Tortikolis Pada Bayi Punca Kepalanya Teleng, Ibu Ayah Boleh Cuba 3 Tips Ini Di Rumah Bantu Anak Pulih

Tortikolis pada bayi membuatkan kepalanya teleng. Ibu ayah boleh latih mereka gerakkan kepala dengan tiga cara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tortikolis pada bayi adalah masalah kepala bayi tengleng atau senget kepala yang disebabkan posisi kepalanya tidak normal semasa dalam kandungan.

Adakah ia normal dan tidak berbahaya? Ibu ayah pastinya tertanya-tanya mengapa kepala bayi miring ke arah satu sisi? Jika masalah ini terjadi kepada bayi anda selepas dilahirkan, ada kemungkinan bayi mempunyai tortikolis. Apa itu tortikolis?

Bagi bayi yang baru lahir, tortikolis pada bayi boleh berlaku di dalam rahim yang disebabkan oleh kepadatan kedudukan dalam janin atau posisi yang tidak normal atau songsang yang mana punggung bayi mengadap saluran kelahiran bayi. Penggunaan forcep atau vakum dalam proses kelahiran bayi juga boleh menyebabkan terjadinya tortikolis.

Apakah Punca Tortikolis Pada Bayi?

Tortikolis adalah gangguan otot yang menyebabkan kepala bayi miring di sebelah arah. Ini adalah satu keadaan yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekkan otot sternocledomastoid yang menyebabkan kepala berpusing ke sebelah.

Oleh itu dagu menghadap ke sebelah bahu di mana ia akan berada jauh dari otot leher yang pendek. Bahagian belakang kepala pula akan berpusing ke arah yang bertentangan.

Ada beberapa kes congenital tortikolis yang disebabkan oleh masalah tulang pada bahagian leher (tulang cervical). Ini dinamakan sebagai congenital malformation pada tulang leher.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komplikasi tortikolis boleh menyebabkan kesakitan dan menyukarkan bayi untuk menjalankan aktiviti harian. Tortikolis berlaku pada bayi baru lahir.

Risiko untuk mendapat tortikolis adalah sama bagi lelaki dan perempuan. Masalah ini berlaku sewaktu kelahiran sehingga bayi berusia 3 bulan.

Tanda-Tanda & Kesan Tortikolis pada Bayi

Bayi tortikolis akan kelihatan seperti kebanyakan bayi lain kecuali apabila dia mengerakkan lehernya, atau apabila dia ingin meniarap. Bayi tortikolis akan kelihatan seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kepala bayi miring kepada sebelah arah
  • Lebih suka melihat anda daripada satu bahu daripada berbalik untuk melihat anda dengan matanya
  • Jika menyusu, mengalami kesukaran menyusu pada satu sisi (atau lebih suka hanya satu payudara)
  • Sukar untuk berpaling ke arah anda dan berasa kecewa apabila tidak dapat memalingkan kepalanya sepenuhnya

Sesetengah bayi tortikolis mengalami kepala datar atau plagiocephaly positional pada satu atau kedua sisi dan berbaring pada satu sisi di sepanjang waktu.

Sesetengah mungkin mengalami ketulan kecil yang serupa dengan “knot” dalam otot tegang. Tetapi keadaan ini akan hilang jika tortikolis pada bayi bertambah baik.

Rawatan Merawat Tortikolis pada Bayi

Berikut merupakan terapi tortikolis pada bayi di rumah yang ibu ayah boleh lakukan. Rawatan ini membantu melonggarkan otot sternocleidomastoid bayi yang ketat. Latihan ini juga turut membantu meluruskan leher bayi.

Sebagai contoh, bermain dengan bayi untuk menoleh kepalanya ke satu arah atau kedua-dua arah. Selain itu, sebagai ibu perhatikan posisi tidur sewaktu dalam kereta atau berehat, jangan biarkan kepala bayi berada dalam satu arah dalam masa yang lama tarik perhatian bayi anda supaya kepalanya menoleh kepada dua-dua arah. 

Dalam pada itu juga, bayi perlu berjumpa dan mendapatkan rawatan daripada fisioterapi. Selepas rawatan dimulakan, doktor akan memeriksa bayi setiap 2 hingga 4 minggu untuk melihat sama ada tortikolis pada bayi bertambah baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ia boleh disembuhkan, perlu diingat bahawa tortikolis pada bayi tidak boleh diambil ringan kerana jika tidak dirawat dengan segera, keadaan bayi akan menjadi lebih sukar untuk disembuhkan dan bayi berisiko membesar dengan kepalanya condong di sebelah. Semakin lambat ia dirawat semakin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang.

Berikut merupakan kebaikan tortikolis pada bayi jika dirawat:

  • Ia akan mengelakkan daripada berlakunya pemendekkan otot secara kekal. Kita juga dapat melihat torticollis dewasa sekiranya tidak dirawat dengan awal.
  • Mengelakkan daripada melakukan rawatan pembedahan.
  • Mengurangkan sakit leher.
  • Mengelakkan komplikasi kedua contonya seperti delayed development motor skills dan plagiocephaly.

Cara Melatih Bayi Tortikolis

Tortikolis pada bayi disebabkan pelbagai faktor, antaranya cedera semasa kelahiran, posisi janin yang tidak normal semasa dalam kandungan.

Otot leher bayi yang lemah menyebabkan pergerakkan bayi menjadi terhad. Sebagai ibu ayah anda boleh melatih bayi untuk meregangkan otot leher mereka semasa berusia di bawah 3 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menguji keupayaan mereka cuba letakkan mainan di sisi di mana bayi memusingkan kepala ke sebelah minta bayi untuk melihat atau merebut mainan tersebut.

Dapatkan nasihat daripada doktor dan belajar beberapa pergerakan untuk melatih regangan otot leher bayi. Pergerakan yang diberikan biasanya berguna untuk memanjangkan otot leher bayi yang tegang atau pendek, serta menguatkan otot leher di sisi lain.

Kebiasaanya senaman untuk memulihkan kedudukan kepala bayi mengambil masa 4-6 bulan. Sementara itu, pada bayi yang lebih daripada setahun memerlukan masa yang lebih lama dan prosesnya lebih sukar.

Berikut merupakan cara lain yang ibu ayah boleh lakukan:

  • Semasa bayi mahu makan, tawarkan botol atau payudara anda dengan cara yang menggalakkan bayi untuk berpaling dari sisi yang dia suka
  • Semasa bayi tidur, letakkan dia mengadap dinding. Bayi lebih suka melihat ke dalam bilik, bayi akan aktif berpaling dari dinding dan ini akan meregangkan otot leher yang ketat. Ingat, sentiasa letakkan bayi anda tidur di belakangnya untuk membantu mencegah SIDS.
  • Semasa bayi bermain, tarik perhatian bayi anda dengan mainan dan bunyi untuk membuatnya berpusing dalam dua arah.

Sebelum anda ingin melakukan senaman ini sendiri di rumah, dapatkan nasihat dan pandangan dengan doktor terlebih dahulu.

Tortikolis pada bayi boleh pulih sekiranya mendapat rawatan yang betul. Kebiasaanya tempoh untuk pulih mengambil masa 1 tahun dengan membuat latihan regangan, pembetulan posisi yang betul dengan sendiri, latihan kekuatan otot yang dilakukan secara betul setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya keadaan bayi masih sama dalam tempoh yang ditetapkan. Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lain agar dapat membantu bayi bebas dari tortikolis.

Semoga bermanfaat!

  1.  KidsHealth.(n.d)Infant Torticollis (for Parents) – Nemours KidsHealth. kidshealth.org/en/parents/torticollis.html
  2.  halodoc.(December 12, 2018) Bisakah Tortikolis Pada Bayi Disembuhkan?. www.halodoc.com/artikel/bisakah-tortikolis-pada-bayi-disembuhkan
  3. WebMD.(n.d).Torticollis (Aquired & Congential): Symptoms, Causes, Treatments.www.webmd.com/parenting/baby/what-is-torticollis#2

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

Baca juga: Panduan Tumbesaran Bayi Yang Berusia 3 Bulan, Kini Si Manja Sudah Boleh Meniarap!

Baca juga: Bentuk Kepala Bayi Jadi Lonjong Selepas Bersalin Vakum, Ibu Jangan Memandai Tekan

Penulis

Amalia Azri