Lucu, Bayi Nak Selamatkan Ultraman Dalam TV, Sampai Retak TV Dibuatnya

Lucu lihat gelagat bayi ini terlebih emosi menonton Ultraman yang sedang melawan raksasa, sampai dibalingnya mainan untuk selamatkan heronya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedangkan orang dewasa bila menonton drama di TV pun boleh emosi, apatah lagi anak kecil yang masih naif. Sebabkan emosi tonton TV, Bayi buat TV retak!

Tular di media sosial baru-baru ini, seorang bayi lelaki dalam lingkungan 2 tahun di China yang kelihatan beremosi ketika menonton rancangan hero Jepun kegemaran ramai iaitu Ultraman. 

Agaknya emosi terlalu terbawa-bawa pada babak Ultraman melawan raksasa, terus diambilnya mainan dan dicampak pada TV!

TV retak angkara seorang bayi lelaki

Lucu bila dilihat, walau bagaimanapun ramai netizen turut bersimpati kepada ibu bapa bayi tersebut kerana terpaksa beli TV baru. 

Video berdurasi satu minit yang dikongsi oleh Now This di Facebook mereka kini mendapat tontonan lebih 1 juta. 

Rata-rata komen netizen juga mencuit hati penonton. Ada yang menyatakan kanak-kanak itu kelihatan keliru namun semangatnya patut dipuji.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman, membelek belakang TV kerana hairan bagaimana orang boleh muncul di kaca TV. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kalau TV zaman saya kecik-kecik dulu, baling barang, barang tu yang pecah! Sebab kaca TV dulu-dulu tebal macam mana pula. Hahah,” antara komen yang ibu bapa sekarang boleh relate.

Bagaimana nak mengawal emosi anak?

Foto: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya and perlu melatih bayi anda kawal emosi mereka mengikut usia. Sekiranya mereka masih bayi, ini yang ibu ayah patut lakukan:

Seorang bayi dipandu oleh perasaan asal yang terbina dalam otak mereka.

Misalnya, seorang bayi akan menangis apabila mendapat rangsangan yang tidak menyenangkan (bunyi bising yang mengejutkan), atau apabila ingin sesuatu (makanan, sentuhan, pelukan).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukti menunjukkan dalam 6 bulan pertama, seorang bayi mampu bertindak untuk menenangkan diri dengan menghisap jari apabila menghadapi kesusahan.

Kajian-kajian lain juga mendapati seorang bayi sudahpun mempunyai kemahiran untuk melaraskan diri sendiri dan boleh mendekati atau mengelakkan situasi bergantung kepada kesan emosi mereka.

Peranan ibu bapa:
Kajian terbaru mencadangkan bayi berusia 6-9 bulan akan lebih tenang atau dalam keadaan neutral dengan lebih lama apabila mendengar rakaman lagu atau rakaman ucapan untuk bayi dan orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nyanyian jauh lebih berkesan untuk menenangkan bayi berusia 10 bulan yang terlebih rangsangan.

Kajian juga mencadangkan lagu (“The Wheels on the Bus” misalnya) adalah lebih berkesan daripada memainkan lagu lullabies untuk menenangkan bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Now This 

Baca juga: 13 Kata-Kata Psikologi Yang Patut Diucapkan Ketika Anak Sedang Marah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan