Petua Buang Toksin Dan Turunkan Kolestrol Dengan Jus Epal Kayu Manis

Apakah yang dmaksudkan dengan toksin? Apa kesannya kepada tubuh badan? Apakah punca toksin dalam badan? Bolehkah kita mengelakkannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Toksin didefinisikan sebagai bahan kimia atau unsur berbahaya yang dihasilkan secara semula jadi atau bukan semula jadi atau mana-mana bahan yang tidak boleh digunakan atau dibuang oleh badan kita.

Toksin mungkin beracun dan boleh mengakibatkan pelbagai ancaman kepada kesihatan daripada kanser (karsinogen), penyakit sistem penghadaman kepada penyakit pertumbuhan dan pembelajaran. Toksin juga boleh mengakibatkan gangguan dan menghasilkan kesan buruk di dalam badan.

Toksin dikeluarkan dari tubuh badan melalui proses perkumuhan seperti membuang air besar dan juga proses perpeluhan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi dati badan akan diserap semula oleh badan lalu memberikan kesan yang buruk ke atas kesihatan.

Tanda Terlalu Banyak Toksin Dalam Badan

Sekiranya badan anda mengumpul terlalu banyak toksin, badan akan mula memberikan tanda sebagai signal. Di antara tanda yang akan ditunjukkan oleh badan ialah :

  • Sering letih dan berasa lesu
  • Lemah daya ingatan
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Kerap sembelit
  • Kerap cirit birit
  • Mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ekzema, dan psoriasis
  • Kulit yang pudar dan tidak berseri
  • Kuku dan rambut yang rapuh serta mudah patah
  • Badan berbau
  • Nafas berbau
  • Selalu sakit kepala
  • Selalu sakit dan lenguh-lenguh pada leher, bahu, sendi dan otot
  • Sistem peredaran darah yang lemah
  • Tangan atau kaki selalu berasa sejuk
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Terlalu cepat putus haid
  • Berat badan berlebihan
  • Badan mengumpul air dengan banyak
  • Masalah penghadaman
  • Selalu berasa senak
  • Selalu berasa loya
  • Tekanan darah meningkat
  • Kurang nafsu syahwat

Petua Singkirkan Toksin Dalam Badan

Salah seorang pengguna Facebook, Suhaniza Isenen berkongsi petua membuang toksin dan menurunkan kolestrol dengan cara menghasilkan jus epal kayu manis.

Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.

Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah.

Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.

So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 biji epal hijau
  • 2 batang kulit kayu manis
  • air 

Caranya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Kisar epal hijau dan tapiskan

2. Masukkan kulit kayu manis tadi ke dalam jus epal yang telah ditapis tadi (kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh).

3. Biarkan sejuk 1 hingga 2 jam di dalam peti sejuk dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Tidur Lambat! Waktu Tidur Yang Cukup Menentukan Kesihatan Anda

Baca juga : Praeklampsia (Tekanan Darah Tinggi) Ketika Hamil: Punca, Tanda & Cara Mengatasi

Baca juga : Hati-Hati, Minuman Rendah Kalori Kononnya ‘Sihat’ Untuk Diet, Tapi Mungkin Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi