Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Fluorosis gigi berlaku disebabkan kandungan fluorida yang tinggi dalam ubat gigi. Ibu patut tukar ubat gigi anak kepada yang bebas fluorida.

Fluorosis boleh menjejaskan keadaan gigi. Ia disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada fluorida. Untuk pengetahuan anda, fluorosis gigi ini boleh berlaku ketika pembentukan dan pertumbuhan gigi kekal.

Kanak-kanak boleh mengalami fluorosis pada bila-bila masa sepanjang tahun apabila gigi mula terbentuk (bayi baru lahir hingga 8 tahun) jika mereka terdedah kepada tahap fluorida yang tinggi. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 8 tahun, masalah fluorosis ini jarang atau tidak langsung dihadapi oleh mereka.

Kenapa Kanak-Kanak Digalakkan Mengguna Ubat Gigi Bebas Fluorida

Fluorida yang berlebihan boleh didapati daripada ubat gigi, air minuman dan makanan. Tahap rendah fluorida sebenarnya membantu mencegah kaviti dan sering disyorkan sebagai langkah pencegahan untuk kesihatan pergigian pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Walaupun begitu, oleh kerana kanak-kanak tidak biasanya tidak mengetahui cara untuk meludah semasa mereka memberus gigi, mereka akan menelan ubat gigi tersebut dan kesannya fluorida yang berlebihan boleh mengubah rupa enamel gigi pada kanak-kanak yang gigi kekalnya masih belum terbentuk.

Tetapi jika Si Kecil anda sudah tahu bagaimana untuk meludah dan tidak menelan ubat gigi semasa memberus, ianya tidaklah menjadi satu masalah untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ianya mempunyai banyak manfaat pada pertumbuhan gigi anak anda.

Punca Fluorosis Gigi

Fluorosis disebabkan oleh tahap fluorida yang tinggi. Fluorida ialah mineral semulajadi yang telah terbukti membantu mencegah kaviti. Kebiasaannya, fluorida terdapat pada ubat gigi dan ubat kumur.

Kanak-kanak di bawah 8 tahun cenderung untuk menelan lebih banyak fluorida daripada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa kerana mereka cenderung untuk menelan ubat gigi apabila mereka berus.

Simptom Fluorosis Gigi

Gigi yang tidak terjejas oleh fluorosis kelihatan licin, berkilat dan warnanya juga haruslah seperti putih pucat. Gigi yang mengalami fluorosis boleh menyebabkan rupa enamel gigi berubah, biasanya mempunyai tompok atau berjalur putih.

Walaubagaimanapun, fluorosis yang teruk boleh menjejaskan kesihatan pergigian. Tanda-tanda fluorosis yang teruk termasuklah:

  • Bintik coklat pada enamel gigi
  • Lubang pada gigi yang teruk
  • Kerosakan kekal pada enamel gigi

Rawatan & Pencegahan Fluorosis Gigi

Kebanyakan kes fluorosis adalah ringan dan tidak memerlukan rawatan. Dalam kes yang lebih teruk, pemutihan gigi, venir atau teknik merawat pergigian boleh digunakan untuk membetulkan perubahan warna kekal. 

Parents boleh membantu mencegah fluorosis pada si manja melalui beberapa cara, antaranya:

  • Bertukar kepada ubat gigi dan ubat kumur bebas fluorida dan selamat untuk kegunaan si kecil
  • Menggunakan hanya sedikit ubat gigi ketika memberus gigi si kecil
  • Mengawasi si kecil semasa mereka memberus bagi memastikan mereka meludah keluar dan tidak menelan ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi fluorida
  • Jauhkan ubat gigi dan ubat kumur daripada capaian kanak-kanak
  • Mendapatkan info lebih lanjut daripada sekolah kanak-kanak tentang program rawatan fluorida, jika ada

5 Ubat Gigi Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi & Kanak-Kanak

Menyedari tentang perlunya elakkan fluorosis gigi terutama kepada bayi dan kanak-kanak kecil, pemilihan ubat gigi yang terbaik perlu diteliti sebelum diberikan kepada si manja. Antara jenama ubat gigi kanak kanak yang tidak mempunyai fluorida dan sangat disyorkan kepada ibu bapa adalah seperti berikut:

Ubat Gigi Bebas Fluorida
Mama’s Choice Baby & Kids Toothpaste
Ubat Gigi Bayi Terbaik Secara Keseluruhan
Beli di Shopee
Botanique Kids Toothpaste by Himalaya Bubble Gum
Ubat Gigi Bayi Terbaik Vegan
Beli di Shopee
Little Innoscents Milky Toothpaste
Ubat Gigi Bayi Terbaik Bahan Organik
Beli di Shopee
Colgate Kids Fluoride Free 0% Artificial Toothpaste 0-2 Years
Ubat Gigi Bayi Terbaik Bebas Bahan Tiruan
Beli di Shopee
Dentepro Kids Fluoride Free Toothpaste
Ubat Gigi Bayi Terbaik Tanpa Pengawet
Beli di Shopee

Mama’s Choice Baby & Kids Toothpaste

Ubat Gigi Bayi Terbaik Secara Keseluruhan

Jenama ubat gigi yang sangat disyorkan kerana ianya dihasilkan daripada bahan food-grade dan telah diuji selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Antara kelebihannya, ia dihasilkan daripada Calendula organik yang berfungsi sebagai anti-bakteria serta memberi perlindungan terhadap gusi.

Bersama agen perlindungan berganda iaitu Xylitol dan Hydroxyapatite dapat bagi mencegah kaviti dan memineralkan semula gigi. Ubat gigi ini adalah pilihan yang tepat buat si kecil anda jika anda mencari produk yang selamat, semulajadi dan halal.

Ianya bebas alkohol, fluorida dan diuji secara dermatologi. Dengan bahan semulajadi & selamat, ubat gigi ini tidak akan memberi apa-apa kesan pedih, pedas atau membahayakan kesihatan.

Apa yang kami suka?

  • Food-grade – menjadikannya selamat jika si kecil tertelan
  • Bebas fluorida, alkohol dan diuji secara dermatologi
  • Diiktiraf menggunakan Calendula organik sebagai agen antibakteria & perlindungan gusi
  • Mengandungi Xylitol yang mampu mencegah kerosakan gigi dan kaviti
  • Mempunyai 2 perisa lazat – Strawberi dan Bubblegum
  • Sesuai untuk umur 6 bulan hingga 3 tahun
  • Diyakini halal 

Botanique Kids Toothpaste by Himalaya Bubble Gum

Ubat Gigi Bayi Terbaik Vegan

Jenama daripada Amerika Syarikat ini dirumus dengan teliti dengan herba lembut dan botani seperti Neem dan Delima, untuk menghilangkan plak dengan lembut untuk gigi yang lebih bersih dan gusi yang kelihatan sihat.

Bebas fluorida dan formulasinya tanpa sodium lauryl sulfate (SLS), karagenan, triclosan, paraben atau warna tiruan.

Apa yang kami suka?

  • Bahan yang berasaskan daripada tumbuhan, sesuai untuk kanak-kanak
  • Merupakan ubat gigi vegan
  • Mampu melawan plak untuk gigi yang lebih bersinar dan sihat
  • Cruelty-free - Tidak melakukan sebarang ujian keatas haiwan
  • Memberi efek buih apabila memberus gigi menjadikannya seronok untuk si kecil

Little Innoscents Milky Toothpaste

Ubat Gigi Bayi Terbaik Bahan Organik

Diformulasi daripada flourida semulajadi dengan rasa menyegarkan dari daun pudina. Ianya. bebas surfaktan, pemanis tiruan dan minyak mineral. Ubat gigi Little Innoscents yang kaya dengan kalsium ini juga boleh menjadikan gigi serta gusi sihat dan kuat rasa pudina segar dengan strawberi memberikan si manja pengalaman memberus gigi dengan selamat dan menyeronokkan.

Apa yang kami suka?

  • Tiada bahan sintetik/kimia
  • Menggunakan 77% bahan organik dan 23% bahan semulajadi
  • Selamat ditelan
  • Tiada pemanis tiruan - sebaliknya gunakan Stevia
  • Mengandungi aloe vera
  • Boleh digunakan seawal umur 3 bulan

Colgate Kids Fluoride Free 0% Artificial Toothpaste 0-2 Years

Ubat Gigi Bayi Terbaik Bebas Bahan Tiruan

Ubat Gigi Colgate Kids ini terbukti secara klinikal untuk perlindungan kaviti dan enamel. Pembersihan lembut dan rasa buah pasti akan membuatkan anak lebih gemar memberus. Penggunaan ubat gigi ini satu permulaan yang baik untuk senyuman sihat sepanjang hayat.

Ianya merupakan ubat gigi yang mesra bayi, tidak mempunyai pewarna dan perisa tiruan.

Apa yang kamu suka?

  • Tidak mempunyai perisa tiruan; bahan pengawet; pemanis & pewarna
  • Rasa buah-buahan semulajadi
  • Bebas Fluorida selamat jika tertelan
  • Sesuai untuk bayi berumur 0-2 tahun

Dentepro Kids Fluoride Free Toothpaste

Ubat Gigi Bayi Terbaik Tanpa Pengawet

Ubat gigi ini mengandungi xylitol dan juga garam bukit serta tiada langsung bahan kimia. Ianya tidak mmberi kesan kepada mereka yang mengalami gigi dan gusi sensitif. Untuk info, xylitol merupakan gula asli dari tumbuhan bagi  menambah rasa manis pada ubat gigi dan tidak menyumbang kepada kaviti dan pereputan.

Dengan gabungan garam bukit dapat  memberikan perlindungan gusi dan gigi maksimum. Selain itu, ianya bebas fluorida dan tidak akan menyebabkan fluorosis gigi. Memberi pembersihan lembut pada gigi, dan tidak akan menyebabkan kerengsaan pada gigi dan gusi yang sensitif

Apa yang kami suka?

  • Sifar risiko pengambilan fluorida
  • Selamat jika tertelan secara tidak sengaja
  • Rasa blackcurrant yang lazat dan menjadi kegemaran setiap kanak-kanak
  • 100% tanpa pengawet

Perbandingan Harga Ubat Gigi Bebas Fluorida Untuk Cegah Fluorosis Gigi

Jenama Harga
Mama’s Choice Baby & Kids Toothpaste RM13.90
Botanique Kids Toothpaste by Himalaya Bubble Gum RM29.90
Little Innoscents Milky Toothpaste RM22.40
Colgate Kids Fluoride Free 0% Artificial Toothpaste 0-2 Years RM24.70
Dentepro Kids Fluoride Free Toothpaste RM12.90

Diharapkan dengan artikel ini, ia sedikit sebanyak memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana tentang penjagaan gigi si manja agar kekal kuat dan bersih, bebas daripada masalah fluorosis.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

Baca juga: Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

Baca juga: Bayi Belum Tumbuh Gigi? Jangan Panik, Cuba Ini Untuk Rangsang Pertumbuhan Gigi Si Manja!

Penulis

Farhana Fuad