Demi Mencari Sesuap Nasi, Runner Sanggup Dibayar RM4.10 Oleh Datin Tangkai Jering

Memandangkan wabak penyakit berjangkit menyerang seluruh negara, tugas runner amat diperlukan ketika masyarakat perlu duduk di rumah sepanjang tempoh PKP

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas runner atau personal shopper mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat memandangkan kerajaan Malaysia telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April ini.

Bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, khidmat runner memudahkan ketua keluarga atau mereka yang kesuntukan masa untuk keluar membeli barang dapur, menghantar barang atau apa sahaja urusan.

Tugas runner yang sering dipandang rendah

Bagi seseorang yang berkedudukan tinggi, mereka mengatakan kerjaya sebagai seorang runner atau servis penghantaran makanan adalah kerja yang tidak bermaruah.

Namun, apa yang pasti jumlah pengangguran lepasan para siswa dari universiti semakin meningkat saban tahun dan tugas runner telah menarik golongan muda pada hari ini.

Hal ini kerana mereka berasa bebas, tidak terikat dengan masa dan pulangan yang lumayan sekiranya rajin menerima pesanan dari para pelanggan.

Menurut seorang pengguna Facebook yang memilih kerjaya sebagai personal shopper meluahkan rasa kecewa terhadap salah seorang pelanggan yang seolah-olah tidak faham dan kurang bertimbang rasa terhadap dirinya.

Memandangkan tempoh PKP ini dilanjutkan dan terdapat segelintir masyarakat mempersoalkan bayaran perkhidmatan runner dari sesebuah kedai ke rumah, lelaki yang lebih dikenali sebagai Razak hanya merenung jauh akan nasib yang perlu dihadapinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang pelanggan yang kaya dan berpangkat Datin, ”Ada harga yang perlu dibayar. Untuk itu RM4.10 cukuplah. Tak perlu bayar lebih,”

Mempersoalkan caj bayaran

Razak hanya mampu berdiam dan cuba untuk menenangkan dirinya. Sambil mengatur langkah menolak troli pasaraya, dia merasa amat lambat untuk sampai ke petak parkir motor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti kebiasaannya, dia akan mencari setiap barang mengikut senarai pesanan, mengambil gambar dan menghantarnya melalui Whatsapp untuk memastikan barangan yang dibeli adalah jenama pelanggan mahukan.

Kemudian,dengan pelbagai barang yang diambil, Razak sabar beratur panjang untuk membuat bayaran. Hampir 1 jam menguruskan pembelian sebelum bergerak ke rumah pelanggan.

”Nampak seronok tugas runner ini, tetapi hakikatnya yang pernah lakukan sahaja merasai. Sebab itulah sesetengah orang malas keluar, perlu mencari dahulu petak kosong di tempat letak kereta,” luahnya.

”Setelah selesai pembayaran, dia sedia untuk bergerak ke rumah pelanggan. Telefon pula asyik berbunyi dan hanya soalan sama ditanya:

”Awak dekat mana dah siap belum? Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak!!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sentap dan cukup terkesan. Lalu aku ambil gambar barang-barang atas motor dan resit untuk dihantar ke pelanggan. Malas nak balas panjang kerana ia akan menganggu tugas ini,”

”Perjalanan sejauh 29 km pada aku tidak lah jauh sangat. Tapi untuk menunggu lampu isyarat bertukar hijau di simpang bandar ini memang sangat stres. Ada pula kereta rosak bertambah sesak. Tapi kitakan runner celik jalan je sudah sampai,” kongsinya.

Rezeki halal untuk anak-anak

“Datin . Semua barang barang datin saya dah siapkan dan resit bayaran ada pada beg plastik depan. Semuanya RM195.90 seperti yang Saya WhatsApp tadi.”

“Nah ambil RM200. Baki tu buat upah barang kau hantar dekat meja dapur”. Tetiba aku terdiam tak terkata sambil mengenggam kuat 4 kepingan duit RM50.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Aku letak barang, pakai topi keledar, hidupkan motor dan menuju pulang. Sampai di rumah, anak-anak tanya mana gula-gula yang ayah nak beli tadi?” kongsi Razak.

”Selama 1 hari aku habiskan kerja. Angkat barang dan beratur panjang. Guna dahulu duit sendiri untuk bayar dan bawa motor hampir empat jam. Lepas tolak duit modal dan baki yang ada cuma RM4.10.”

”Itu belum kira duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan. Tak mengapa, jom kita pergi kedai depan beli gula-gula. Hari ini rezeki anak anak. Ambil duit RM4.10, hanya 4 batang ais krim sahaja ya!” pesan Razak.

“Ayah ni baki duit ayah simpanlah ya nanti ayah nak pergi kerja, isi minyak motor lagi RM0.10 sen.” kata anaknya.

Selepas kejadian tersebut, Razak menetapkan harga kerana setiap kerja yang dilakukan ada harga yang perlu dibayar dan bukannya percuma.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kiralah mereka mengatakan ia mahal dan cekik darah tetapi ini sahaja cara mendapatkan rezeki halal.

 “You nak, I boleh buat segala-galanya untuk You. Tapi sayang ia ada harga yang perlu dibayar bukan percuma. Aku seorang runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku,” luahnya.

Sumber: Razak Juddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.combazar-ramadhan