X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 cara hilangkan garisan linea nigra & tompok hitam ketika mengandung

4 min bacaan
9 cara hilangkan garisan linea nigra & tompok hitam ketika mengandung

Ketika hamil, anda akan alami beberapa perubahan diri seperti garisan gelap pada perut dan tompok hitam pada kulit. Jangan risau, ini 9 cara nak kurangkannya.

Kehamilan adalah unik untuk setiap wanita. Bukan saja anda mempunyai si kecil yang bernyawa dalam badan anda, tapi ada juga perubahan diri yang ketara seperti beberapa bahagian kulit menjadi gelap.

Antara perubahan diri ketara yang mungkin anda akan alami adalah munculnya garisan linea nigra dan tompokan hitam pada kulit. Jangan risau, kami akan bincangkan cara untuk mengurangkan dua keadaan ini.

Perubahan diri ketika mengandung: Linea Nigra

Apabila perut anda semakin membesar, anda akan perasan satu garisan berwarna coklat atau hitam muncul di tengah-tengah perut anda. Garisan ini dipanggil sebagai linea nigra.

perubahan diri, tompokan hitam di muka ketika hamil, flek hitam saat hamil, garisan hitam pada perut, linea nigra, melasma, flek hitam, tompokan hitam, tanda mengandung, tanda kehamilan

Sebenanarnya garisan ini sentiasa ada, tapi apabila anda mengandung dan perut anda semakin besar, garisan ini menjadi semakin gelap dan ia boleh dilihat.

Apa punca munculnya garisan linea nigra ini?

Kehamilan mengubah badan anda dalam pelbagai cara – termasuklah pada kulit. Kulit anda akan mengembang untuk bertahan dengan perut dan payudara anda yang semakin membesar.

Anda juga mungkin perasan yang sebahagian dari kulit anda akan mula menjadi gelap, seperti puting payudara. Parut, jeragat dan tanda lahir juga akan mula menonjol berbanding sebelum ini.

Semasa mengandung, badan anda akan menghasilkan dua hormon yang membantu bayi membesar iaitu estrogen dan progesteron.

Dua hormon ini akan mempunyai kesan yang berlainan apabila bertemu dengan sel melanocytes yang terletak di dalam kulit. Sel ini akan menambahkan melanin.

Melanin adalah kimia yang bertanggungjawab untuk membuat kulit anda menjadi lebih gelap, seperti apabila anda berjemur di bawah matahari. Peningkatan melanin yang dihasilkan oleh kulit ini adalah punca linea nigra anda kelihatan. 

Wanita Asia akan mempunyai linea nigra yang lebih jelas. Selain dari ini, anda juga mungkin akan perasan tompokan pada kulit muka yang juga berpunca dari melanin ini.

Perubahan diri: Tompokan hitam pada muka

perubahan diri, tompokan hitam di muka ketika hamil, flek hitam saat hamil, garisan hitam pada perut, linea nigra, melasma, flek hitam, tompokan hitam, tanda mengandung, tanda kehamilan

Selain linea nigra, lebih kurang 50% wanita menyedari yang mereka mempunyai tompokan hitam pada bahagian tubuh mereka. Wanita yang mempunyai rambut atau kulit yang gelap akan mudah perasan perubahan ini.

Tompokan hitam ini terjadi kerana melanin berlebihan yang dihasilkan semasa mengandung dan dikenali sebagai melasma dalam perubatan.

Tompokan hitam ini biasanya muncul pada muka wanita mengandung seperti di dahi atau di pipi.

Jangan risau, perubahan diri ini akan pudar

Walaupun ada kesan sampingan semasa mengandung, linea nigra dan melasma bukan kesan sampingan yang serius. Ia tak akan menyakitkan anda atau bayi dalam kandungan.

Malah, linea nigra tak perlukan rawatan tambahan. Apabila anda melahirkan anak anda, anda akan lihat linea nigra akan menjadi lebih pudar dan hilang. Melasma juga akan hilang selepas anda bersalin.

Tip untuk kurangkan dua perubahan diri ini

Tak mustahil untuk kedua keadaan ini akan kekal walaupun selepas anda bersalin. Jika ia menganggu anda, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan linea nigra dan melasma ini.

Linea nigra

Advertisement
  • Rujuk pakar kulit dan bincangkan apa yang boleh anda lakukan.
  • Gunakan alat solek untuk sorok garisan linea nigra ini dan tunggu hingga ia hilang. Tapi pastikan anda guna alat solek yang lembut dan baik untuk kulit.
  • Jangan lupa untuk letak krim pelindung cahaya matahari di perut dan bahagian yang ada tompokan hitam ini kerana matahari boleh gelapkan lagi garisan ini.
  • Pastikan anda makan asid folik yang mencukupi. Kajian menunjukkan kaitan antara linea nigra dan pengambilan asid folik. Makan vitamin atau makanan yang mempunyai asid folik (seperti buah oren dan sayuran berdaun) boleh mengurangkan garisan ini. 
  • Gunakan minyak zaitun, mentega atau losyen
  • Anda juga boleh buat skrub semula jadi dengan mencampurkan lemon, madu dan gula dan letakkan pada garisan ini selama 15 minit. Basuh. Jadikan ini rutin dan anda akan nampak hasilnya dalam masa beberapa bulan.
perubahan diri, tompokan hitam di muka ketika hamil, flek hitam saat hamil, garisan hitam pada perut, linea nigra, melasma, flek hitam, tompokan hitam, tanda mengandung, tanda kehamilan

Melasma

  • Rujuk pakar kulit dan minta krim seperti hydroquinone yang sesuai dengan anda.
  • Jangan dedahkan diri dengan cahaya matahari dan jika anda perlu, letakkan krim pelindung cahaya matahari.
  • Gabungan krim seperti Tretinoin, cortisone dan hydroquinone boleh bantu untuk cerahkan kawasan gelap ini tapi ia juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Jangan terlalu risau dengan perubahan diri yang anda alami ketika hamil kerana apa yang penting, bila anda sentiasa happy, baby dalam perut pun akan happy.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

https://my.theasianparent.compantang-larang-semasa-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 9 cara hilangkan garisan linea nigra & tompok hitam ketika mengandung
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham