Nampak Glamor, Tapi Ini 17 Peraturan DiRaja Perlu Dipatuhi Diana, Kate & Meghan - Kasihan!

Ini adalah beberapa tradisi bayi diRaja yang mungkin perlu dipatuhi oleh Meghan sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang lagi bayi kerabat diRaja bakal dilahirkan! Kerana mengahwini seorang kerabat, Meghan juga perlu mengikuti beberapa peraturan, dan keluarga diRaja ini mempunyai tradisi dan adat yang menarik. Ini antara 17 tradisi bayi diRaja yang mungkin anda tak tahu!

4 tradisi bayi diRaja semasa hamil

#1 Tak ada baby shower

Di tempat asal Meghan, Amerika Syarikat, telah menjadi tradisi untuk ibu mengandung melakukan baby shower

Semasa acara ini, kaum keluarga dan sahabat handai akan datang dan menghadiahkan ibu dengan hadiah-hadiah untuk bayi.

Tapi, keluarga diRaja tak mengikuti tradisi ini.

#2 Tak boleh travel sama-sama dengan suami sekali

Apa yang menariknya tentang peraturan ini, semasa mengumumkan kehamilan mereka, Meghan dan Harry sedang dalam perjalanan ke Sydney.

Setakat ini masih tak tahu lagi kalau Meghan akan melanggar peraturan itu dan terus travel ketika mengandung atau tidak.

#3 Jantina bayi tak akan didedahkan

Tradisinya, keluarga diRaja tak akan mendedahkan jantina bayi sehingga mereka lahir.

Kate dan William telah mengikuti tradisi ini untuk ketiga-tiga anak mereka. Adakah Meghan dan Harry akan melanggar protokol ini?

#4 Banyak pertolongan

Seperti semasa Kate mengandung, Meghan dikatakan akan menerima bantuan yang banyak dari pembantu yang ramai sepanjang kehamilannya.

Kate Middleton mempunyai kumpulan untuk bersalin yang mengandungi dua pakar obstetrik, tiga bidan, tiga pakar bius, empat staff pembedahan, dua staff untuk penjagaan istimewa, empat pakar kanak-kanak, satu makmal untuk ujian darah dan tiga atau empat pengurus.

Kumpulan ini akan berjumpa sebulan sekali untuk membincangkan tentang kandungan Kate. Mereka juga dilarang minum alkohol sepanjang tempoh ini.

13 tradisi bayi diRaja selepas dilahirkan

1. Permaisuri perlu jadi orang pertama yang mengetahui tentang kelahiran bayi ini di luar bilik bersalin (dan bukan ibu Meghan). Permaisuri akan memakai baju berwarna pink atau biru bergantung kepada jantina bayi tersebut.

2. Bayi diRaja tak akan dibaptis beberapa hari hingga ke berminggu-minggu selepas dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Penjaga bayi untuk bayi diRaja bukan calang-calang orang. Mereka fasih dengan bahasa-bahasa Eropah dan diajar untuk mempertahankan diri semasa memandu dan seni mempertahankan diri untuk melindungi bayi diRaja ini jika mereka diculik.

4. Permaisuri dan puteri-puteri semuanya lahir di rumah dan bukan di hospital. Tradisi ini dipecahkan oleh Diana yang menjadi orang pertama untuk melahirkan anak-anaknya di Hospital St. Mary.

5. Sebelum ini juga, bapa tak boleh berada dalam bilik bersalin!

6. Menyusukan bayi juga bukan sesuatu yang keluarga diRaja lakukan sehingga dikatakan Queen Elizabeth telah menukar kebiasaan ini. Queen Victoria mengatakan yang menyusukan anak akan merosakkan intelek dan kesucian wanita, menurut The Telegraph.

7. Anak-anak diRaja tak perlukan nama terakhir kerana mereka dikenali melalui rantau yang akan mereka perintah.

8. Bayi diRaja juga perlu didaftarkan seperti bayi lain dalam masa 42 hari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Pengumuman kelahiran perlu dipaparkan di papan kenyataan di luar Istana Buckingham, dan ditandatangani oleh doktor yang melahirkan bayi ini.

William dan Kate telah melanggar tradisi bayi diRaja ini dengan mengumumkan kelahiran anak-anak mereka di media sosial.

10. Prince William telah mendapat cuti bersalin tanpa gaji dari Royal Airforce untuk kelahiran anak lelakinya. Satu kemajuan!

11. Prince William juga merupakan bayi diRaja pertama yang menggunakan lampin pakai buang. Sebelum itu, semua bayi diRaja menggunakan lampin kain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12. Gaun yang digunakan untuk pembaptisan bayi diRaja adalah replika kepada gaun yang digunakan pada tahun 1841 semasa pemerintahan Queen Victoria.

Gaun ini telah digunakan oleh 62 bayi diRaja!

13. Bayi diRaja mempunyai masa tidur yang ditetapkan. Bagaimanapun, Prince George pernah berjaga lambat untuk berjumpa dengan bekas presiden A.S Obama pada tahun 2016!

Menarik kan tradisi bayi diRaja ini. Kita hanya dapat bayangkan betapa susahnya untuk kita mengikut tradisi dan adat ini pada zaman sekarang.

Kami berharap pasangan ini mempunyai kehamilan yang lancar dan melahirkan bayi yang sihat dan comel.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Anay Bhalerao dan mendapat kebenaran untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Gambar: Express UK

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar