Ini Toner Terbaik Di Pasaran Untuk Ibu Hamil, Toner Bantu Menghidrat Kulit & Buang Sel Kulit Mati.
Fungsi toner atau penyegar wajah adalah bertujuan untuk menyegarkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi pada wajah.
Rutin penting dalam penjagaan wajah adalah pemakaian toner, serum, pelembap dan diakhiri dengan pelindung cahaya matahari. Mungkin bagi ibu hamil, ada yang berasa was-was mengenai penggunaan produk penjagaan wajah jadi kali ini kami akan senaraikan antara toner terbaik dan selamat digunakan semasa hamil!
Fungsi toner atau penyegar wajah adalah bertujuan untuk menyegarkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.
Ini bermaksud toner tidak akan merengsakan kulit sensitif atau menyebabkan kekeringan melampau di samping menyediakan kulit untuk menyerap pelembap dan rawatan kulit lain dengan lebih berkesan.
Isi Kandungan
Cara Memilih Toner Terbaik & Selamat Semasa Kehamilan
Perkara pertama dan penting sekali adalah, elak produk yang menggunakan formula seperti alkohol, paraben, pewarna sintetik, dan minyak mineral.
Alkohol mempunyai beberapa nama “rahsia", yang membolehkannya tidak dapat dikesan dalam senarai ramuan.
Semak label dan cari perkataan seperti ethanol, alkohol yang didenaturasi, etil alkohol, metanol, benzil alkohol, dan isopropil alkohol — kerana hakikatnya semuanya bermaksud alkohol yang berisiko menyakiti kulit anda!
Selain itu, antara bahan lain yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung adalah seperti berikut:
- Retinol – Produk yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan.
- Benzoyl Peroxide – Ibu hamil perlu berwaspada kerana produk untuk mengatasi masalah jerawat kebanyakannya mengandungi kandungan ini yang boleh membahayakan janin.
- Essential Oil – Essential Oil atau minyak terapi sering digunakan untuk menenangkan fikiran tetapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung.
- Salicylic Acid– Kandungan lain yang berbahaya ketika mengandung ialah salicylic acid biasanya ada pada produk pencuci muka.
- Hydroquinone – Bahan yang digunakan untuk mencerahkan kulit. Wanita yang mengalami kulit kusam ketika mengandung sebaiknya elakkan menggunakan produk pemutihan kulit.
Jadi apa yang perlu anda cari?
- Produk botani yang kaya dengan vitamin seperti artichoke
- Bahan kaya antioksidan seperti camellia dan beras yang ditapai
- Bahan menenangkan dan menghidratkan seperti aloe vera dan asid hyaluronik
- Bahan-bahan anti-penuaan seperti niacinamide dan peptida
Sebagai pengganti toner berasaskan alkohol, sebaik-baiknya cari toner dengan asas mineral — bahan-bahan khusus seperti chamomile, ginseng, atau peppermint sangat bagus untuk kulit terutamanya kulit yang berminyak atau sensitif.
Fungsi Toner Dalam Rutin Penjagaan Wajah
Penggunaan toner secara konsisten akan memberikan kesan yang ketara kepada si pemakai. Anda pasti tidak akan meninggalkan toner setelah mengetahui fungsi toner dalam rutin penjagaan wajah. Terdapat beberapa fungsi toner antaranya adalah:
1. Melindungi kulit dan menambah hidrasi pada kulit selepas mencuci wajah
Sesetengah pencuci muka membersihkan muka dengan menanggalkan minyak semulajadi pada kulit yang menyebabkan kulit jadi kering dan tegang selepas dicuci. Jadi, toner boleh menambah hidrasi pada kulit dengan mengembalikan tahap pH yang seimbang.
Toner bukan sahaja mampu menghidrat kulit seacra maksimum, malah ia boleh memulihkan dan membina satu lapisan “barrier" yang kukuh di atas permukaan kulit dan menghalang sebarang radikal bebas yang berbahaya yang boleh merosakkan kulit.
Ia juga boleh menjadikan kulit bersedia untuk menyerap nutrisi produk skincare seterusnya dengan lebih baik.
2. Mengawal pengeluaran minyak
Kulit berminyak terjadi disebabkan berlakunya penghasilan lebihan minyak untuk menggantikan kelembapan yang hilang. Jadi, fungsi toner adalah mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan kulit tidak akan menghasilkan minyak yang banyak. Dengan pemakaian toner, tiada lagi masalah liang pori tersumbat yang boleh mengundang jerawat.
3. Memperbaiki keanjalan kulit
Semakin meningkat usia, semakin kulit kita kurang anjal. Ini boleh menyebabkan garisan halus dan kedutan muncul. Jadi, hidrasi kulit dengan toner akan membantu mengembalikan keanjalan kulit dan meredakan keradangan kulit. Bahan yang terkandung dalam toner seperti asid lemak, ceramida dan gliserin memberikan antioksidan yang cukup untuk kulit.
4. Menanggalkan sel kulit mati
Terdapat dua jenis toner di pasaran iaitu Hydrating toner dan Exfoliating toner. Fungsi hydrating toner adalah untuk menghidrat dan melembapkan kulit dengan baik kerana mengandungi asid hyaluronik dan niacinamide. Manakala, exfoliating toner pula bertujuan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit nampak kusam dan tidak berseri. Pastikan anda tidak menggunakan exfoliating toner setiap hari keran boleh merengsakan kulit.
Bagi ibu hamil, dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba mana-mana exfoliating toner kerana kebiasaaannya toner jenis ini mempunyai asid seperti salisilik.
8 Toner Terbaik Pilihan Kami Untuk Wanita Hamil
Jika anda masih tercari-cari toner yang selamat digunakan untuk wanita hamil, kami di, theAsianParent senaraikan beberapa jenama yang menjadi pilihan toner muka terbaik.
Fresh Rose Deep Hydration Toner
Toner Terbaik Mengecilkan Pori & Melembutkan Kulit
Toner mewah dengan kelopak mawar sebenar ini dapat melembutkan kulit dan menghaluskan penampilan pori-pori agar kulit kelihatan sihat. Ia diformulasi lembut untuk membersihkan kulit, membantu menghilangkan sel kulit mati sambil menyegarkan kulit sejurus memakainya.
Ia dapat menenangkan dan menyuburkan kulit dengan kandungan air mawar. Air mawar juga terkenal sebagai bahan kandungan yang berkesan dalam toner untuk kulit berminyak. Bukan itu sahaja, toner ini dapat membantu mengekalkan kelembapan dengan adanya ektsrak daun Angelica dan Asid Hyaluronik untuk meningkatkan kelembapan dan kelembutan pada kulit.
Apa yang kami suka?
- Terbukti secara saintifik meningkatkan penghidratan sebanyak 46% selama enam jam selepas penggunaan
- Mengecilkan pori disamping menyegarkan kulit
- Bebas alkohol
- Sesuai untuk wanita yang hamil
Kandungan: Aqua (Air), Glycerin, Butylene Glycol, Rosa Centifolia Flower, Rosa Damascena Flower Water, Rosa Multiflora Fruit Extract, Angelica Keiskei Extract, Rosa Damascena Flower Oil, Sodium Hyaluronate, PEG-150, PPG-26-Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Asid Citrik, BHT
Wardah Lightening Face Toner
Toner Terbaik Mengatasi Masalah Kulit Kusam
Ibu-ibu mesti kenal dengan jenama Wardah produk diperbuat dari Indonesia ini. Wardah toner ini mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksidan dan melawan radikal bebas.
Selain itu, ia mengandungi Glycolic Acid yang mampu melembapkan kulit. Selain dapat menyegarkan kulit, ia juga dapat menghilangkan sisa kotoran, mengecilkan pori-pori dan sekaligus mencerahkan kulit wajah yang kusam.
Tambahan pula, terdapat kandungan B3 dan AHA dalam Wardah toner yang boleh menanggalkan sel kulit mati punca utama menyebabkan kulit kusam. Selepas menggunakannya, anda akan dapati kulit rasa lembut dan sekaligus dapat menyeimbangkan tahap pH pada kulit muka tau!
Menariknya, Wardah toner ini tidak mengandungi alkohol, jadi ia selamat untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif atau sedang mengandung.
Apa yang kami suka?
- Harga yang berpatutan
- Tekstur water-based menjadikan ia menyerap dengan baik
- Boleh sapu toner terus ke muka menggunakan tangan atau dengan kapas
- Mempunyai saiz kecil iaitu 125ml sesuai dibawa ketika melancong
- Diuji secara klinikal pada kulit sensitif
- Selamat untuk kulit sensitif dan ibu mengandung
Kandungan: Aqua, Triethanolamine, Glycolic Acid, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Trideceth-9, Niacinamide, Fragrance, Ethylhexylglycerin, Propylene Glycol, Polysorbate 20, Tocopheryl Acetate, Ulva Lactuca Extract, Glycerin, Glycyrrhiza Glabra (Likoris) Ekstrak Likoris, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate.
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
Toner Terbaik Untuk Mencerahkan Kulit
Jenama yang diyakini, Cetaphil juga mempunyai rangkaian toner terbaik untuk mencerahkan kulit yang tidak sekata. Sangat sesuai untuk anda yang mahukan kulit cerah tetapi mempunyai masalah kulit yang sensitif. Dirumus khas dengan teknologi gentle bright yang membantu memudarkan kesan tompok hitam pada kulit.
Selain itu, ia dapat memberikan tahap kelembapan yang mencukupi pada kulit dan melindungi kulit dari masalah kulit kering.
Apa yang kami suka?
- Disyorkan oleh pakar dermatologi
- Bebas alkohol
- Bebas Paraben
- Hipoalergenik
- Terbukti berkesan mengatasi masalah kulit kering, tegang, kasar dan lapisan kulit yang terganggu
Kandungan: Aqua, Butylene Glycol, Niacinamide, Glycerin, 1,2-Hexanediol, Anhydroxylitol, Citric Acid, Ethylhexylglycerin, Hydrolyzed Cicer Seed Extract, Pancratium Maritimum Extract, Rhododendron Chrysanthum Leaf Extract, Sodium Citrate, Tocopherol, Tricholoma Matsutake Extract, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Xylitol, Xylitylglucoside
Mamonde Rose Water Toner
Toner Terbaik Dengan Bahan Organik
Mamonde Rose Water Toner ini diperbuat daripada bahan organik iaitu dengan kandungan 90.97% ekstrak air mawar yang berkesan untuk menenangkan kulit kemerahan, melembutkan kulit dan memberikan kesegaran pada kulit.
Bukan itu sahaja, toner untuk kulit kombinasi ini juga bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menjadikan kulit bertambah berseri. Ia meresap jauh ke dalam kulit tanpa mengeringkan kulit selepas menyapunya pada keseluruhan wajah.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat dari bahan organik
- Bau yang menenangkan dan melembapkan kulit
- Bebas daripada pewarna sintetik, bahan haiwan dan minyak mineral
- Sesuai untuk kulit kemerahan dan ibu hamil
Kandungan: Air Rosa Damascena (90.97%), Butylene Glycol, Propanediol, 1,2-Hexanediol, PPG-13-Decyltetradeceth-24, Carbomer, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Tromethamine, Allantoin, Rosa Damascena Flower Extract (0.01%), Water, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Hyaluronic Acid, Sodium Acetylated Hyaluronate
COSRX Advanced Snail 96 Mucin Essence
Toner Terbaik Memperbaiki Tekstur Kulit
Satu lagi toner terbaik dari jenama COSRX iaitu Advanced Snail 96 Mucin Essence. Teksturnya lebih likat dari toner biasa kerana mengandungi lendir siput domestik atau Snail Mucin yang merupakan bahan utama. Ia membantu memperbaiki tekstur kulit disamping mengekalkan kelembapan. Sangat sesuai untuk kulit yang lapisan kulitnya telah rosak dan mempunyai masalah jerawat.
Dengan pemakaian secara konsisten juga dapat mencegah dan menjadikan kulit kekal anjal dan tampak awet muda. Jangan risau dengan teksturnya kerana ia sangat ringan dan lembut pada kulit tanpa sebarang kerengsaan yang tidak diingini.
Jika anda mempunyai kulit kering semasa kehamilan, toner ini terbaik sebagai toner untuk kulit kering.
Apa yang kami suka?
- Toner untuk kulit kering
- Sangat ringan dan menyerap dengan pantas
- Mengandungi lendir siput dengan bahan penenang yang baik
- Bebas dari paraben, ethanol, surfaktan sintetik, pewarna tiruan, pewangi tiruan, triethanolamine dan phthalate
- Mengandungi bahan humektan dan anti penuaan seperti Betaine, Sodium Hyaluronate, Allantoin, Arginine dan Panthenol
- Selamat digunakan untuk ibu mengandung yang tiada alergik terhadap lendir siput
Kandungan: Lendir siput, Betaine, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Sodium Hyaluronate, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Carbomer, Panthenol, Arginine
Kiehls Calendula Herbal Extract Toner
Toner Terbaik Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Toner dari Kiehl’s ini bebas alkohol dan sesuai dijadikan toner untuk kulit berminyak. Ini kerana ia diselitkan dengan kelopak Calendula yang mampu menenangkan kulit yang terengsa dan kering.
Bukan itu sahaja, toner ini bagus membersihkan kulit tanpa agen buih yang kasar atau sintetik terhadap kulit. Formula lembut di dalam toner ini sangat ideal untuk membantu mengimbangi kulit normal berminyak, termasuk jenis kulit sensitif, untuk kulit yang lebih sekata dan mengembalikan kesegaran wajah.
Apa yang kami suka?
- Toner untuk kulit berminyak
- Bebas alkohol, Bebas Sulfur
- Mengandungi Calendula yang terkenal dengan sifat menenangkan kulit
- Burdock yang boleh melembapkan jenis kulit kering
- Mengandungi allantoin dapat menenangkan dan menenangkan kulit.
- Tiada pewangi dan tanpa minyak pati
Kandungan: Aqua(Air), Propylene Glycol, Pentylene Glycol, Methylparaben, Disodium EDTA, Arctium Lappa Extract/Arctium Lappa Root Extract, Calendula Officinalis Extract/Calendula Officinalis Flower Extract, Calendula Officinalis Flower Extract, Hydrolyzed Corn Starch, Allantoin, Hedera Helix Extract – Ivy Leaf/Stem Extract, Althaea Officinalis/Althaea Officinalis Root Extract.
Nanowhite Refining Treatment Toner
Toner Terbaik Mengecilkan Liang Pori
Nanowhite toner merupakan toner diperkaya dengan formulasi Happy Dermalogy TM dan teknologi Nano yang berfungsi sebagai astringen, membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan lebihan minyak tanpa mengeringkan kulit.
Tesktur yang ringan, meresap dengan pantas dan mempunyai haruman segar dengan sedikit haruman sitrus ini memberikan keselesaan saat memakainya. Malah, kandungan seperti Omega White C, Ekstrak Oren, Ekstrak Lemon dan Ekstrak Beri yang terdapat dalam Nanowhite toner ini membantu mencerahkan tona kulit tidak sekata secara semulajadi tanpa penggelupasan.
Apa yang pasti, nanowhite toner terbukti berkesan untuk mengecutkan jerawat dan meredakan kemerahan pada jerawat yang baru tumbuh.
Apa yang kami suka?
- Toner untuk kulit berminyak
- Tesktur ringan dan cepat meresap dengan baik
- Mengecil dan menghaluskan pori
- Melembap sambil meredakan keradangan kulit akibat jerawat
Kandungan: Aqua , Witch Hazel, Polysorbate 20, Phenoxyethanol, Vaccinium Myrtillus Fruit Extract, Saccharum Offinarum (Tebu) Extract, Acer Saccharum (Sugar Maple) Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract, Sodium Lactate, Allantoin, Fragrance, Waltheria Indica Leaf Extract, Mannitol Sodium Gluconate, Citric Acid, Sodium Citrate, Dextrin, Ferulic Acid.
Simple Soothing Facial Toner
Toner Terbaik 100% Tanpa Alkohol
Mencari toner yang bukan sahaja bagus untuk hidrasi, malah boleh melembapkan dan melindungi kulit? Simple toner ini jawapannya. Ia merupakan toner yang viral kerana bukan sahaja produknya bagus malah harganya sangat murah. Berbaloi untuk bakal ibu yang baru sahaja ingin berjinak dengan pemakaian toner dalam rutin penjagaan wajah.
Ia mengandungi bunga chamomile dan yang membantu menghidrat dan melembutkan kulit. Juga, simple toner ini boleh kecutkan liang pori selepas beberapa kali pemakaian kerana mempunyai witch hazel. Best, kan?
Turut terkandung dalam Simple toner ini adalah bahan kandungan niacinamide yang membantu mencerahkan parut jerawat, bintik-bintik hitam dan menjadikan tona kulit sekata. Bebas alkohol, bebas paraben dan tanpa pewarna dan bau menjadikan ia selamat digunakan untuk wanita hamil, terutama yang mempunyai kulit sensitif.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Bebas alkohol, paraben, pewarna tiruan dan wangian
- Melembap dan mencerahkan kulit
- Menyegarkan kulit ibu tanpa mengeringkan kulit
Kandungan: Aqua, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Allantoin, Cetylpyridinium Chloride, Chamomilla Recutita Flower Extract, Citric Acid, Decyl Glucoside, Disodium EDTA, Glycerin, Hamamelis Virginiana Leaf Water, Niacinamide, Panthenol, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Propylene Glycol, Sodium Benzoate, Sodium PCA.
Perbandingan Harga Toner Terbaik
Jenama | Harga (RM) |
Fresh Rose Deep Hydration Toner | RM146.97-RM226.52 |
Wardah Lightening Face Toner | RM6.30 |
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner | RM54.76 |
Mamonde Rose Water Toner | RM9.90-RM39.90 |
COSRX Advanced Snail 96 Mucin Essence | RM57.00 |
Kiehls Calendula Herbal Extract Toner | RM147.59-RM229.68 |
Nanowhite Refining Treatment Toner | RM29.70 |
Simple Soothing Facial Toner | RM20.06 |
Pentingnya Pemakaian Toner Untuk Kulit Wajah
Toner perlu atau tidak ya? Ada yang kata perlu dan ada yang kata tidak perlu. Walaupun toner hanyalah sebagai produk tambahan dalam rutin penjagaan muka, sebenarnya pemakaian toner bergantung kepada keperluan kulit individu.
Ia diformulasi dengan bahan humectant yang berbentuk cecair untuk membantu meningkatkan kualiti penghidratan kulit selepas mencuci.
Kepentingan toner untuk kulit kering, normal dan sensitif, penggunaan toner secara konsisten dapat menghidrat kulit dengan baik, mengurangkan kesan kemerahan pada wajah dan mengelakkan kulit bersisik.
Manakala, penggunaan toner untuk kulit kombinasi dan toner untuk kulit berminyak pula, dapat membantu mengurangkan penampilan pori dan lebihan minyak yang terdapat pada wajah.
Toner yang terbaik adalah toner yang mampu memberikan apa yang kulit anda perlukan untuk kelihatan lembap, anjal dan kekal berseri sepanjang hari.
Langkah Pemakaian Toner
Pasti ada lagi antara bakal ibu yang keliru bilakah ingin memakai toner? Berikut adalah langkah pemakaian toner yang betul:
1. Gunakan toner selepas mencuci muka
Sebaiknya, anda boleh mengaplikasikan toner sebaik sahaja selepas mencuci muka. Pastikan kulit anda kering terlebih dahulu. Gunakan teknik 3-Minute-Golden-Rule iaitu segera pakai hydrating toner dalam tempoh 3 minit selepas mencuci agar hidrasi kulit terjaga.
2. Gunakan kapas atau cotton pad bagi toner jenis hydrating
Jika anda memakai toner jenis Hydrating, anda boleh gunakan kapas atau cotton pad. Tujuannya adalah supaya dapat menyingkirkan sisa kotoran yang tertinggal selepas mencuci muka. Atau anda boleh gunakan teknik “dap dap" untuk mengurangkan pembaziran toner dan kulit akan menerima lebih lagi kelembapan pada toner.
3. Jadikan sebagai Sheet Mask untuk melembapkan kulit kering
Untuk kulit yang kering dan dehidrasi, anda boleh tuangkan hydrating toner ke dalam mangkuk dan biarkan Sheet Mask meresap sepenuhnya. Kemudian, tekapkan sheet mask pada muka. Biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu, boleh diikuti dengan skincare lain seperti serum dan sunscreen. Teknik ini sesuai bagi bakal ibu yang mengalami kulit kering dan keradangan semasa tempoh kehamilan.
4. Jadikan toner sebagai face mist supaya kulit kekal hidrat
Anda juga boleh pelbagaikan pemakaian toner dengan jadikan ia sebagai face mist. Caranya, tuang sahaja toner ke dalam botol spray. Anda boleh gunakan pada bila-bila masa. Jadi, selepas ini tiada lagi alasan sama ada terlupa atau tidak tahu langkah betul untuk memakai toner. Mudah, kan?
5. Gunakan toner dengan teknik 7 layering
Anda boleh gunakan toner selepas mencuci muka dan sebelum serum. Tapi kali ini gunakan toner dengan 7 layering method. Caranya, gunakan toner sebanyak 7 kali lapisan toner berturut-turut. Langkah ini bertujuan untuk melembapkan kulit secara maksimum dan kulit juga dapat menyerap nutrisi yang terkandung dalam toner.
Tips Pemakaian Toner Yang Betul
Toner yang diaplikasikan dengan tangan secara langsung dipercayai dapat menjadikan kulit mendapat manfaat dari kandungan toner itu sendiri dengan lebih baik kerana tidak menyebabkan toner tersebut terbuang seperti menggunakan kapas. Namun, ternyata penggunaan toner menggunakan kapas atau tidak adalah bergantung pada keadaan kulit.
Ini kerana penggunaan toner yang betul dapat memberikan kesan maksimum.
1. Menggunakan Kapas
Kebanyakan wanita kerap menggunakan toner menggunakan kapas. Tips yang baik adalah untuk menggunakan toner dengan kapas nipis agar produk tidak banyak diserap oleh kapas. Selain itu, bagi anda yang mempunyai kulit kering, lebih baik tidak menggunakan toner dengan cara ini, ya!
Menggunakan toner ini dengan kapas juga berguna untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran seperti make-up, pencemaran, dan minyak. Tetapi ini tidak bermaksud toner boleh digunakan sebagai pencuci muka.
2. Menggunakan Tangan
Bagi anda yang mempunyai kulit kering, cara terbaik adalah menerapkan toner dengan cara ini. Menggunakan tangan ketika menggunakan toner dipercayai menjadikan kulit lebih terhidrat kerana toner akan menyerap dan berfungsi dengan baik ketika menggunakan tangan yang bersih.
Sama seperti menggunakan kapas, penggunaan toner dengan tangan juga cukup hanya dengan menggunakan kaedah menepuk wajah secara lembut agar toner dapat diserap ke dalam kulit dengan lebih efektif.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil
Baca juga: Pencuci Muka Terbaik & Selamat Semasa Hamil, Jangan Ragu-Ragu Guna 7 Produk Ini!
Baca juga: 7 Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Kombinasi, Selamat Untuk Wanita Hamil dan Kanak-Kanak