Siapa sangka setelah berbulan-bulan masyarakat dunia berdepan penularan Covid-19 yang masih tiada penawarnya, ada segelintir ibu ayah bertindak menggunakan khidmat tok bomoh dalam melindungi diri mereka sekeluarga.
Meskipun idea yang disarankan olehnya sering kali mengarut dan tidak masuk akal, bagi golongan ‘jalan pintas’ ini tidak berfikir panjang sehingga mempercayainya 100 peratus!
Tok bomoh saran minum darah penyu
Ketika pakar perubatan di seluruh dunia bertungkus-lumus sehingga sekarang mendapatkan vaksin Covid-19, seorang tok bomoh di Haiti sudah mencipta rekod dengan menampilkan idea yang cukup mengarut.
Dia telah menyarankan sebuah keluarga untuk memberikan bayi berusia 5 bulan sebagai pelindung dari penularan wabak penyakit misteri ini.
Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku Isnin lalu telah menyebabkan bayi malang berkenaan meninggal dunia akibat tidak berfikir panjang dalam memilih tindakan.
Keluarga berkenaan mengakui bahawa mereka mengikuti saranan tok bomoh tersebut yang mengatakan cara ini mujarab dan boleh melindungi anak kecil dari sebarang jangkitan Covid-19.
Berdasarkan laporan oleh media tempatan, bayi tersebut sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital. Manakala, ahli keluarga berkenaan masih menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil setelah turut mengambil minuman tersebut.
Namun sehingga kini perkembangan mengenai bomoh mengarut tersebut masih tidak dapat dikenal pasti.
Justeru kami menasihati agar anda berfikir panjang sebelum mengikuti sebarang nasihat, terutamanya daripada individu yang tiada pengiktirafan perubatan yang sah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Norma baharu mampu menghindarkan diri dari serangan Covid-19
Pihak kementerian kesihatan dan kerajaan pastinya sentiasa memantau status kes terbaharu dan langkah-langkah berkesan dalam mengawal penularan Covid-19.
Walaupun Malaysia kini seluruh rakyat perlu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), anda tidak perlu risau kerana ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh WHO. Jadi, bagaimana cara mudah untuk anda membiasakan diri dalam norma hidup baharu dalam kelonggaran PKP ini?
#1. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini
Pastikan anda terdedah dengan perkongsian maklumat yang sahih dari media tempatan atau luar negara. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada diri sendiri untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai status pesakit Covid-19, karenah mereka yang ingin merentas negeri ataupun kesan akibat ingkar akan arahan pihak berkuasa.
Dengan cara ini sedikit sebanyak mampu membuatkan ibu ayah menjadi penasihat terbaik bagi anak-anak agar kekal di dalam rumah dan hanya keluar atas urusan tertentu sahaja.
#2. Menjaga kebersihan diri
Amalan kerap mencuci tangan serta membersihkan diri setiap hari mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Hal ini kerana sifat Coronavirus dikatakan adalah takut air, namun ia mampu bertahan lama pada sesebuah permukaan.
Sekiranya anda membeli barangan dari pasaraya, sebolehnya bersihkan tangan dengan memakai hand sanitizer. Ikut arahan untuk pemeriksaan suhu serta menulis nama, nombor kad pengenalan serta nombor telefon. Jangan lupa untuk memakai topeng penutup muka dan elakkan membawa anak kecil bersama.
Sebaik tiba di rumah, segera mandi dan basuh pakaian yang dipakai menggunakan sabun.
#3. Mengamalkan penjarakan sosial
Semakin ramai orang yang anda berjumpa dan bersentuhan, lebih besar kemungkinan untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19. Lebih membimbangkan, kajian WHO turut mendapati bahawa virus ini boleh tersebar melalui udara.
Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda berada di jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mana-mana individu di sekeliling. Elakkan berkumpul di kawasan yang penuh dengan orang dan sentiasa menjaga jarak sosial.
Kerjasama orang ramai dalam mengekang penularan ini adalah amat penting agar penularan Covid-19 berada dalam tahap terkawal. Slogan ‘kita jaga kita’ perlu dipraktiskan dalam rutin harian agar anda dan seluruh ahli keluarga terlindung dari sebarang risiko jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyatakan bahawa perjuangan negera dalam menentang Covid-19 ini masih panjang dan memerlukan usaha berterusan dari seluruh masyarakat.
Norma kehidupan baharu perlu diterapkan ke setiap ahli keluarga agar ia menjadi amalan harian. Kejayaan dan pencapaian negara untuk mengawal penularan virus Covid-19 ini merupakan kejayaan bersama iaitu rakyat dan pihak kerajaan.
Sumber: Dailystar
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkucing-warna-hitam