Tidak Hirau Orang Sekeliling, Pasangan Dikecam Selamba Tukar Lampin Anak Atas Meja Restoran

Tukar lampin anak atas meja makan restoran mengundang rasa kurang senang orang sekeliling kerana ia jelas sekali agak kotor dan menjijikkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki anak kecil bermakna anda perlu bersedia sentiasa ini termasuklah terpaksa tukar lampin mereka ketika keluar makan dan sebagainya. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Tukar lampin anak atas meja makan restoran, ramai yang mengecam tindakan pasangan ini
  • Ada anak bermakna anda perlu alert & sentiasa bersiap sedia

Namun, haruslah dipastikan ia dibuat di tempat yang sepatutnya seperti tandas, tempat persalinan bayi atau pun dalam kereta! Tular di laman tiktok perbuatan ibu ayah yang tanpa segan silu menukar lampin pakai buang anak mereka di atas meja makan sebuah restoran!

Tak tahulah apa yang difikir ibu ayah ini. 

Tukar lampin anak atas meja makan restoran, ramai yang mengecam tindakan pasangan ini

Terang-terangan pengotor dan terlalu mementingkan diri tindakan mereka itu. Perkongsian seorang pengguna tiktok, @xiboba.saltercaramel mengenai perbuatan tidak bertimbang rasa itu membuatkan ramai netizen mengecam ibu ayah ini.

Memang anak kecil itu tidak boleh dipersalahkan, namun mereka telah menunjukkan sikap tidak baik kepada mereka yang berada di situ. Malah ia juga mengganggu orang lain yang sedang menjamu selera di restoran berkenaan. 

Tidak cukup dengan menukar lampin, ibu itu juga dilihat turut membersihkan bahagian kemaluan anaknya menggunakan tisu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepatutnya sesiapa yang terlihat perbuatan ini perlu mengadu pada pengurus atau pekerja di restoran  supaya perbuatan sedemikian dihentikan.

Ia perbuatan tidak bertamadun dan menyebabkan kebersihan di restoran itu diragui. 

Ada anak bermakna anda perlu alert & sentiasa bersiap sedia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada anak bermakna fikiran anda perlu cepat dan sentiasa bersiap sedia. Jadi jika perlu menyalin lampin anak di luar, anda perlu fikir di mana tempat yang paling sesuai dan tidak menganggu orang lain.

Jika di kedai makan yang tiada tandas atau bilik bayi, ikhtiar untuk cari tempat lain yang tidak dilihat orang seperti dalam kereta dan sebagainya. Bukannya dalam kedai makan itu sama ada di atas meja atau kerusinya.

Antara keperluan yang perlu anda sediakan sekiranya keluar jika perlu menyalin lampin anak termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lampin yang bersih
  • Tisu basah untuk bayi
  • Beg plastik untuk lampin kotor
  • Krim lampin
  • Untuk kanak-kanak lelaki, kain tambahan untuk menahan pancutan
  • Pakaian tukar untuk bayi anda

Jadilah ibu ayah yang cakna dengan persekitaran. Jika anda rasa perbuatan anda itu betul dan bertamadun, tidak semestinya orang lain ada pendapat yang sama. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Jika Masih Keliru Nak Beli Pampers Untuk Newborn, Ini Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

Baca juga: Parents, Pakaikan Swimming Pampers Untuk Si Manja Sebelum Masuk Pool Ya!

Baca juga: Cara Bijak Menguruskan Napkin – Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar