X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

13 Kata-Kata Yang Disarankan Ahli Psikologi Untuk Menenangkan Anak Yang Sedang Marah

5 min bacaan
13 Kata-Kata Yang Disarankan Ahli Psikologi Untuk Menenangkan Anak Yang Sedang Marah

Tenangkan anak anda dengan sedikit bantuan daripada pakar. Ketahui caranya disini!

Anak-anak daripada semua peringkat umur sememangnya akan menunjukkan tantrum atau mengamuk sekali sekala. Tetapi bila anak marah, adakah anda memberikan respon yang betul?

Sebagai seorang ibu atau bapa, adalah penting untuk menambah asas kemahiran yang betul dalam menangani kemarahan supaya mereka boleh menangani emosi dengan berkesan.

Jadi, bagaimanakah ibu bapa dapat menyelesaikan masalah tantrum anak secara berkesan?

Ayat Yang Sesuai Digunakan Bila Anak Marah

Di dalam artikel terbaru di Psych Central, Renee Jain, pakar dalam Psikologi Gunaan Positif, ada berkongsi tentang cara-cara yang disarankan untuk meredakan atau menenangkan anak yang sedang marah.

Cadangannya yang membantu itu memberikan alternatif kepada kata-kata yang ibu-bapa sering ucapkan apabila anak mereka marah atau kecewa. 

Kata-kata tersebut meliputi pelbagai situasi atau senario yang biasa dilalui oleh ibu bapa, dan ianya sangat praktikal.

Ketahui kata-kata yang disarankan oleh pakar yang akan menenangkan anak anda yang marah:

Jangan sebut: “Janganlah menyusahkan”

Sebut: “Mama tahu ianya susah, tetapi kita boleh selesaikannya bersama-sama”

Menurut Jain –

 “Apabila anak anda berdegil, ianya penting untuk memahami kenapa dia begitu. Kata-kata ini memberi idea kepada anak anda yang anda di pihak yang sama dengannya, berusaha ke arah matlamat yang sama.”

Wujudkan konsep sepasukan dengan anak anda dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah bersama dan bukannya berasa kecewa dengan tingkah laku degil atau keras kepala mereka.

Jangan sebut: “Berhenti campak-campak barang”

Sebut: “Kamu tidak suka mainan kamu? Itu ke masalahnya?

Jain menyatakan kata-kata ini memberikan peluang kepada anak anda untuk meluahkan pandangannya, membuka ruang komunikasi dengan anak tersebut, dan juga akan membantu menyelesaikan masalah mengamuk dengan cara bukan konfrontasi.

Jangan sebut: “Berhenti merungut”

Sebut: “Boleh tak ulang semula dengan nada biasa?”

Meminta anak anda mengulang semula dengan nada yang biasa atau yang lebih boleh diterima akan mengajar mereka bahawa cara bagaimana kita menyatakan sesuatu adalah sangat penting apabila kita ingin meluahkan pandangan.

Jangan sebut: “Nanti kamu kena denda time-out”

Sebut: “Jom bertenang sama-sama”

Jain menerangkan bahawa berada bersama-sama dalam keadaan tenang adalah lebih berkesan daripada denda time-out.

“Ini mengubah skrip biasa daripada ‘time-out’ kepada ‘time-in’, yang membolehkan kita berhubung dan bukannya mengasing.

Jangan sebut: “Mama tak nak layan kamu/perangai kamu sekarang”

Sebut: “Mama kecewa dan perlu tenangkan diri”

“Ajar anak-anak bagaimana untuk mengenalpasti dan mengawal emosi mereka dengan kita melakukannya terlebih dahulu dalam situasi sebenar,” kata Renee Jain. 

Penting untuk anak-anak meluahkan apa yang membuatkan mereka marah berbanding membiarkan tingkah laku tidak munasabah menyatakan bagi pihaknya.

anak marah

Daripada: “Berhenti cakap tidak”

Cuba: “Mama faham kamu tidak mahu. Jom kita buat dengan cara lain”

Menurut Jain, “Dengan mengambil kira ‘tidak’ anak anda itu, anda meredakan situasi tersebut.

Daripada berhujah tentang ya atau tidak, tukar kata-kata kepada yang lebih memberi fokus kepada masa hadapan dan penyelesaiannya.”

Cuba wujudkan pemikiran secara pasukan dan selesaikan masalah bersama-sama.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Daripada: “Kemas bilik atau kamu tidak boleh keluar”

Cuba: “Jom kemas bilik ini. Mama akan bantu kamu dahulu”

Kanak-kanak selalunya tidak suka ditugaskan dengan kerja-kerja yang menyusahkan, walaupun ia perlu dilakukan.

Cuba beri galakan apabila memberi tugasan seperti ini, dan berikan pertolongan untuk memulakan tugas tersebut. Mereka tidak akan berasa terbeban jika anda menawarkan diri untuk membantu.

Tenangkan anak anda dengan sedikit bantuan daripada pakar. 

Daripada: “Berhenti mengadu”

Cuba: “Mama tahu kamu tidak gembira. Macam mana kamu nak selesaikannya?”

Anak-anak memang suka mengadu, Jain cadangkan supaya “lain kali apabila anak anda mengadu tanpa henti tentang sekolah/makan malam/adik-beradik, cuba minta dia untuk berbincang tentang penyelesaiannya. Ingatkannya yang tiada jawapan yang salah, dan lagi gila-gila penyelesaiannya, lagi bagus!”

Daripada: “Budak besar tak buat benda macam ini/itu”

Cuba: “Budak besar dan orang dewasa memang rasa macam itu sekali-sekala. Jangan risau, perasaan itu akan hilang.”

Sediakan anak anda dengan fakta yang tidak dapat dielakkan iaitu mereka akan perlu menangani emosi yang agak berat sekali-sekala.

“Memberitahu mereka yang budak besar tidak berasa marah, kecewa atau resah adalah tidak benar. Ia juga menggalakkan anak-anak untuk mengelak atau menahan perasaan dan menghalang mereka daripada memprosesnya dengan cara yang sihat,” kata Jain.

anak marah

Daripada: “Jangan pukul”

Cuba: “Tidak mengapa marah, tetapi kamu tidak boleh memukul/menggunakan kekasaran”

Jangan biarkan anak anda menggunakan kekasaran fizikal untuk meluahkan perasaan mereka. 

Dengan menggunakan kata-kata ini, Jain berkata, “ia akan memberikan mesej yang jelas bahawa emosi itu boleh, tetapi tindakan itu tidak. 

Membezakan kedua-keduanya akan membantu anak anda belajar untuk berbuat perkara yang sama.

Daripada: “Makan makanan kamu atau kamu tidur kelaparan”

Cuba: “Apa yang akan kamu buat untuk menyedapkannya?”

Jain adalah penggemar kepada membalikkan semula tanggungjawab kepada anak anda. 

Biarkan anak anda tahu yang mereka boleh meminta apa yang mereka mahu. Tentunya, selagi munasabah. Bekerjasama untuk membuatkan hidangan itu sesuatu yang semua orang boleh nikmati.

Daripada: “Jangan marah”

Cuba: “Mama pun marah juga, jadi jom kita luahkan kemarahan bersama-sama”

Ini yang paling biasa, dan juga yang paling mudah untuk dilakukan.

Ini membolehkan anak anda memahami cara-cara berkesan dan berbeza dalam meluahkan perasaan marah dengan cara yang betul, dan ia juga adalah cara untuk menunjukkan kepada anak anda yang anda bukanlah musuh. Anda di situ untuk membantu mereka dengan masalah mereka.

Jika anda ada sebarang pendapat, soalan atau komen berkaitan topik ini, kongsikannya dengan kami!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 13 Kata-Kata Yang Disarankan Ahli Psikologi Untuk Menenangkan Anak Yang Sedang Marah
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham