Mengapa SUKAR Heret Isu Pasangan Curang Di Mahkamah? Ini Penjelasan Peguam

Peguam Syariah perjelas mengapa sukar nak heret pasangan curang ke mahkamah pengadilan. Ini sebab-sebabnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang terlalu banyak kes perceraian dan masalah rumah tangga yang membabitkan pasangan curang, tuntutan fasakh, video viral suami belasah kekasih, suami bengang mahu penjagaan anak dan macam-macam lagi.

Malah ia bukan saja melibatkan selebriti, orang biasa juga apa kurangnya. Cuma kerana kes curang atau perceraian selebriti digembar-gemburkan oleh media. 

Namun pada kali ini kami akan mengupas lebih lanjut tentang kes tuntutan fasakh dan bukti mengapa sukar nak bawa pasangan curang ke muka pengadilan. Ia dikongsi sendiri oleh Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli.

Kes pasangan curang sering kali sukar dibuktikan dalam tuntutan fasakh

Menurut beliau, semasa menunggu perbicaraan kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah dek kerana isteri curang.

Isu curang ini kadang-kadang bukan hanya berpunca dari lelaki sahaja tapi perempuan juga ada ketiknya buat perangai yang bukan-bukan.

Berikut ulasan lanjut dari beliau sendiri:

  • Dalam kes Fasakh yang berkaitan dengan isu kecurangan sama ada isteri mendakwa suami bermain kayu tiga atau isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain ia adalah sangat sukar untuk Mahkamah sabitkan tuduhan atas alasan di bawah Seksyen 53 (1)(h)(ii) seperti berikut: 
  • Suami atau isteri menganiayai pasangannya dengan berkawan sama ada perempuan atau lelaki yang jahat atau hidup dengan berperangai keji mengikut padangan Hukum Syarak.
  • Keduanya, atas beberapa faktor yang gagal dibuktikan oleh pihak yang mendakwa kerana dalam undang-undang dan Hukum Syarak orang yang mendakwa perlu kemukakan bukti.

7 Bukti curang pasangan yang gagal di bawa ke Mahkamah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Suami atau isteri tak nak mengaku

Biasalah bila sudah berlaku curang siapa yang nak mengaku, betul tak? Walaupun pasangan memang betul curang tapi dalam Mahkamah mereka boleh berbohong jadi hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kebenarannya.

Jadi, perkara ini hanya boleh dibuktikan dengan cara pengakuan dari isteri atau suami terhadap bukti kecurangan tersebut di hadapan Mahkamah.

#2. Tiada saksi untuk dakwaan

Bila nak membuktikan kecurangan pasangan maka suami atau isteri perlu bawa saksi untuk dakwaan, namun kadang-kadang mereka hanya bawa saksi yang mendengar luahan hati orang yang mendakwa sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya isteri mengadu pada ayah tentang kecurangan suami tapi ayahnya tak pernah lihat menantunya itu keluar dengan mana-mana perempuan jadi perkara akan jadi rumit. Kalau tak ada saksi langsung lagi susah.

#3. Gambar mesej screenshot

Mereka juga kadang-kadang bawa bukti di Mahkamah untuk mendakwa pasangan tapi itu hanya bukti sekunder bukan bukti primer iaitu mesej lelaki atau perempuan yang ada dalam telefon bimbit orang yang didakwa itu sendiri.

#4. Gambar dan video kurang jelas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu juga pasangan membawa bukti video atau video yang kurang jelas untuk mendakwa pasangan mereka. Jadi ini memang susah untuk Mahkamah tentukan kesahihannya kerana mungkin video tersebut boleh diolah. 

#5. Tiada tangkapan dan dakwaan

Ada sesetengah kes, orang mendakwa suami atau isterinya melakukan perbuatan berzina, khalwat dan sebagainya tapi tiada bukti penangkapan mereka oleh pihak yang sepatutnya, jadi Mahkamah sukar untuk tentukan dakwaan mereka melainkan memang ada bukti kesalahan tersebut dilakukan.

#6. Kisah lama

Ada juga sebilangan pihak yang ingin mendakwa pasangan mereka yang pernah berlaku curang pada 10 tahun yang lalu. Jadi memang susah untuk Mahkamah tentukan kecurangan pasangan mereka kerana ada yang sudah bertaubat dan tidak lagi curang di belakang pasangan.

Kesimpulannya, jika ada masalah dalam rumah tangga seeloknya selesaikan dan berbincang dengan cara yang terbaik supaya boleh elak berlakunya kes curang dan seangkatan dengannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika nasi sudah menjadi bubur, pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh dengan menyiasat seperti dahulu. Kalau terus membuta tuli menuduh pasangan curang susah juga.

Apa-apa pun dalam Islam menyeru kita pelihara kebahagiaan dalam perkahwinan supaya sentiasa harmoni seperti dahulu seawal mula-mula berkahwin. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Khairul Fahmi Ramli , Mingguan Wanita 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga: Kajian Mendedahkan Bila Pasangan Akan Curang & Kenapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan