah kemandulan, masalah buah pinggang, kelahiran pramatang dan keguguran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza
Baca juga: Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?