8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

Ubat cacing budak sememangnya penting untuk merawat masalah cacing pada kanak-kanak. Ibu ayah perlu dapatkan produk ini untuk lebih berkesan.

Masalah cacing sering dialami oleh kanak-kanak, dan boleh dirawat sendiri di rumah dengan mengambil ubat cacing budak yang ada dijual di farmasi. 

Cacing rambu/cambuk, cacing gelang, cacing jarum dan cacing kerawit adalah antara contoh cacing parasit yang paling biasa menginap di dalam badan manusia.

Kebiasaannya, cacing parasit menginap dalam tubuh badan manusia secara tidak sengaja apabila tangan yang terpegang telur cacing tidak dibasuh dengan bersih sebelum memegang makanan atau menyentuh mulut. 

Tips Pemilihan Ubat Cacing

Jika ibu ayah pergi ke farmasi atau kedai ubat untuk membeli ubat cacing, terdapat banyak pilihan di sana sama ada dalam bentuk tablet dan juga dalam bentuk cecair atau sirap dengan pelbagai jenama.

Pasti ramai yang keliru nak pilih yang mana walhal penggunaan apa-apa ubat pun mesti mengikut petunjuk termasuk ubat cacing.

Terdapat pelbagai jenis atau kelas ubat penyahcacing, setiap satunya mempunyai mekanisme tindakannya sendiri dan biasanya berkesan untuk jenis cacing tertentu.

Berikut adalah senarai nama ubat penyahcacing (antihelmintik) yang telah terbukti berkesan dan digunakan pada masa kini.

  • Piperazine

Piperazine mengandungi cincin heterosiklik yang tidak mempunyai kumpulan karboksil. Cara kerjanya ialah melumpuhkan otot cacing sehingga lumpuh dan terbuang bersama najis.

Piperazine digunakan untuk merawat A. lumbricoides (cacing gelang) dan E. vermicularis (cacing pinworms), walaupun mebendazole adalah ubat cacing pilihan buat masa ini.

Ubat ini tidak boleh digunakan pada wanita hamil dan menyusu, mereka yang fungsi hatinya terjejas, mereka yang fungsi buah pinggang terjejas, dan epilepsi. Kesan sampingan yang boleh menyebabkannya termasuk masalah pencernaan, urtikaria, dan pening. 

  • Pyrantel pamoate

Ini adalah ubat penyahcacing yang paling banyak digunakan hari ini. Mekanisme tindakan melumpuhkan cacing sehingga cacing mati dan dikumuhkan dalam najis.

Lebih banyak jenis cacing boleh dibasmi oleh pyranthelium pamoat daripada piperazine, termasuk: cacing kremi, cacing gelang (ascaris), cacing tambang (Ancylostoma duodenale, cacing tambang), cacing tambang (Necator americanus, cacing tambang), Trichostrongilus colubriformis dan Trichostrongilus orientalis.

Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan pada wanita hamil, kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, dan mereka yang fungsi hatinya terjejas.

Kesan sampingan boleh termasuk kehilangan selera makan, loya, muntah, kekejangan perut, cirit-birit, mengantuk, sakit kepala, pening, dan ruam kulit.

  • Mebendazole

Antelmintik ini digunakan untuk membunuh cacing kremi, cacing tambang, cacing gelang, dan cacing cambuk. Tidak boleh digunakan pada wanita hamil dan ibu yang menyusu.

Sangat sedikit yang diserap oleh saluran penghadaman supaya ia dapat membunuh cacing dalam rongga usus dengan berkesan. Kesan sampingan sangat jarang berlaku, termasuk sakit perut, cirit-birit, sawan (pada bayi) dan ruam.

  • Albendazole

Ubat cacing Albendazole sangat berkesan untuk membasmi cacing Ascaris lumbricoides, cacing Enterobius vermicularis, cacing Trichuris trichiura, cacing Ancylostoma duodenale dan Necator americanus, cacing pita (Taenia sp.) dan Strongyloides stercoralis.

Albendazole mempunyai sifat membunuh cacing, memusnahkan telur cacing dan larva. Kesan sampingan boleh termasuk mulut kering, gatal-gatal, senak, pening dan lain-lain. Tidak boleh diberikan kepada wanita hamil dan ibu menyusu. 

Penggunaannya atas prekspripsi doktor.

8 Ubat Cacing Budak Terbaik Di Farmasi

Masalah cacing mungkin dianggap remeh kerana ia biasa berlaku dikalangan kanak-kanak (dan kadangkala, orang dewasa juga). Namun, jika tidak dirawat dengan ubat cacing dengan segera, jangkitan yang pada mulanya tidak serius ini akan melarat.

Kini terdapat pelbagi jenis ubat cacing kanak-kanak yang boleh dibeli terus di kaunter farmasi, dan kami sudah pilih 8 ubat cacing terbaik yang anda boleh beli dan simpan di rumah sebagai bekalan. 

Ubat Cacing Budak Terbaik
M-Zole Chewable Tablet 1s
Terbaik Mematikan 7 Jenis Cacing
more info icon Beli di Shopee
Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml
Terbaik Jenis Sirap
more info icon Beli di Shopee
Zentel 200mg 4 tablets
Terbaik Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa
more info icon Beli di Shopee
Denzol Tablet 2s
Terbaik Jenis Telan
more info icon Beli di Shopee
Champs D-Worms Chocolate Chewable Tablets 2's
Terbaik Melawan 6 Jenis Cacing
more info icon Beli di Shopee
A-zole Anthelmintic Suspension 10ml
Terbaik Dengan Perisa Strawberi
more info icon Beli di Shopee
Vemizol Suspension
Terbaik Boleh Digunakan Seawal Usia 1 Tahun
more info icon Beli di Shopee
Combantrin Tablet
Terbaik Mematikan 5 Jenis Cacing
more info icon Beli di Shopee

M-Zole Chewable Tablet 1s

Ubat Cacing Budak Terbaik Mematikan 7 Jenis Cacing

8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

Memandangkan jangkitan cacing menunjukkan gejala yang hampir sama, sukar untuk ibu bapa pastikan jenis jangkitan tepat yang dialami oleh anak.

Jadi, ubat cacing budak M-Zole yang mengandungi 500mg Mebendazole yang mampu melawan 7 jenis cacing dalam satu masa ini adalah pilihan yang paling mudah untuk ibu bapa.

Apa yang kami suka:

  1. Hanya satu dos sahaja untuk selesaikan masalah jangkitan cacing.
  2. Datang dalam perisa vanila dan pisang yang enak.
  3. Dijual dengan harga yang berpatutan 

Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml

Ubat Cacing Budak Terbaik Jenis Sirap

8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

Bagi kanak-kanak yang lebih suka makan ubat jenis sirap, ubat cacing Dynapar ini adalah pilihan yang lebih mudah untuk mereka. 

Setiap botol mempunyai 10ml ubat yang cukup untuk diambil sekali oleh kanak-kanak berusia 2-6 tahun, mengikut dos yang disarankan. Bagi kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun pula perlukan 20ml ubat untuk dos yang lengkap.

Apa yang kami suka:

  1. Sesuai diambil oleh orang dewasa juga, dengan dos yang disarankan, 30ml.
  2. Mampu melawan 3 jenis cacing (kerawit, gelang dan rambut) dengan hanya satu dos.
  3. Sirap berperisa Raspberry yang disukai oleh kanak-kanak.

Zentel 200mg 4 tablets 

Ubat Cacing Budak Terbaik Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Zentel ubat cacing budak

Ada kalanya, masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak berjangkit kepada ahli keluarga yang lain apabila permukaan atau anggota badan yang sudah tercemar, bersentuh dengan orang lain.

Jika ini berlaku, ubat cacing Zentel ini adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga. Setiap biji ubat cacing ini mengandungi 200mg Albendazole yang boleh melawan cacing parasit seperti cacing kerawit, cacing gelang dan cacing jarum.

Apa yang kami suka:

  1. Sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak seawal 12-24 bulan, dengan dos 1 biji sahaja.
  2. Boleh dikunyah atau dihancurkan dan dicampurkan dalam makanan.
  3. Satu pembelian yang sesuai untuk seisi keluarga.

Denzol Tablet 2s

Ubat Cacing Budak Terbaik Jenis Telan

Denzol Tablet 2s ubat cacing budak

Jika anak anda mengadu mempunyai gejala seperti jangkitan cacing, ubat cacing Denzol ini dapat membantu merawat masalah ini. Setiap tablet mengandungi Albendazole yang berkesan untuk merawat masalah jangkitan yang berpunca daripada satu jenis cacing atau beberapa jenis cacing.

Ubat ini datang dalam bentuk tablet yang perlu ditelan dan boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor. Walaupun ubat cacing ini sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, wanita mengandung diingatkan untuk tidak mengambil ubat ini.

Apa yang kami suka:

  1. Tablet yang mudah ditelan.
  2. Berkesan untuk membasmi cacing kerawit, cambuk, gelang, kait, pita dan benang.
  3. Sesuai dan selamat untuk kanak-kanak seawal 2 tahun.

Champs D-Worms Chocolate Chewable Tablets 2’s

Ubat Cacing Budak Terbaik Melawan 6 Jenis Cacing

8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

Jangkitan yang berpunca daripada cacing parasit secara umumnya menunjukkan gejala yang hampir sama seperti sebu perut, cirit birit dan kurang selera makan.

Ubat cacing Champs D Worms ini amat berkesan untuk melawan cacing yang ada dalam tubuh badan kanak-kanak dan orang dewasa. Dos yang disarankan untuk merawat jangkitan untuk setiap jenis cacing adalah berbeza, dan ada dimaklumkan pada kotak ubat.

Apa yang kami suka:

  1. Maklumat jelas berkaitan dos yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, serta untuk jenis cacing yang berbeza.
  2. Selamat untuk diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun.
  3. Datang dalam perisa coklat yang membuatkan ubat ini tidak rasa seperti ubat. 

A-zole Anthelmintic Suspension 10ml

Ubat Cacing Budak Terbaik Dengan Perisa Strawberi

A-zole Anthelmintic Suspension 10ml ubat cacing budak

Azole Suspension ialah ubat antiparasit yang digunakan untuk merawat beberapa penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing parasit.

Mengandungi Albendazole iaitu anthelmintik spektrum luas dengan aktiviti melawan kebanyakan nematod dan beberapa cestoda yang bertindak dengan memusnahkan mikrotubulus sitoplasma dalam usus atau sel penyerapan cacing dan menghalang pengambilan glukosa dan nutrien lain dalam helminths yang terdedah, mengakibatkan kematian cacing.

Apa yang kami suka:

  • Tablet berperisa coklat yang semestinya disukai oleh kanak-kanak
  • Berkesan untuk membasmi cacing kerawit, cambuk, gelang, kait, pita dan benang.
  • Sesuai dan selamat untuk kanak-kanak seawal 1 tahun.

Vemizol Suspension

Ubat Cacing Budak Terbaik Boleh Digunakan Seawal Usia 1 Tahun

ubat cacing budak Vemizol Suspension

Vemizol digunakan untuk merawat jangkitan tunggal atau pelbagai cacing termasuk cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait, cacing benang, cacing kerawit, cacing pita dan cacing hati.

Vemizol mengandungi albendazole sebagai bahan aktif. Albendazole membunuh cacing-cacing ini dengan menyebabkan mereka tiada bekalan tenaga. Ia berkesan terhadap telur, larva dan cacing dewasa.

Jangan mengambil ubat ini jika anda hamil atau anda mengesyaki anda hamil. Vemizol tidak disarankan untuk penggunaan di kalangan kanak-kanak bawah umur 1 tahun.

Apa yang kami suka:

  • Jumlah dos perlu diambil mengikut jenis cacing.
  • Boleh diambil kanak-kanak seawal usia setahun

Combantrin 250mg 2 Tablet

Ubat Cacing Budak Terbaik Mematikan 5 Jenis Cacing

ubat cacing budak Combantrin 250mg 2 Tablet

Tablet Combantrin 250 mg adalah ubat cacing yang berfungsi untuk cacing yang dibakar (Enterobius vermicularis.), gelang cacing (Ascaris lumbricoides.), cacing lombong (Ancylostoma duodenale), cacing lombong (Necator americanus)Trichostrongyfus colubriformis dan trichostrongylus orientalls.

Ia mengandungi agen aktif pamoate pyrantel yang berfungsi dengan melumpuhkan cacing dan mengeluarkannya dari badan melalui najis biasanya tanpa penggunaan julap.

Apa yang kami suka:

  • Ubat cacing untuk digunakan seluruh ahli keluarga
  • Mudah ditelan

Perbandingan Harga Ubat Cacing Budak

Jenama Harga (RM)
M-Zole Chewable Tablet 1s  RM5.50
Dyna Dynapar Worm Suspension 10ml  RM5.42
Zentel 200mg 4 tablets  RM24.79
Denzol Tablet 2s  RM6.90
Champs D Worms Chocolate Chewable Tablets 2’s  RM4.55
A-zole Suspension RM11.95
Vemizol Suspension RM7.80
Combantrin Tablet RM15.29

Ubat Cacing Budak Rawatan Terbaik Untuk Masalah Jangkitan Yang Berpunca Daripada Cacing Parasit

Rawatan yang biasa diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami jangkitan yang berpunca daripada cacing ialah dengan memberikan ubat cacing budak yang perlu dimakan dalam dua dos atau satu dos. 

Kebiasaannya ubat cacing budak mampu membunuh pelbagai jenis cacing dalam satu masa, dan juga boleh dimakan setiap 6 bulan sebagai tindakan pencegahan.

Jadi, jika anak anda mengadu salah satu daripada tanda jangkitan cacing yang kami kongsikan di atas, tetapi anda tidak pasti ianya berpunca daripada cacing yang mana, berikan saja ubat cacing budak yang ada dijual di farmasi berhampiran anda dengan segera.

Bila Perlu Ambil Ubat Cacing 

ubat cacing budak

Secara umumnya, masalah cacing tidak menunjukkan sebarang simptom yang serius pada kanak-kanak pada peringkat awal semasa jumlah cacing dalam perut yang sudah menetas dalam badan masih sedikit. 

Namun, semakin lama dibiarkan, semakin banyak telur cacing akan menetas dan akhirnya menyebabkan pembiakan cacing parasit ini terus berlaku dalam tubuh badan kanak-kanak. 

Menurut MyHealth, portal kesihatan di bawah seliaan KKM, terdapat tiga jenis jangkitan yang biasa dialami oleh kanak-kanak yang berpunca daripada cacing iaitu:

  1. Trichuriasis yang berpunca daripada cacing rambu/cacing cambuk
  2. Ascariasis yang berpunca daripada cacing gelang
  3. Enterobiasis yang berpunca daripada cacing jarum

Walaupun jangkitan cacing yang berlainan ini berbeza daripada segi nama saintifiknya, tanda-tanda atau gejala yang dialami oleh kanak-kanak jika terkena mana-mana jangkitan cacing ini adalah hampir sama. 

 Jika jumlah cacing dalam badan kanak-kanak meningkat dan menjadi semakin serius, kanak-kanak itu mungkin akan mengadu yang mereka mempunyai masalah ini:

  1. Gatalan di sekeliling dubur dan vagina
  2. Perut rasa sakit dan senak
  3. Perut rasa tidak selesa seperti sebu atau kembung
  4. Masalah sembelit
  5. Muntah
  6. Cirit birit (dan najis ada darah)
  7. Muka pucat (kekurangan darah)
  8. Hilang selera makan
  9. Susut berat badan

Elak Masalah Cacing Dari Awal Dengan Beberapa Langkah Mudah

8 Ubat Cacing Budak Terbaik, Jenis & Waktu Sesuai Diambil Elak Jangkitan Parasit Dalam Badan

Bak kata pepatah, “prevention is better than cure". Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama cuba untuk elak masalah jangkitan yang berpunca daripada cacing dengan beberapa langkah mudah.

1. Ajar anak untuk jaga kebersihan tangan

Perkara pertama yang anda harus terapkan dalam diri anak-anak anda ialah menjaga kebersihan tangan. Ini adalah kerana tangan yang bersih akan dapat mengurangkan risiko terkena pelbagai jangkitan lain selain yang berpunca daripada cacing, seperti Covid-19, HFMD dan Rotavirus.

2. Beri anak makan makanan yang dimasak sepenuhnya

Walaupun anda dan pasangan mungkin gemar untuk makan makanan Jepun yang tidak dimasak seperti sashimi dan sushi atau steak yang dimasak pada tahap “rare", jangan berikan makanan yang tidak dimasak sepenuhnya seperti ini kepada kanak-kanak. 

Ini adalah kerana perut mereka masih fragile, mudah terkena jangkitan dan alami masalah sakit perut.

3. Pastikan sayur dan buah dibasuh dengan betul

Jika anak anda gemar makan sayur berdaun, pastikan ianya dibasuh dengan betul sebelum dimasak. Contohnya sayur seperti bayam dan kangkung kadangkala masih mempunyai akar yang bertanah semasa anda beli di pasar. Telur cacing boleh melekat pada tanah dan sayur itu jika tidak dibasuh dengan betul. 

Begitu juga dengan buah-buahan. Pastikan ianya dibasuh dengan baik sebelum anda hidangkan kepada anak anda. 

4. Jangan main di tempat berhampiran tempat sisa buangan 

Kadangkala semasa pulang ke kampung atau pergi berkhemah, sistem sisa buangan / kumbahan di tempat-tempat ini tidak sesempurna sistem yang ada di bandar. Kemungkinan untuk tanah di sekitar tandas atau ruang memasak untuk tercemar adalah tinggi. 

Jadi, pastikan anak anda tidak bermain di kawasan ini untuk elak daripada dijangkiti pelbagai jenis jangkitan.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

Baca juga: Doktor Kongsi 7 Cara BERKESAN Atasi Eczema Flare, Elak Simptom Jadi Lebih Teruk

Baca juga: Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!