Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 12 Bulan

Kami kongsikan perkembangan tumbesaran dan milestone kanak-kanak 12 bulan buat panduan anda sebagai ibu ayah. Waktu ini, si kecil anda akan mula meneroka dan membuat pelbagai perkara menarik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa sangat pantas berlalu. Anak anda yang dahulunya masih bayi dan kecil kini telah pun menjadi anak yang pandai duduk dan berjalan.

Anda mula berasa nostalgik dan bergenang air mata bila mengenangkan masa yang berlalu, namun jangan lupa masih ada banyak keseronokan yang akan menanti anak anda yang semakin membesar dewasa.

Mari lihat panduan lengkap tentang tumbesaran (milestone) apabila anak anda mencecah usia 12 bulan:

#1 Perkembangan Fizikal

Pada usia 12 bulan, anak kecil anda akan mula mencecah berat antara 8 dan 10kg dan berukuran antaran 70 sehingga 77cm. Tetapi, jangan risau jika si kecil anda sedikit berbeza dengan ukuran standard ini.

Perkembangan kanak-kanak memang berbeza secara individual. Ada yang mula melangkah pada usia setahun.

Tetapi, seperti milestone yang lain, ada sesetengah kanak-kanak dapat berjalan lebih cepat dan ada juga yang sedikit lambat; mereka hanya mula melangkah sebaik sahaja mereka dapat berdiri dengan stabil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Asian Parent Singapore

Antara tanda yang anda perlu beri perhatian adalah apabila anak kecil anda mula pandai berdiri dan bertatih sambil memegang pada hujung sofa atau meja.

Sebaik sahaja si kecil itu boleh melangkah dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa berpaut pada objek, dia akan mula berjalan tidak lama lagi.

Dan bercakap tentang objek, pada usia 12 bulan ini, anak anda akan gemar bermain games seperti memasukan objek ke dalam kotak dan mengosongkannya semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang, dia juga suka menggeledah beg anda! Ini adalah petanda baik kerana ini menunjukkan yang tumbesarannya sedang berkembang.

Si kecil itu membina kemahiran motor atau pergerakan dirinya. Anda juga akan dapat melihat anak anda mula menggunakan sebelah tangan – kanan atau kiri.

Pada waktu ini juga, dia patut mula boleh memegang botolnya sendiri, menyuap makan sendiri menggunakan tangan, dan memakai baju sendiri.

Apabila ototnya mula bertambah kuat, anak anda juga akan meneroka pelbagai permainan baru. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membaling objek, menolak baby walker, dan memanjat sofa adalah antara kegemarannya. Malah, jika anda memberinya bola, si kecil anda juga akan bermain dan menggoleknya.

#2 Perkembangan kognitif

Pada usia 12 bulan sebegini, perkembangan kanak-kanak adalah bertumpu pada dunia luar.

Anak anda akan mula sedar yang dia tinggal di dunia yang serba luas dan menarik untuk diterokai.

Jika sebelum ini dia lebih gemar didukung, kini dia akan mula ingin bebas dan mahu berjalan sendiri.

Pada waktu ini juga, daya memori dan ingatannya akan berkembang. Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda memperkenalkan bentuk dan warna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memahami semua ini, tapi lambat laun, dia pasti dapat memahaminya juga!

Penerokaan dunia luar juga akan membawa kepada penerokaan tentang kemampuan dirinya.

Anak anda akan mula faham yang tindakannya akan menghasilkan reaksi, terutama dari ibu bapanya.

Dia akan sedar yang dia mampu untuk membuatkan sesuatu berlaku. Jadi, dia akan mula mencampak barang untuk melihat apa terjadi, atau mencucuk mata anda untuk lihat reaksi anda!

Dia juga akan mula mampu menunjuk ke arah benda yang diminatinya atau yang dia mahu. Pada waktu ini, bermulalah hubungan komunikasi dua arah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Asian Parent Singapore

Pada waktu ini juga akan bermula momen dan sangat indah yang sungguh mencairkan hati. Anak anda akan mula pandai melambai tangan dan blow kisses!

Tapi, itu tidak bermakna yang dia cukup matang untuk lihat anda beredar atau keluar tanpa membawanya, si kecil itu pasti menangis!

#3 Perkembangan Sosial dan Emosi

Penerokaan dunia juga semakin menarik, tetapi agak menakutkan pada masa yang sama. Dunia menjadi semakin luas untuknya!

Dia sedang membesar tapi masih mahu anda berada dekat dengannya.

Sambil meneroka, dia akan terus melihat sekeliling untuk memastikan anda berada berhampiran dengannya.

Pada usia 12 bulan, anak anda akan mula pandai menangis jika anda meninggalkannya di daycare.

Jangan risau, ini adalah sebahagian daripada perkembangan emosinya. Anak anda akan mula mengenal dan membezakan orang di sekelilingnya.

Anda tidak perlu memaksanya untuk pandai bersosial. Biarkan dia membiasakan diri dengan orang lain secara perlahan-lahan, mengikut rentak dirinya.

Antara perkara positif pada usia ini adalah anak kecil anda akan mula pandai untuk berhubungan dengan orang lain, selain ibu bapanya. Dia akan ada keinginan untuk mendekatkan diri dengan kanak-kanak lain.

Dia akan mula pandai untuk mendekatkan diri dengan kanak-kanak lain. Mungkin dia akan memberikan mainannya pada bayi lain yang berada berhampiran dengannya. Dia sudah pandai untuk berkawan!

Yang paling menyeronokkan adalah dia akan mula pandai untuk memeluk dan mencium anda.

Semasa bayi anda membesar menjadi kanak-kanak, dia akan terus memerlukan kehadiran dan bantuan anda.

Biarkan dia meneroka dan mencuba perkara baru, tapi pastikan anda ada berhampiran untuk memastikan keselamatannya.

Dia mungkin akan terus mahu makan dan menyuap sendiri menggunakan tangan (dan membuat sepah pada masa yang sama). Dia juga mahu mengenakan kasutnya sendiri.

Rasa berdikari pada usia ini adalah antara tanda pertama yang dia bakal menjadi semakin cekal dan “degil”.

Dia mahu melakukan segalanya sendiri dan akan berasa marah (dan rimas) jika anda membantunya.

Biarkan dia terus mencuba segalanya sendiri dan tunggu sehingga dia memerlukan bantuan anda.

Sumber: Asian Parent Singapore

Selain itu, pada ketika ini, dia akan mula menjadi “big boy” atau “big girl“.

Kalau anda melihat dia memukul kanak-kanak lain, tidak mahu berkongsi dan mula sentiasa “melekat” dengan permainan kegemaran, puting atau objek lain, itu adalah perkara normal dan anda tidak perlu risau.

Ia adalah sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak.

Apa yang anda perlu buat adalah memperbetulkan dirinya, tetapi bukan secara disiplin yang tegas – anak anda masih belum faham cara untuk berinteraksi secara baik lagi.

#4 Perkembangan Pertuturan dan Bahasa

Perkembangan memori adalah langkah penting untuk mula belajar bercakap. Otak anak anda semakin ligat berfungsi dan mula menangkap pelbagai perkataan yang anda ucap kepadanya.

Otaknya juga semakin sibuk dan mula mengaitkan antara objek dengan perkataan yang anda ucapkan.

Perkembangan vokabularinya bermaksud yang dia akan dapat memahami arahan mudah dan ringkas tidak lama lagi.

Mungkin pada usia 12 bulan ini, anak anda akan mampu memberi respon kepada frasa-frasa pendek seperti “ambil bola” atau “minum susu”.

Terutamanya jika anda turut membantu sambil bercakap dan menunjuk ke arah objek yang berkaitan.

Kanak-kanak juga mula memberi respon dengan lebih baik jika anda tunduk dan membuat eye contact dengannya.

Ramai kanak-kanak pada usia ini juga sudah boleh bertutur satu atau dua perkataan seperti “mama”, “ayah”, atau “susu”.

Dia akan berlatih bercakap sambil meniru perkataan yang anda ucapkan atau meniru bunyi haiwan yang dia dengar. Contohnya, “meow”!

Berikan perhatian anda kepada anak pada usia ini kerana anda mungkin turut dapat mengesannya bertutur dengan intonasi, seperti meninggi suara apabila marah.

Untuk semakin mahir bercakap, anak anda perlu menyebut perkataan dengan menggunakan otot kecil pada mulutnya.

Pada ketika ini, anak anda hanya mampu memberi fokus kepada pergerakan otot besar pada mulutnya.

Yang pastinya, dia akan kurang bercakap ketika dia sedang belajar berjalan. Ini kerana dia sedang memfokuskan dirinya supaya tidak terjatuh!

Pada waktu ini, berhenti bercakap dengannya. Malah, berlatih berjalan mudah membuatnya penat.

Jadi, buatlah aktiviti menenangkan seperti membacakannya buku atau bercerita kepadanya.

#5 Kesihatan dan Nutrisi

Usia 12 bulan juga adalah masa untuk dirinya menerima dos vaksin MMR (measles, mumps dan rubella).

Dia juga memerlukan perlindungan daripada gejala pnemococcal. Imunisasi untuk demam campak dan diphteria selalunya adalah wajib bagi kebanyakan negara.

Sumber: Asian Parent Singapore

Pada usia ini, anak kecil anda akan mula memilih makanan. Disebabkan dia semakin banyak bergerak, dia akan mudah untuk hilang minat untuk makan.

Anda tidak perlu risau akan hal ini kerana ia juga adalah sebahagian daripada perkembangan dirinya. Dia pasti akan makan juga apabila dia lapar.

Memaksanya untuk makan hanya akan membuatkan si kecil itu semakin degil.

Pada usia setahun, ususnya telah terbina secara penuh. Ini bermakna, anda mula boleh memperkenalkan kepadanya susu lembu.

Perhatikan tanda-tanda alahan pada susu laktos. Ia selalunya sementara, kerana mungkin badannya sedang membiasakan diri dengan produk dairi.

Keju dan yogurt adalah antara produk dairi yang boleh anda berikan kepada si kecil anda.

Tip untuk ibu ayah

Tip penting buat anda, ibu ayah, ketika perkembangan anak anda pada usia 12 bulan adalah: anda perlu sentiasa bersedia dengan kamera bagi merakam beberapa perkara “first time” yang bakal anak anda buat pada umur ini.

Contohnya: jangan terlepas merakam beberapa langkah kaki pertama dalam hidupnya semasa dia sedang belajar berjalan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tahap Perkembangan Bayi Baru Lahir (Milestone) Dari 0-12 Bulan Dalam Jadual

Penulis

Noor