Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Kerenah Suami Berbanding Anak-Anak

Percaya atau tidak suami lebih stres layan suami berbanding anak-anak hingga merasakan sikap suami itu seperti keanak-anakan dan kurang matang

Ya Tuhan, bila sudah bergelar ibu ini memang penat lain macam padahal anak baru dua orang tapi letih dia seperti anak lima! Sampai kekadang tugas suami itu isteri yang buat. 

Bayangkan saja tiap hari ibu kena fikir nak masak apa, kena beli barang dapur (ni kena paksa suami ikut), kemas rumah, basuh baju, jaga anak. Fuh penat dia memang tak payah cerita!

Kalau isteri bekerja pula, baru saja balik, rumah dah macam tongkang pecah! Padahal suami ada je balik awal, tapi kenapa dia susah sangat nak tolong!

Sebab itu, isteri ini bila penat bukan sebab anak-anak tapi puncanya dari SUAMI!

Ingatkan bila sudah ada anak, perangai suami akan berubah dan menjadi lebih rajin dengan tanggungjawabnya sebagai ayah. Eh, tapi ini lain pula dia pun sama naik dengan anak-anak sampai isteri pun sakit hati dan jiwa.

Ha..ini fakta mengapa isteri lebih stres dengan suami berbanding anak-anak

Suami penyebab isteri lebih tertekan atau stres

Tahukah anda bahawa 46 peratus wanita yang sudah berkahwin mengatakan suami mereka penyebab isteri stres lebih tinggi berbanding anak-anak.

Hal ini kerana dalam empat orang isteri, tiga daripadanya mengatakan merekalah yang melakukan kebanyakan tugas dalam rumahtangga tanpa mendapat bantuan daripada pihak suami.

Inilah yang membuatkan isteri kemurungan, stres, berjauh hati dan terluka bila suami seolah-olah mengabaikan tanggungjawabnya.

Malah, satu dalam 5 ibu turut mengatakan tidak mendapat bantuan daripada pasangan mereka adalah penyebab utama stres setiap hari hingga membuatkan diri berasa diabaikan.

Dalam satu kajian penyelidik dari University of Padova mendapati bahawa terdapat kesan kesihatan yang berbeza setelah pasangan atau isteri meninggal dunia.

Misalnya, apabila seseorang suami kehilangan isterinya kesihatan mereka merosot teruk. Namun berbeza pula dengan wanita yang kehilangan suami tahap kesihatan mereka lebih baik sekaligus dapat mengatasi stres dan tekanan.

Ternyata inilah buktinya bahawa suami bergantung 100% pada isteri setiap hari!

Tugas suami dalam rumahtangga

Sebagai seorang suami anda sepatutnya tahu peranan diri masing-masing yang bukan hanya memberi arahan semata-mata tapi bertanggungjawab ke atas kesihatan, kebahagiaan dan keselesaan isteri.

#1. Suami mesti tahu uruskan rumahtangga dan keibubapaan

Sebenarnya setiap apa saja yang ingin dilakukan dalam hidup ini boleh diajari oleh orang sekeliling. Pendek kata kalau tak tahu, boleh belajar. Kalau tak faham, boleh tanya. Tak ada masalah untuk semua itu.

Tapi kalau tak pernah buat langsung anda memang akan rugi malah sampai bila-bila pun takkan tahu.

Sebab itu, suami kena jadi rajin dan bantu isteri apa yang perlu. Kalau tak pandai boleh tanya isteri dan jangan malu untuk ambil tahu.

#2. Selalu berbincang

Bagi isteri pula, jangan terlalu memendam rasa. Apa saja yang anda rasa tidak puas hati dengan suami teruskan berbincang.

Disebelah suami pula, jangan rasa ego dan cepat melenting bila isteri tegur sedangkan ia untuk kebahagiaan bersama.

Jadi cuba dengar luahan isteri kita itu mungkin dia sangat-sangat letih dengan setiap urusan yang harus dipenuhi. Jadi tolonglah bantu dia bersama- sama.

#3. Isteri tolong percaya suami anda

Biasalah kalau dah bergaduh tentu akan ada dua cerita. Yang suami cerita lain dan isteri pula cerita lain.

Kalau boleh berhenti untuk menunding jari pada sebelah pihak.

Kemudian letakkan kepercayaan bahawa suami anda juga boleh buat benda yang sama suatu hari nanti.

#4. Bukan nak jadi terlalu sempurna

Kekadang suami bukan tak tahu buat kerja tapi isteri yang terlalu cerewet. Misalnya selalu sangat tegur dan cari salah suami. Sekaligus ia membuatakan suami tawar hati nak membantu.

Contohnya macam ini:

“Abang…cuba basuh pinggan elok sikit”.
” Ish…lipat kain pun terjulur-julur keluar”.
“Macam mana awak sidai kain ni, yang baju kena duduk depan la”

Ha..inilah juga punca mengapa suami dah malas nak tolong! jadi isteri jangan jadi  perfect sangat ya asalkan suami tolong dah sangat bersyukur!

#5. Hargai diri sendiri

Walau apapun cabaran yang melanda, pastikan anda menghargai diri sendiri terlebih dahulu. Jadi, buatlah kerja berpada-pada dan utamakan kesihatan diri sendiri.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber:  Free Malaysia Today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!