Pakai Plastik Sampah Gantikan PPE, 3 Jururawat Ini Telah Disahkan Positif Covid-19

Dalam memerangi Covid-19, tugas jururawat dan pihak perubatan lain amat penting dalam menyelamatkan nyawa setiap pesakit sehingga mereka disahkan positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan, tugas jururawat dan pihak perubatan amat penting ketika dunia berhadapan dengan kewujudan virus misteri sehingga mereka terpaksa dikerahkan untuk bekerja lebih masa.

Pastinya kumpulan ini lebih terkesan kerana mereka adalah pasukan yang berada di barisan hadapan dan sanggup mengambil risiko untuk merawat dan mengekang wabak ini dari hari pertama ia menular ke negara.

Tugas jururawat dan pihak perubatan

foto: abc

Kini lebih membimbangkan apabila banyak laporan bekalan peralatan perubatan seperti Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta cecair pembersihan dan keperluan makmal tidak mencukupi, malah tidak dapat menampung keperluan hospital dalam menangani pesakit Covid-19.

Hal ini telah mendorong tiga orang jururawat menggunakan bahan yang ada seperti memakai beg sampah. Mereka pernah tular beberapa minggu lalu kerana sanggup memikul tugas jururawat dan memberikan terbaik untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Namun, malang tidak berbau apabila pemakaian baju dari plastik sampah berwarna biru terang berkenaan tidak berupaya untuk menghalang serangan virus Corona.

Setelah beberapa ujian saringan dilakukan, hasil ketiga-tiga petugas kesihatan terbabit menunjukkan positif Covid-19 di North London.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, keperluan peralatan perubatan di setiap hospital adalah berbeza bergantung kepada jumlah kes yang diterima. Kebiasaannya, masalah bekalan tidak mencukupi ini kebanyakannya lebih dirasai petugas-petugas kesihatan di hospital besar.

Kakitangan perubatan turut mengakui bahawa mereka memerlukan lebih banyak kit perlindungan diri dari serangan virus pembunuh kerana bilangan pesakit meningkat setiap hari seakan-akan tsunami.

Risiko para petugas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Tiga orang jururawat berkenaan didapati positif ujian Covid-10 pada minggu lalu. Pastinya bukan sahaja mereka menghidapi penyakit ini, ia pastinya bakal menyerang keseluruhan pasukan frontliner yang lain.

Hospital berkenaan adalah yang pertama mengisytiharkan pelbagai insiden kritikal selepas menerima lonjakan dalam jumlah pesakit.

”Kami amat memerlukan kit PPE yang selamat sekarang, atau lebih banyak jururawat dan doktor akan terkorban kerana virus jahat ini,” ujar salah seorang sumber.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, para petugas di Hospital Northwick Park melaporkan lebih daripada 50 peratus kakitangan berada dalam wad termasuklah penjaga dan pihak keselamatan hospital telah disahkan menerima jangkitan Covid-19.

”Bukan itu sahaja, para petugas hospital juga telah diberi amaran untuk tidak berkongsi dengan media tentang kekurangan kit pelindung yang berterusan,” dedah sumber.

”Ia adalah sesuatu yang sukar untuk berhadapan dengan situasi ini kerana kami merayu untuk mendapatkan topeng muka, suit PPE dan sarung tangan agar dapat merawat pesakit dengan selamat,”

”Momen yang paling menyedihkan apabila kami melihat para pesakit yang telah meninggal dunia tidak dapat didekati oleh ahli keluarga mereka untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.” luahnya.

Bukan itu sahaja, para petugas perubatan juga dilanda kerisauan dan trauma untuk pulang ke rumah bagi melepaskan rasa rindu terhadap ahli keluarga yang tercinta.

“Malah keluarga kami sendiri tidak membenarkan pulang ke rumah kerana khuatir akan membawa Covid-19,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggadaikan nyawa sendiri

foto: bloomberg

Tidak hanya kes berkenaan, didapati seramai 14 orang petugas perubatan yang lain turut dijangkiti Covid-19. Ia termasuklah jururawat veteran berusia 70 tahun meninggal dunia pada minggu ini.

”Pakar geriatrik, Dr Anton Sebastianpillai, juga mati disebabkan oleh coronavirus pada Sabtu di Hospital Kingston. Manakala, pada hari Isnin, pakar bedah jantung yang bekerja di Hospital Universiti Wales maut di Cardiff selepas ujian positif untuk Covid-19,”

”Virus ini semakin mengganas. Ia tidak mengorbankan warga emas sahaja kerana doktor termuda Inggeris, John Alagos, 23 telah meninggal dunia akibat bekerja lebih 12 jam tanpa pemakaian kit yang betul,” luahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut seorang Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial berkata, “Kami bekerja sepanjang masa untuk membekalkan peralatan dan sokongan yang mereka diperlukan ketika menangani wabak ini.”

“Setiap hospital tunggal, farmasi komuniti dan ambulans bakal dibekalkan dengan PPE. Semalam kami menyampaikan lebih daripada 30 juta item PPE kepada NHS Trusts di England, dan sejak beberapa minggu yang lalu, lebih 600 juta item PPE sampai kepada mereka termasuklah topeng muka, gaun, apron dan sarung tangan,”

“Kerajaan akan terus berusaha dan bekerjasama dengan industri, perkhidmatan penjagaan sosial, NHS, Rantaian Pembekalan NHS dan Tentera bagi membolehkan semua kakitangan kami dilengkapi dengan perlindungan yang lengkap.” jelasnya.

Sumber: The Sun

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compesara-kerajaan