TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi pramatang usia 23 minggu ini selamat, terima kasih pada beg plastik!

3 min bacaan
Bayi pramatang usia 23 minggu ini selamat, terima kasih pada beg plastik!

Bayi pramatang 23 minggu ini selamat dilahirkan tapi badannya sangat kecil sehingga muat dalam karung plastik yang berukuran saiz kotak pensel.

Seorang bayi pramatang 23 minggu selamat dilahirkan tapi badannya sangat kecil sehingga muat dalam beg plastik yang berukuran saiz kotak pensel sebelum dipindahkan ke inkubator.

Christina Hahn, ibu kepada bayi pramatang 23 minggu itu berasal dari Virginia, Amerika Syarikat.

Bayi yang dinamakan Markcus Cropper Jr, hanya mempunyai berat badan sebanyak 1 paun 10.1 auns dan berukuran 7.8 inci saja.

Terpaksa memandu selama 2 jam untuk ke hospital lain

Menurut Institut Kesihatan Nasional (NIH), durasi kehamilan biasa adalah sepanjang 38 minggu. Tapi air ketuban ibu yang berumur  27 tahun itu, tiba-tiba pecah pada minggu ke-23 dan mereka terpaksa bergegas ke hospital di Chincoteague.

Bagaimanapun, hospital memberitahu Hahn yang mereka tidak dapat menerima anaknya kerana mereka tidak mempunyai kemudahan neonatal khas untuk Markus yang hanya berusia 23 minggu.

Bayi pramatang 23 minggu

Bayi pramatang 23 minggu di dalam beg plastik sebelum perjalanannya ke Norfolk. Sumber gambar: Christina Hahn/SWNS

Hahn terpaksa memandu selama 2 jam untuk ke Norfolk, supaya bayi pramatangnya boleh dimasukkan ke dalam wad khas di hospital kanak-kanak The King’s Daughter.

Sebelum mereka ke hospital di Norfolk, kakitangan neonatal telah menyuruh kedua-dua ibu bapa terbabit redha dan bersedia kerana kemungkinan besar bayi mereka tidak dapat bertahan lama.

“Soalan pertama yang saya tanya ketika dia dilahirkan adalah ‘Adakah anak saya masih hidup?’ Saya sangat takut,” kata Hahn.

“Perasaan apabila melihat anak saya dalam beg plastik itu sungguh pelik, tapi itulah satu-satu caranya untuk mengelakkan Markus dari terkena hipotermia.

Dia hanya berada dalam beg plastik itu sepanjang perjalanan kami ke Norfolk, kemudian dia dimasukkan ke dalam inkubator.“

Bayi pramatang 23 minggu masuk wad neonatal selama 81 hari

susu untuk bayi pramatang, susu bayi pramatang, susu formula untuk bayi pramatang, bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang, susu yang bagus untuk bayi pramatang, susu naik berat bayi, susu formula, susu formula anak pramatang

Markcus telah dilahirkan pada 23 Julai 2017, walapun sepatutnya dilahirkan pada 13 November kelak.

Markus diwadkan selama 81 hari di bawah penjagaan neonatal, di mana ibu bapanya dibenarkan melawat selama 12 jam setiap hari.

Doktor terpaksa memberi suntikan steroid untuk membantu paru-paru Marckus yang masih pramatang agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Hampir 7 bulan kemudian, Hahn dengan gembira telah berkongsi gambar-gambar anaknya yang selamat.

Bayi pramatang 23 minggu

Bayi pramatang 23 minggu yang kini sudah berumur 5 bulan. Gambar Markus bersama ibu bapanya. Sumber gambar Christina Hahn/SWNS

“Kami sungguh bernasib baik. Ramai ibu bapa lain terpaksa menahan derita melihat anak mereka melalui pembedahan akibat kecacatan jantung dan masalah kesihatan lain,” kata Hahn.

Tapi Markcus bayi yang sihat dan saya sangat bangga dengannya – dia pejuang kecil saya.

Setiap hari saya akan fikir balik masa dia dilahirkan. Kami sungguh takut kami akan kehilangannya kerana badannya sangat kecil,

Markus hanya diberi peluang 50% untuk hidup disebabkan usianya yang baru 23 minggu.

Walaupun banyak kali menghadapi masalah semasa di wad neonatal, anak kami berjaya mengharungi segala-galanya. Ia adalah satu keajaiban.”

Menurut NIH kadar kehidupan untuk bayi pramatang telah meningkat kepada 65% berbanding tahun-tahun yang lalu.

Tapi berita yang paling menggembirakan ialah Marckus bayi yang sihat sekarang, selain isu masalah pendengaran di telinga kanannya.

Semoga Marcus kekal sihat dan membesar dengan baik, Amin!

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Perjuangan Bayi Pramatang Terkecil Di Dunia Yang Lahir 4 Bulan Lebih Awal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi pramatang usia 23 minggu ini selamat, terima kasih pada beg plastik!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham