X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Harimau Malaya Disahkan Positif Covid-19, Menerima Jangkitan Dari Pekerja Zoo

8 Apr, 2020
Harimau Malaya Disahkan Positif Covid-19, Menerima Jangkitan Dari Pekerja ZooHarimau Malaya Disahkan Positif Covid-19, Menerima Jangkitan Dari Pekerja Zoo

Penularan wabak Coronavirus bukan sahaja menyerang manusia, tetapi juga binatang harimau yang berada dalam salah sebuah zoo dan dijangkiti oleh penjaganya.

Di saat negara berhadapan dengan pandemik wabak virus misteri, seekor binatang harimau di New York telah menggemparkan dunia apabila ia diuji positif Covid-19.

Harimau Malaya yang baru berusia empat tahun berkenaan bernama Nadia dijangkiti virus ini dari salah seorang penjaga Zoo Bronx.

Jangkitan Covid-19 pada binatang harimau

binatang harimau positif covid-19

credit to sources

Menurut Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar yang mengendalikan zoo berkenaan berkata, Covid-19 tidak hanya menyerang Nadia sahaja, kakaknya Azul, dua sekor harimau Amur dan 3 singa Afrika turut menunjukkan simptom batuk kering.

Namun, ia dijangka akan pulih sepenuhnya selepas rawatan dilakukan.

“Kami telah melakukan ujian terhadap kucing dengan berhati-hati dan akan memastikan hasil ujian yang diperoleh mengenai Covid-19 akan menyumbang kepada pemahaman berterusan dunia mengenai novel Coronavirus,” katanya.

“Walaupun mereka mengalami penurunan dalam selera makan, kucing di Zoo Bronx dijaga di bawah penjagaan veterinar secara menyeluruh, berjaga-jaga dan interaktif oleh penjaga,” tambahnya.

“Tidak diketahui bagaimana penyakit ini menyerang ke dalam kelompok kucing besar kerana spesies yang berbeza boleh bertindak balas secara berbeza terhadap jangkitan baru, tetapi kami komited untuk terus mengawasi mereka dengan teliti dan menjangka akan pulih sepenuhnya.”

Menurut ketua doktor haiwan di Zoo Bronx, Paul Calle, walaupun harimau dan singa lain juga menunjukkan gejala, pihak zoo membuat keputusan untuk melakukan ujian terhadap Nadia kerana ia antara yang paling sakit dan hilang selera makan.

“Binatang harimau dan singa yang lain tidak terlalu sakit sepertinya,” katanya.

Nadia menjalani pemeriksaan X-ray, ultrasound dan ujian darah untuk mencari punca penyakit yang dialaminya.

Memandangkan berlakunya peningkatan kes Covid-19 di New York, pihak perubatan veterinar telah memutuskan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 terhadapnya.

Kesemua empat zoo binatang dan akuarium di New York yang mencatatkan jumlah kematian melebihi 4 000 orang telah ditutup sejak 16 Mac.

Jangkitan haiwan kepada manusia

harimau di new york dijangkiti coronavirus

foto: freepik

Pihak zoo menekankan bahawa tiada bukti kajian mendapati bahawa haiwan memainkan peranan dalam penghantaran Coronavirus kepada manusia.

Ia berdasarkan peristiwa awal di pasar Wuhan dan tidak ada sebarang kes berlaku kepada manusia dari haiwan termasuklah anjing peliharaan atau kucing.

Pegawai kawalan penyakit China telah mengenal pasti haiwan liar yang dijual di pasar Wuhan sebagai punca pandemik koronavirus dan menjangkiti lebih dari satu juta orang di seluruh dunia.

Menurut laman web Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, “tidak ada laporan mengatakan ia dibawa oleh haiwan atau binatang lain” selepas rakyat di Amerika Syarikat jatuh sakit dengan coronavirus.

“Bagi mereka yang mengalami simptom gejala Covid-19, anda perlu mengehadkan hubungan dengan haiwan selepas maklumat lanjut diperoleh melalui kajian yang dijalankan,” kata laman web berkenaan.

Pada akhir bulan Mac, seekor kucing haiwan peliharaan disahkan telah dijangkiti novel Coronavirus di Belgium, berikutan kes yang sama di Hong Kong di mana dua anjing telah diuji positif untuk Covid-19.

Koronavirus pada binatang 99.98 peratus bukan Covid-19

jangkitan covid-19 terhadap haiwan

foto: astro awani

Laporan yang mengatakan virus Covid-19 telah menimbulkan panik kepada pencinta haiwan termasuk di Malaysia yang rata-ratanya membuat pelbagai persepsi, malahan ada yang salah anggap berkaitan wabak ini.

Menurut pakar veterinar, Dr Ahmad Razeen Zulkifti, 34, meluahkan rasa bimbang terhadap isu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan penduduk negara.

Menurut beliau, haiwan peliharaan seperti kucing memang mempunyai risiko Coronavirus dan ianya bukan penyakit baharu.

“Coronavirus pada kucing sudah lama wujud dan dikenali sebagai Alpha Coronavirus dan ia tidak pernah berjangkit kepada manusia. Keputusannya adalah 99.98 peratus bukan Covid-19 kerana virus untuk manusia ini dikenali sebagai Beta Coronavirus,”

“Sebenarnya Covid-19 ini melumpuhkan sistem pernafasan manusia dan ia lebih kurang sama sahaja dengan wabak SARS yang berlaku di Hong Kong sebelum ini,” ujarnya.

Kajian yang dilakukan

Menurut Dr Razeen, makmal kajian Idexx (pusat kajian veterinar) dunia telah melakukan ribuan kajian terhadap haiwan, namun tidak ada keputusan yang menjurus kepada jangkitan Covid-19.

“Haiwan boleh dijangkiti Covid-19 daripada manusia. Punca virus ini berlaku adalah hasil mutasi virus corona yang mungkin berasal dari haiwan liar yang dijadikan makanan,”

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik sehingga mengabaikan haiwan peliharaan anda.

Bagi sesiapa yang didapati positif Covid-19, anda perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuklah haiwan peliharaan mereka.

“Pemilik boleh menghubungi doktor-doktor vet sendiri untuk mengetahui cara penjagaan dan pencegahan terbaik,” tambahnya.

Sumber: Channel News Asia, Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Harimau Malaya Disahkan Positif Covid-19, Menerima Jangkitan Dari Pekerja Zoo

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkegunaan-pisang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Harimau Malaya Disahkan Positif Covid-19, Menerima Jangkitan Dari Pekerja Zoo
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.