Kenali Chloasma Gravidarum, Tompok Hitam Pada Wajah Ibu Hamil Atau 'Topeng Kehamilan'

Melasma boleh muncul sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menghidapnya!
Ketika hamil, jangan terkejut sekiranya anda mengalami banyak perubahan fizikal. Ini termasuklah pada bahagian kulit. Chloasma gravidarum atau malesma pada ibu hamil merupakan salah satu dari perubahan yang sering berlaku.
Adakah anda juga mengalami keadaan ini? Walaupun perubahan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan anda kurang keyakinan diri, hakikatkan ia perkara biasa yang dialami wanita hamil, dan tidak perlu dirisaukan.
Jom kita ketahui lebih lanjut tentang chloasma gravidarum atau malesma pada ibu hamil.
Apa Itu Chloasma Gravidarum Atau Malesma Pada Ibu Hamil?
sumber: scielo
Melasma atau chloasma merupakan masalah kulit yang umum, yang kelihatan seperti tompok gelap dan perubahan warna pada kulit ibu hamil.
Ia juga kadangkala disebut sebagai topeng kehamilan kerana sifatnya yang muncul di sekitar bibir atas, hidung, tulang pipi dan dahi sehingga menyerupai topeng.
Keadaan bintik atau tompok hitam ini juga boleh muncul di pipi, sepanjang garis rahang, di lengan atau bahagian lain tubuh yang terkena sinaran matahari.
Tambahan lagi, keadaan kulit yang sudah berpigmen seperti puting susu, bekas luka, bahagian intim - berisiko menjadi lebih gelap semasa kehamilan. Ia juga cenderung terjadi di bahagian di mana berlaku gesekan seperti ketiak dan bahagian dalam paha.
Penyebab Chloasma Gravidarum
Chloasma gravidarum atau melasma boleh disebabkan oleh perubahan hormon selama kehamilan, yang merangsang peningkatan sementara jumlah melanin yang dihasilkan oleh tubuh wanita hamil.
Melanin sendiri merupakan faktor semuajadi yang memberi warna pada rambut, kulit, dan mata.
Selain itu, keadaan chloasma gravidarum juga dipengaruhi oleh pendedahan kepada pancaran cahaya matahari. Biasanya, perempuan dengan kulit yang lebih gelap lebih cenderung memiliki melasma berbanding yang mempunyai kulit yang lebih cerah
Jika dalam anggota keluarga ada yang mengalami keadaan ini, maka anda juga lebih berisiko memiliki melasma.
Gejala chloasma gravidarum
Melasma menyebabkan tompokan warna, keadaan warna kulit lebih gelap dari warna kulit yang biasa. Ini biasanya terjadi pada wajah dan ia bersifat simetri dengan tanda yang serasi di kedua sisi wajah. Daerah lain dari tubuh anda yang sering terkena sinar matahari juga dapat mengembangkan melasma.
Bercak berwarna kecoklatan biasanya muncul pada:
- pipi
- dahi
- tulang hidung
- dagu
Ini juga dapat terjadi pada leher dan bawah lengan yang rata-ratanya tidak membahayakan fizikal, tetapi anda mungkin merasa kekurangan pada penampilan. Ini akan menyebabkan anda berasa kurang keyakinan diri.
Jika anda melihat gejala melasma ini, jangan mengambil ubat sebarangan dan sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Doktor mungkin akan merujuk ke doktor kulit jika ia terlalu mengganggu anda, atau merasakan anda memerlukan rawatan susulan.
Bagaimana Mencegah Malesma Menjadi Semakin Teruk?
sumber: self.com
Semua perubahan pigmentasi kulit akibat melasma biasanya hilang dengan sendirinya setelah melahirkan, tetapi ibu hamil dapat melakukan beberapa perkara untuk meminumumkan penampakan bintik-bintik gelap pada kulit sepanjang kehamilan:
1. Gunakan Pelindung Matahari
Ini sangat penting kerana paparan sinar ultraviolet matahari (UV) menyebabkan melasma dan perubahan pigmen.
Gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari, walaupun anda tidak berada di bawah sinaran matahari dan sapu semula apabila berada di luar rumah.
Walaupun anda tidak bercadang meninggalkan rumah atau tidak kerap menghabiskan banyak waktu di luar, ada baiknya anda menjadikan pemakaian pelindung matahari sebagai rutin setiap hari. Batasi juga waktu yang dihabiskan di bawah sinar matahari, terutama antara pukul 10 pagi dan 2 petang.
2. Jangan Melakukan Waxing
Melakukan wax untuk menghilangkan bulu pada tubuh dapat menyebabkan peradangan kulit yang memburukkan lagi keadaan melasma, terutama di bahagian tubuh yang dipengaruhi oleh perubahan pigmentasi.
3. Gunakan Produk Perawatan Kulit Hypoallergenic
Pembersih dan krim wajah yang memberi iritasi kulit anda dapat menjadikan melasma bertambah teruk.
4. Memakai Concealer
Jika bintik-bintik gelap mengganggu penampilan anda, pakai solekan seperti concealer bagi menutup cela yang kelihatan. Jangan gunakan produk pemutih pula ya!
Semoga bermanfaat.
Apakah produk penjagaan kulit yang selamat untuk kehamilan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Tak Semua Ubat Jerawat SELAMAT Dipakai Ketika Anda Hamil! Ini Cara Merawat Jerawat Yang Selamat
Adakah Fibroid Semasa Hamil Boleh Membahayakan Kandungan Anda?
Asyik 'Mahu' Saja Bila Hamil Ni, Selamatkah Kerap Lakukan Seks Ketika Hamil?
Tumbesaran Bayi 1 Bulan Harus Dirangsang Dengan 11 Cara Ini, Baru Anak Membesar Dengan Bijak!