12 Keadaan Ini Dianggap Tidak Normal Pada Doktor Pakar, Ibu Ayah Sila Peka Dengan Tumbesaran Dan Perkembangan Anak

Anak itu adalah amanah. Jadilah ibu bapa yang sentiasa peka dengan tumbesaran bayi supaya si comel membesar dengan sihatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak itu adalah amanah terbesar, jadi tanggungjawab itu sudah semestinya besar kerana membesarkan anak itu bukannya mudah. Jadi, disebabkan itulah ibu ayah tidak boleh membiarkan tumbesaran anak itu terganggu dan dibiarkan begitu sahaja.

Menurut sebuah entri yang dimuat naik oleh Dr. Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik, tegasnya adalah agar ibu ayah jadi peka dengan keadaan anak. Hal ini dilihat penting kerana ia demi menjamin tumbesaran anak itu berjalan lancar dan mengikut setiap tahap yang sepatutnya.

Jelasnya, pakar kanak-kanak bersependapat yang ada 12 keadaan ini yang dianggap normal bagi sesetengah ibu bapa, sedangkan ia adalah sebaliknya dan perlukan perhatian doktor dengan segera.

Berikut adalah 12 keadaan pada anak yang perlu diberi perhatian:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Otot leher bayi masih terlalu lembik walaupun sudah berusia lebih dari 3 bulan.
  2. Anak seolah-olah seperti tak mendengar. 
  3. Tak nampak cubaan anak untuk cuba mendengar.
  4. Anak tiada reaksi langsung bila namanya dipanggil atau tiada respon apabila kita sebut “No” (tidak/tak) ketika umurnya sudah mencecah 1 tahun.
  5. Mata anak masih tak dapat fokus pada muka ibu atau ayah semasa umurnya sudah 6 minggu.
  6. Matanya masih tidak dapat fokus pada apa-apa objek walaupun usia dah lebih 6 minggu.
  7. Pegang objek terlalu dekat pada mata.
  8. Masih juling mata pada usia lebih 6 bulan.
  9. Masih belum boleh berjalan pada usia 18 bulan.
  10. Tiada perkataan jelas yang disebut pada usia setahun setengah.
  11. Tak boleh menyambung dua perkataan dalam 1 ayat pada usia 2 tahun.
  12. Lilitan kepala terlalu kecil atau terlalu besar (perlu plot pada carta lilitan kepala).

Jelasnya lagi, walaupun terdapat saudara mara terdekat yang cuba menyedapkan hati ibu ayah dengan kata-kata yang seperti “Perkara biasa saja itu,” atau “Tak payah risaulah, benda kecil saja tu,” anda sebagai ibu bapalah yang perlu tegas dengan pendapat anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya niat mereka itu untuk menyejukkan hati ibu ayah supaya tidak risau, sedangkan jika lebih lama menunggu, lebih banyak masa berharga anak yang terbuang begitu saja. Jadi, seeloknya, beri perhatian dan sentiasa peka dengan perkembangan dan tumbesaran anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tumbesaran Bayi 1 Bulan WAJIB Dirangsang Dengan 11 Cara Ini, Baru Anak Jadi Bijak!

Baca juga: Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 7 Bulan

Baca juga: 5 Jenis Nutrisi Pemakanan Yang Membantu Anak-Anak Membesar Dengan Sihat & Pintar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad