Kajian Buktikan Ibu Selalu Buat Semua Kerja Manakala Ayah Rileks Saja

Nampaknya, betullah tugas ibu bapa tak dikongsi dengan sama rata. Ibu pasti akan buat lebih banyak kerja berbanding si bapa. Bagaimana ingin tanganinya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohi senario terbaik untuk tugas seorang ayah ini

Chris Reed dan isterinya Sonya, selalu berkongsi tanggungjawab dan tugas mereka sebagai ibu bapa dengan sama rata. 

Kedua-dua pasangan yang berasal dari Westerville ini bekerja sepenuh masa dan selalu mengambil giliran untuk menjaga kedua-dua anak mereka yang berumur 3 tahun dan 1 tahun.

Tugas Chris setiap pagi adalah menghantar anak mereka ke taska dan apabila pada waktu petang, Sonya akan membawa mereka pulang.

Sementara menunggu Sonya yang masih dalam perjalanan pulang, Chris akan mula menyediakan makan malam untuk keluarga.

Selepas makan malam, kedua-dua pasangan ini akan mandi dan menidurkan anak mereka bersama-sama. 

Gambar Mark Walhberg untuk menarik perhatian sahaja. Sumber gambar: Pinterest

"Kami tak ada sistem atau kaedah teratur untuk tugas ibu bapa ini adalah tugas siapa," kata Chris.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Kami jarang berbincang. Kalau saya nampak ada kerja yang perlu disiapkan, saya akan buat. Sama juga dengan isteri saya."

Dan jangan terkejut. Kajian baru dari Universiti Ohio menunjukkan senario keluarga Reed ini jarang dibuat keluarga lain!

Inilah kebiasaan seorang ayah, mengikut senario SEBENAR

Apa yang terjadi di dunia sekarang adalah sebaliknya. Susah kita nak jumpa keluarga yang berfungsi seperti contoh di atas. Biasanya, ini yang terjadi:

Tugas ayah adalah menghantar anak ke sekolah setiap pagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ayah tak sempat atau ada meeting, ibu yang kena hantarkan. Sama juga masa pulang, dan kadang-kadang ibu yang terpaksa minta balik awal untuk ambil anak kerana kerja suami dianggap "lebih penting". 

Sampai di rumah ayah akan terus pergi mandi, tukar baju, pasang TV lalu rileks dengan anak-anak.

Sumber gambar: foodal.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang tak sempat lagi tukar baju, kena cepat-cepat sediakan makan makan. Semasa makan, ibu yang suap anak. Selepas makan, ibu yang kemas dapur.

Selepas itu, ibu yang periksa dan sediakan beg sekolah, tolong anak untuk buat kerja rumah atau mengulang kaji.

Kemudian ibu jugalah yang tidurkan anak. Jangan lupa ada lagi kerja rumah lain yang masih bertimbun.

Dahtu, kena "layan" lagi si suami yang senang saja tak buat apa-apa, complain stress, kemudian masuk tidur.

Kajian buktikan ibu yang banyak buat semua kerja

Kajian yang diterbitkan bulan ini di Jurnal Peranan Jantina mendapati walaupun masyarakat makin berpelajaran tinggi, di mana pasangan suami isteri bekerja sepenuh masa, mereka tidak kongsi tugas menjaga anak atau rumah dengan sama rata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyelidik telah mengkaji 52 pasangan suami isteri dan cara mereka meluangkan masa sebelum dan selepas mempunyai anak pertama.

Hasil kajian menunjukkan tugas ayah dan ibu akan dikongsi bersama sepanjang minggu mereka bekerja dan mereka akan cuba membahagikan tugas membersihkan rumah. 

Tapi apabila mengambil cuti, stereotype jantina ini akan kelihatan.

Ibu akan mempunyai tugas untuk menjaga anak dan rumah manakala ayah akan rileks je.

Kajian turut mendapati tugas seorang lelaki akan semakin kurang selepas mereka menjadi ayah dan wanita akan menguruskan semua kerja rumah dan tugas menjaga anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas Ayah baru. Sumber gambar: Pinterest

Ayah yang pemalas 

Hakikatnya, memang wujud ayah pemalas yang langsung tidak menyumbangkan tenaga untuk menjaga anak apatah lagi melakukan kerja rumah.

Kajian lama oleh Kamp Dush mendapati lelaki selalu salah anggap yang mereka banyak menyumbang kepada tugas mengemaskan rumah.

Tapi, ini tidak bermakna ia semuanya salah si suami. Ada juga ibu-ibu yang suka control dan "tidak ingin" sama-sama kongsi kerja rumah dan tugas membesarkan anak.

Ada juga ibu-ibu yang memang tidak suka rileks. Sebenarnya cara penyelesaiannya senang sahaja.

Ayah perlulah sedar dan lebih terlibat manakala ibu-ibu juga perlu belajar rilek sikit, terutamanya selepas mempunyai anak.

Fasa ini adalah fasa penting kerana inilah masanya untuk menentukan rutin serta pembahagian tanggungjawab rumah, untuk  jangka masa yang panjang.

Pasangan perlu bincang bersama-sama untuk mencapai kesimbangan. Di zaman sekarang, di mana kedua-dua pasangan perlu bekerja sepenuh masa, tambahan pula dengan stereotype masyarakat yang berpendapat tugas menjaga anak dan menguruskan rumah adalah tugas wanita sahaja, mencari jalan untuk memastikan pembahagian tanggungjawab rumah yang lebih adil bukan perkara yang senang.

Sumber: Dispatch.com

Kredit gambar: CourtneyLuv

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Penulis

Rosanna Chio