X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Tidur Lambat! Waktu Tidur Yang Cukup Menentukan Kesihatan Anda

27 Jul, 2023
Jangan Tidur Lambat! Waktu Tidur Yang Cukup Menentukan Kesihatan Anda

Selalu berasa letih dan tidak cergas selepas bangun dari tidur bermaksud anda tidak mendapat waktu tidur yang cukup!

Adakah anda berasa tidak cukup segar apabila anda bangun tidur pada waktu pagi dan berasa letih sepanjang hari? Atau adakah anda sering berasa mengantuk semasa anda tidak membuat apa-apa? Jika ya, ini mungkin bermaksud anda tidak mendapat waktu tidur yang cukup!

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara amnya, isyorkan untuk orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam.

Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

Ini bermaksud kita kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam. Apabila jangka masa kekurangan tidur ini bertambah, seseorang akan kekurangan tidur sebanyak 11.2 jam seminggu. Kekurangan tidur untuk jangka masa panjang adalah buruk untuk kesihatan anda!

Tidur Tak Cukup Jejas Kesihatan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Dr Priscilla Ooi (@drpris001)

Dr Priscilla Ooi dalam sebuah perkongsiannya di Instagram, beliau mengingatkan orang ramai tentang bahaya tidur yang tidak mencukupi atau sengaja melambatkan waktu tidur.

“Waktu anda tidur boleh menentukan kesihatan anda. Tidur pukul 9 tak senang jadi tua, tidur pukul 10 otak sentiasa cergas, yang tidur pukul 11 rambut senang gugur, tidur pukul 12 berat badan senang naik, tidur pukul 1 seumpama makan racun perlahan-lahan, dan tidur pukul 2 seumpama menikam diri di hati,” katanya.

Jumlah Waktu Tidur Yang Betul Ikut Usia

Keperluan setiap individu berbeza, tetapi tempoh 7 jam adalah waktu yang disarankan untuk individu dewasa sihat. Remaja dan kanak-kanak pula memerlukan waktu rehat yang lebih berbanding individu dewasa untuk mengelakkan wujudnya masalah kekurangan waktu tidur. 

Tidur siang adalah idea terbaik untuk membantu kanak-kanak mendapatkan jumlah rehat yang diperlukan berdasarkan kategori usia. Berikut adalah jadual waktu rehat yang disarankan dan mungkin boleh dijadikan panduan berdasarkan usia anda serta ahli keluarga.

  • Baru lahir (0-3 bulan) – 14 hingga 17 jam
  • Bayi (4-12 bulan) – 12 hingga 16 jam
  • Kanak-kanak (1-2 tahun) – 11 hingga 14 jam
  • Prasekolah (3 hingga 5 tahun) – 10 hingga 13 jam
  • Sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) – 9 hingga 12 jam
  • Remaja (13 hingga 18 tahun) – 8 hingga 10 jam
  • Dewasa (18 hingga 64 tahun) – 7 hingga 9 jam
  • Dewasa berusia (65 tahun ke atas) – 7 hingga 8 jam

Tidur Cara Yang Betul Bantu Tidur Yang Lebih Baik

Anda menyedari kepentingan tidur semalaman yang baik dan selalu tidur untuk jumlah masa yang disyorkan; namun demikian, anda masih rasa tidak cukup rehat apabila anda bangun pada hari yang berikutnya.

Ini mungkin bermaksud anda tidak mendapat tidur yang berkualiti atau anda tidak tidur dengan betul. Berikut adalah tips dan panduan yang boleh memperbaiki tidur malam anda

1. Selaraskan jadual tidur anda

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap bahawa anda boleh gantikan kekurangan tidur anda dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa anda tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu anda berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan anda.

2. Sediakan badan anda untuk tidur

Gunakan sejam sebelum tidur untuk masa senyap. Sila pastikan tiada televisyen, tiada telefon bimbit, dan tiada kerja.

3. Elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur

4. Elakkan nikotin, kafein, dan minuman alkohol

5. Beraktiviti fisikal sepanjang hari –

Anda boleh bersenam tetapi jangan buat senaman kuat 2 hingga 3 jam sebelum tidur

6. Elakkan ubat yang boleh menangguhkan atau mengganggu tidur anda

Jika anda mengambil ubat, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ubat-ubat itu yang penyebab anda kekurangan tidur.

7. Pastikan suasana sesuai untuk tidur. 

Pastikan bilik tidur senyap, dingin dan gelap.

8. Mandi air panas sebelum tidur

9. Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).

Stories Rakan Kongsi
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

hellodoktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba Amalkan Doa Susah Tidur & Tips Tidur Nyenyak Ini!

Baca juga : Tidur Lambat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak! 8 Tips Buat Anak Tidur Awal

Baca juga : Tips Berkesan Pisahkan Tempat Tidur Anak Agar Si Manja Seronok Tidur Di Bilik Sendiri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jangan Tidur Lambat! Waktu Tidur Yang Cukup Menentukan Kesihatan Anda
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham