X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Penggunaan produk semasa hamil boleh mempengaruhi ibu hamil dan janin, terutama apabila produk yang digunakan terlalu keras atau mengandungi bahan terlarang yang tidak sesuai untuk wanita mengandung.

Banyak perubahan berlaku semasa kehamilan, terutama pada kulit membuatkan para ibu mencari produk kecantikan untuk ibu hamil yang terbaik.

Ada yang jadi semakin baik tetapi ada yang menjadi semakin teruk dan kering! Setiap perubahan yang berlaku sebenarnya bergantung pada bagaimana kulit bertindak balas terhadap lonjakan hormon yang tidak dapat dielakkan yang berlaku semasa kehamilan.

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami tompok-tompok kering atau berminyak, bintik-bintik gelap, tanda regangan, tahi lalat yang baru tumbuh, perut gatal dan banyak lagi.

Tetapi, apabila ini berlaku juga, anda mungkin mendapati bahawa produk penjagaan kulit yang paling anda sayangi tiba-tiba tidak sesuai untuk kulit anda yang kini sangat sensitif.

Jadi apabila hamil, ibu perlu tukar rutin penjagaan kulit dengan meneliti kandungan produk dengan lebih teliti agar ia tidak membahayakan untuk diri mahupun janin.

Isi Kandungan:

1. Perubahan Kulit Sewaktu Hamil

2. Bahan Popular Dalam Produk Kecantikan Kulit Yang Ibu Hamil Perlu Hindar

3. Alternatif Yang Selamat Di Dalam Produk Kecantikan Kulit Untuk Ibu Hamil

4. 7 Produk Kecantikan Ibu Hamil Terbaik di Pasaran

  • HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream

  • The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

  • Cetaphil Gentle Skin Cleanser

  • Mederma AG Hydrating Facial Cleanser

  • Dickinson Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner

  • Neutrogena Hydro Boost Water Gel

  • The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10%

5. Senarai Harga

6. Tips Kulit Sihat Cantik Ketika Hamil

Perubahan Kulit Sewaktu Hamil

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Kredit gambar: Freepik

Pertama sekali, buat ibu hamil anda perlu menerima hakikat akan perubahan kulit ketika hamil berlaku ke atas ramai wanita. Ia adalah satu perkara normal. Segalanya berlaku adalah disebabkan hormon.

Sementara itu ada juga sesetengah wanita yang beruntung mengalami 9 bulan akan kesempurnaan kulit asli, sementara yang lain mengalami sekurang-kurangnya mengalami satu masalah kulit baru atau semakin teruk. 

Berikut adalah antara masalah biasa berlaku di kalangan sesetengah wanita hamil:

  • Kulit kering
  • Kulit kusam (satu kondisi dipanggil melasma atau cholasma)
  • Jerawat

Wanita yang mempunyai kondisi keadaan kulit sedia ada seperti ekzema, psoriasis, atau rosacea mungkin akan mengalami satu perubahan di dalam simptom mereka, sama ada semakin baik atau sebaliknya.

Dan disebabkan tubuh anda adalah “all-in" pabila memasuki bab hamil, perubahan kulit boleh memberi kesan pada bahagian lain juga – kulit regangan, kesan jaring lelabah, pertumbuhan rambut dan malah rambut gugur.

Bahan Popular Dalam Produk Kecantikan Kulit Yang Ibu Hamil Perlu Hindar

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Kredit: Pexels

Antara beberapa bahan yang harus dihindari ketika hamil serta ketika anda menyusu termasuk:

  • Retinoid – Produk yang mengandungi bahan seperti Avage, Differin, Renova, Retin-A, retinols, retinyl palmitate dan Tazorac perlu dielakkan. Walaupun sangat sedikit bahan yang diserap ke dalam kulit anda, kajian menunjukkan kemungkinan ada kaitan dengan kecacatan kelahiran.
  • Tetrasiklin – Rawatan jerawat antibiotik ini boleh mempengaruhi perkembangan gigi dan tulang bayi.
  • Hydroquinone – Antara 34 hingga 45 peratus Hydroquinone (agen pemutih kulit topikal) diserap secara sistematik ke dalam badan apabila digunakan. Walaupun kajian semasa tidak menunjukkan hubungan yang berbeza antara hidrokuinon semasa kehamilan dan peningkatan risiko kesan buruk, yang terbaik adalah untuk mengelakkannya.
  • Asid salisilik – Walaupun ada produk yang mengandungi hingga 2 peratus asid salisilik, dan ini risiko rendah untuk bayi, namun beberapa ahli dermatologi masih menyarankan untuk ibu hamil mengelak kegunaannya.
  • Benzoyl peroksida – Keselamatan penggunaan benzoil peroksida untuk merawat jerawat semasa kehamilan masih belum dapat dipastikan. Rujuk doktor anda sebelum menggunakannya.
  • Wangian buatan – Syarikat kosmetik menggunakan “wangian" sebagai istilah payung untuk campuran bahan kimia toksik tersembunyi, seperti diethyl phthalate yang telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran.

Sebaik-baiknya, pilih produk yang menggunakan bahan semulajadi dan elakkan bahan-bahan di atas ya. Anggap saja kehamilan sebagai masa untuk menyegarkan rutin anda dengan produk penjagaan kulit baru dan lebih baik yang dicipta khas untuk memanjakan kulit yang berubah-ubah. 

Alternatif Yang Selamat Di Dalam Produk Kecantikan Kulit Untuk Ibu Hamil

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Kredit gambar: Todaysparent.com

Berikut adalah beberapa alternatif selamat untuk mengekang masalah kulit yang biasa dilalui ketika hamil.

Anti-penuaan/kedutan – Ia berfungsi seperti magik untuk meningkatkan imun sistem tubuh dan menghapuskan radikal bebas di dalam tubuh, topikal antioksidan seperti vitamin C boleh dengan selamatnya meningkatkan kecergasan kulit dengan melindungi kulit dari rosak dan mengekalkan kolagen.

Antara antioksidan lain yang selamat ketika hamil untuk anda cuba menerusi produk kecantikan kulit untuk ibu hamil termasuklah vitamin E, K, B3 dan teh hijau.

Jerawat dan hiperpigmentasi – Jika anda adalah seorang terdedah kepada jerawat atau anda dapati yang diri anda secara tiba-tiba kembali ke mengimbas semula kenangan kulit seakan remaja dewasa – terdapat satu alternatif selamat untuk menggunakan produk berasaskan retinoid ketika hamil.

Salah satu yang paling efektif adalah asid glikolik. Asid glikolik di dalam kuantiti yang besar adalah tidak disarankan ketika hamil, tetapi ia seakannya selamat di dalam amaun yang sedikit biasa dijumpai di dalam produk kecantikan yang boleh didapati di kaunter. 

Asid glikolik dan yang sama seperti asid azelaic, juga boleh membantu dengan mengurangkan garis halus, mencerahkan kulit, dan mengurangkan pigmentasi kulit yang teruk. 

Kulit kering dan tanda regangan – Tidak diragukan yang mana kehamilan memerlukan banyak daripada tubuh anda, jadi jika bayi anda memerlukan lebih air tidak kira masa, ia akan menarik dari tubuh anda. Ini adalah tambahan kepada perubahan hormon dan boleh membawa kepada kulit kering.

Tambahan dengan meminum lebih air, produk pelembap yang mempunyai minyak kelapa, mentega koko, peptida dan asid hyaluronik (HA) boleh memperbaiki hidrasi tubuh. Dan pabila ia menyentuh kepada tanda regangan, satu strategi untuk mencegahnya adalah dengan kerap melembapkan zon rawan untuk membantu kulit meregang secara semula jadi semasa perut anda (dan bayi) membesar.

Perlindungan cahaya matahari – Perlindungan cahaya matahri adalah satu perkara penting yang anda boleh lakukan untuk mencegah kanser kulit dan kedutan dalam jangka masa panjang. Tetapi bagaimana anda boleh dengan selamat melindungi kulit ketika hamil adalah satu soalan besar.

Keputusan dalam keselamatan bahan kimia spektrum meluas di dalam krim tabir suria masih lagi berlegar di luar sana, jadi cuba gunakan krim tabir suria berasaskan mineral yang melindungi kulit dengan menolak sinaran UV untuk melantun dari kulit sepenuhnya. 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam krim tabir suria berasaskan mineral termasuklah zink oksida dan titanium oksida. Dan jangan lupa akan pemakaian topi lebar untuk menambah lebih siluet fesyen.

7 Produk Kecantikan Ibu Hamil Terbaik di Pasaran

Bagi membantu anda, kami di theAsianparent menyenaraikan beberapa produk penjagaan kulit yang sesuai untuk wanita hamil.

Terbaik… Jenama

Krim Pelembap Terbaik Dengan Melembap Dua Kali Ganda

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream

Pencuci Wajah Terbaik Membersih Kulit Wajah Yang Tercemar

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

Pencuci Kulit Wajah Dan Tubuh Terbaik Formulasi Ringan

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Pencuci Wajah Terbaik Untuk Mencuci Dan Mencukur

Mederma AG Hydrating Facial Cleanser

Toner Terbaik Untuk Mengecilkan Pori Wajah

Dickinson Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner

Gel Air Terbaik Untuk Melembapkan Kulit

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Gel Krim Terbaik Mencerahkan Kulit Kusam

The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10%

#1 HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream (Krim Pelembap Terbaik Dengan Melembap Dua Kali Ganda)

produk kecantikan untuk ibu hamil

Hada Labo Premium Hydrating Cream adalah krim baldu ringan yang langsung menyerap ke kulit agar dapat membekalkan kelembapan berganda.

Ia menghidrat, menegangkan dan menegangkan kontur wajah sehingga menjadikan kulit licin, tegas dan lembut.

Apa yang kami suka:

  • Kolagen – membantu meningkatkan kepadatan dan keanjalan kulit agar kulit kelihatan lebih tegang, awet muda dan menawan.
  • Peptida – membantu meningkatkan pengeluaran kolagen untuk memperbaiki kontur wajah dan meminimumkan penampilan garis-garis halus.
  • 5 HA – menggabungkan Super HA, HA bersaiz sederhana, HA bersaiz kecil, HA 3D dan Nano HA untuk menghidrat kulit dari dalam agar kulit lebih lembut dan sempurna.
  • PH kulit seimbang
  • Kerengsaan rendah
  • Bebas alkohol, pewarna, wangian dan minyak mineral.

Kandungan:

Air, Squalane, Gliserin, Propanediol, Trigliserida Caprilik / Capric, Dimethicone, Glyceryl Stearate, Pentylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Hydroxyethyl Acrylate / Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Hydrogenated Phosphatidylcholine, Aslitrina, Aslilin, Arginine, Arginine, Silicon Dimethiconol, Polysorbate 60, Disodium EDTA, Cyclodextrin, Caffeine, Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate, Sodium Hyaluronate (Medium SA Medium, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Carnosine, Citrus Sinensis Extract, Hydrolyzed Algin, Collagen, Sodium Hyaluronate (Sodium Hyaluronate) Sodium Acetylated Hyaluronate, Phenoxyethanol, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Zingiber Officinale (Halia) Ekstrak Akar, Palmitoyl Tripeptide-5, 1,2-Hexanediol, Elettaria, Elettaria Minyak, Aphanothece Sacrum Polysaccharide, Polianthes Tuberosa Extract, Cananga Odorata Flower Oil, Palmitoyl Hexapeptide-12, Sodium Hyalu ronate Crosspolymer.

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#2 The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash (Pencuci Wajah Terbaik Membersih Kulit Wajah Yang Tercemar)

produk kecantikan untuk ibu hamil

Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash yang dicampur dengan minyak pokok teh ini bertindak membersihkan kulit yang tercemar.

Pembersih yang nyaman ini menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, menjadikan kulit terasa segar dan bersih.

Minyak pokok teh menghilangkan kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit, menghasilkan kulit yang lebih bersih dan jelas selepas kegunaan setiap hari. 

Apa yang kami suka?

  • Kandungan semula jadi dan vegan
  • Boleh digunakan setiap hari
  • Dibuat dengan minyak pokok teh pemurnian dari kaki Gunung Kenya
  • Membersihkan kulit dari mendalam
  • Menyejukkan dan menyegarkan pada kulit
  • Mengurangkan rasa berminyak dan bersinar
  • Diperkaya dengan minyak pokok teh Perdagangan Komuniti organik

Kandungan:

Aqua / Air / Eau, Gliserin, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Polysorbate 20, Alcohol Denat, Phenoxyethanol, Sodium Chloride, Panthenol Minyak Daun Melaleuca Alternifolia / Minyak Daun Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh), Natrium Benzoat, Minyak Benih Calophyllum Inophyllum, Asid sitrik, Allantoin, Menthol, Butil Methoxydibenzoylmethane, Leptospermum Petersonii Oil, Tocopherol, Sodium Hydroxide, Ci, 19 Hydroxel / Ci, 19 , Ci 42090 / Biru 1

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#3 Cetaphil Gentle Skin Cleanser (Pencuci Kulit Wajah Dan Tubuh Terbaik Formulasi Ringan)

produk kecantikan untuk ibu hamil

Bersih wajah dua kali sehari dengan pencuci muka ringan, tanpa wangian, tanpa sabun, seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini hadir dengan formulasi ringan dan tidak menjengkelkan. Malah, ia juga membekalkan rasa lembut dan tenang pada kulit ketika mencuci wajah. 

Produk ini juga cukup lembut untuk kegunaan bayi, jadi anda tidak perlu risau akan penggunaan harian! 

Apa yang kami suka?

  • Menenangkan dan membersihkan, menjadikan kulit licin dan lembut
  • Formula lembut dan bebas sabun membersihkan tanpa kerengsaan – ia tidak akan menghilangkan kulit minyak pelindung semula jadi atau emolien
  • Melembapkan tanpa meninggalkan sisa yang dapat menyumbat liang-liang pori
  • Baik untuk keperluan kulit khas termasuk kulit sensitif atau rosacea
  • Sangat sesuai untuk wajah dan badan
  • Berfungsi tanpa menyebabkan kerengsaan kulit
  • Formulasi seimbang pH dan tidak menjengkelkan
  • Boleh digunakan dengan atau tanpa air
  • Bebas wangian, hypoallergenic dan non-comedogenic
  • Mempertahankan lima tanda kepekaan kulit termasuk penghalang kulit yang lemah, kerengsaan, kekasaran, sesak, dan kekeringan

Kandungan:

Air, Cetyl Alkohol, Propylene Glycol, Sodium Lauryl Sulfate, Stearyl Alcohol, Methylparaben, Propylparaben, Butylparaben

Cetaphil Gentle Skin Cleanse

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#4 Mederma AG Hydrating Facial Cleanser (Pencuci Wajah Terbaik Untuk Mencuci Dan Mencukur)

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Produk Mederma AG merupakan antara produk kecantikan terbaik memberikan manfaat pengelupasan asid glikolik dalam sistem pembersihan dan lembapan yang seimbang dengan pH untuk seluruh badan.

Produk ini juga lembut, tidak kering dan sesuai dengan semua jenis kulit. Ia membersihkan minyak dan kotoran dari wajah anda, menjadikan kulit terasa halus dan segar.

Aqua Glycolic Facial Cleanser juga dapat digunakan untuk mencukur kawasan sensitif, seperti garis bikini, wajah dan ketiak.

Apa yang kami suka?

  • Mengelupas sel-sel kulit mati yang kering dari kulit dengan lembut
  • Bukan hanya boleh digunakan sebagai pembersih, tetapi juga krim pencukur yang sangat baik
  • Membantu menghidrat dan melembutkan kulit kering, menjadikan kulit segar, bersih, dan lembut.
  • Berikan kelebihan pengelupasan asid glikolik dalam sistem pembersihan dan pelembapan yang seimbang dengan pH untuk seluruh badan
  • Hypoallergenic
  • Bebas minyak wangi dan wangian tambahan
  • Bebas sabun (mengakibatkan kerengsaan minimum)
  • Bukan komedogenik
  • Disyorkan pakar dermatologi

Kandungan:

Air suling, Asid Glikolat, Ammonium Glikolat, Cetearyl Alkohol, Ammonium Lauryl Sulfate, Sorbitol, Stearyl Alkohol, Methylparaben, Propylparaben.

Mederma AG Hydrating Facial Cleanse

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#5 Dickinson Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner (Toner Terbaik Untuk Mengecilkan Pori Wajah)

toner terbaik

Tanpa pewangi tambahan, pewarna, paraben atau phthalates, toner semula jadi 100 peratus ini sangat sesuai untuk ibu mengandung yang kulitnya mungkin lebih berminyak atau sensitif daripada biasa.

Ia membantu mengecilkan kejelasan saiz liang-liang pori, menghilangkan minyak yang berlebihan, menenangkan kegatalan dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit.

Ia juga tidak mengeringkan atau menghakis kulit seperti sesetengah toner lain.

Apa yang kami suka?

  • Bebas minyak
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Untuk semua jenis kulit
  • Membersihkan dengan lembut + Kondisi Pori untuk Memelihara Kulit yang Jernih, Licin & Seimbang
  • 100% Semula Jadi
  • Formula Lembut
  • Disyorkan pakar dermatologi

Kandungan:

Semua witch hazel suling semula jadi, mengandungi alkohol bijirin semula jadi 14%, dan ekstrak witch hazel

Dickinson Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#6 Neutrogena Hydro Boost Water Gel (Gel Air Terbaik Untuk Melembapkan Kulit)

produk kecantikan untuk ibu hamil

Neutrogena Hydro Boost Water Gel dengan formula gel yang menyegarkan dengan asid Hyaluronik yang disucikan dan ekstrak Zaitun secara berterusan memberikan kelembapan pada kulit.

Sekaligus produk ini sesuai sekali untuk mereka yang memiliki masalah kulit kering agar kulit menjadi lebih lembut dan lembap.

Versi gel oleh Neutrogena ini bebas minyak, bebas pewarna, tidak komedogenik dan terutama digemari oleh ibu-ibu dengan kulit berminyak kerana formula gel lebih cepat meresap berbanding pelembap tekstur krim biasa.

Ia juga pilihan utama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kering.

Apa yang kami suka?

  • Melembapkan kulit
  • Sesuai untuk kulit sensitif dan kering
  • Diuji ahli dermatologi 
  • Alahan diuji
  • Bebas minyak
  • Bukan komedogenik.

Kandungan:

Air, Dimethicone, Gliserin, Dimethicone / Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Phenoxyethanol, Polyacrylamide, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Dimethiconol, C13-14 Isoparaffin, Dimethicone Crosspolymer, Chlorphenesin, Carbomer, Laureth-7, Sodium Hyalurin, Sodium Hyalur 14 Pareth -12, Natrium Hidroksida, Biru

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#7 The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10% (Gel Krim Terbaik Mencerahkan Kulit Kusam)

Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Azelaic Acid Suspension 10% adalah gel krim ringan dengan asid azelaic. Asid azelaic adalah satu antioksidan yang secara semula menghasilkan yis hidup di dalam kulit yang sihat. Ia mencerah, anti-bakteria, dan kesan anti-radang. Ia merupakan satu krim dengan pelbagai fungsi yang mana secara terangnya mencerahkan kulit.

Ia direka untuk semua jenis kulit: kulit normal, kulit kering, kombinasi kulit dan berminyak. Ibu hamil yang mengalami masalah kulit kusam, tekstur tidak sekata, jerawat dan cela pastinya mencari akan krim ini.

Krim dari jenama Ordinary ini bebas parabens, formaldehydes, phthalates, minyak mineral, oxybenzone, coal tar, and sulfates SLS & SLES. Ia juga adalah vegan, bebas gluten, dan bebas kekejaman.

Apa yang kami suka?

  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan kesan cela
  • Mempromosi tona dan tekstur kulit tidak sekata
  • Memudar hiperpigmentasi
  • Mengurangkan kesan kemerahan berkaitan dengan rosacea
  • Diformulasikan tanpa alkohol, kekacang atau pewangi
  • Menyalurkan sokongan antioksidan

Kandungan:

Air, Isodecyl Neopentanoate, Dimethicone, Asid Azelaic, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Dimethyl Isosorbide, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Polysilicone-11, Isohexadecane, Tocopherol, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Isoceteth-20, Polysorbate 60, Triethanolamine, Ethoxydiglycol, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.

The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10%

product imageBeli di Shopee

Senarai Harga Produk Kecantikan Untuk Ibu Hamil 

Produk Harga (RM) Isipadu Kandungan (ml) Harga (RM)/ml

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream 

66.30 50 1.33

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash

52 250 0.21

Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

41.90 500 0.08

Mederma AG Hydrating Facial Cleanser

97.80 175 0.56

Dickinson Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner

35.80 473 0.08

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

41.60 50 0.83

The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10%

69 30 2.30

Tips Kulit Sihat Cantik Ketika Hamil

produk kecantikan untuk ibu hamil

Kredit gambar: Happy Family Organics

Minum banyak air

Salah satu tips yang paling major untuk penjagaan kulit ketika hamil adalah kekal hidrat. Bakal ibu perlu minum sekurang-kurangnya 10 gelas air bersaiz 8 auns setiap hari dan menambah ekstra 1.5 cawan untuk setiap jam senaman.

Pengambilan air adalah penting sewaktu hamil untuk banyak sebab seperti memperbaiki tahap elastik kulit.

Cuci wajah

Tahan keinginan untuk memicit dan mencucuk jerawat, kerana ia boleh membawa kepada masalah parut. Dengan hormon hamil secara berlebihan, cabaran baru penjagaan kulit boleh terwujud yang termasuklah jerawat.

Dengan semua perubahan dalaman, pencuci wajah yang sebelum ini anda gunakan boleh jadi tidak lagi memberikan impak yang sama. Sebaliknya, cari pencuci wajah yang lembut untuk digunakan pada waktu malam untuk mengelak iritasi kulit.

Lindung kulit

Gunakan krim tabir suria, secara kerap. Ini akan membantu anda untuk mengelak sebarang cabaran penjagaan kulit yang dikenali sebagai “Pregnancy Mask" yang memberi impak hampir 50 peratus pada wanita hamil. Pregnancy Mask merujuk kepada tompok cela gelap melasma yang mana hasil daripada terdedah pada cahaya matahari.

Pigmentasi ini boleh muncul di mana-mana sahaja pada tubuh dan boleh bertahan lebih selepas hamil. Solusi terbaik? Gunakan krim tabir suria pabila anda terdedah di bawah cahaya matahari lebih daripada satu minit.

Pastikan ada bersama sebotol krim tabir suria di dalam beg atau kereta.

Krim Kulit

Bantu persiapkan kulit anda, terutama sekali pada bahagian dada dan perut, untuk meregang dengan memastikan ia kekal cukup lembapan.

Selepas anda mandi dan sebelum masuk tidur, gunakan krim losyen melembap. Pelembap dengan oat biasanya sangat membantu.

Gunakan peluang yang ada untuk tiga minit mengurut, fokus khususnya pada bahagian kaki yang mana menanggung beban berat lebihan. Pabila menyentuh soal wajah, gunakan losyen wajah yang sederhana, bebas minyak yang mana melembap tetapi tidak menyekat liang pori.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan

Baca juga: Melasma Pada Ibu Hamil : 4 Cara Kawal Bintik Hitam Wajah Ketika Hamil

Baca juga: Jerawat Ketika Hamil: Ini Tip Penjagaan Kulit Untuk Kembalikan Seri

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.