5 perkara TIDAK patut berlaku apabila anda pilih ubat penahan sakit epidural

Apabila ubat penahan sakit ketika bersalin seperti epidural diberi dengan cara yang salah, ini boleh menimbulkan komplikasi kepada ibu dan bayi!

Jika ibu pernah melahirkan anak secara normal, ibu mungkin tahu betapa bestnya menggunakan ubat penahan sakit ketika bersalin. Apabila diberi dengan cara yang betul, ubat penahan sakit ini dapat mengurangkan kesakitan semasa kelahiran.

Walaupun jarang berlaku, apabila ubat penahan sakit ketika bersalin diberi dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Menurut WebMD, kajian mendapati hanya 3% dari 80,000 wanita yang memilih ubat penahan sakit ketika bersalin mengalami komplikasi.

Tetapi untuk menimba ilmu dan untuk menyediakan ibu-ibu tentang risikonya, di bawah antara 5 perkara yang boleh berlaku jika timbulnya masalah semasa menerima ubat penahan sakit ketika bersalin.

5 kesan ubat penahan sakit ketika bersalin

#1 Tusukan yang tidak sengaja atau dikenali sebagai “Wet Tap”

Keadaan ini berlaku apabila jarum epidural menusuk membran yang menutupi saraf tunjang dengan tidak sengaja, sehingga menyebabkan saraf tunjang bocor cairan.

Walaupun sangat jarang berlaku, menurut American Society of Anesthesiologists, kesannya ialah sakit kepala yang sangat teruk dan perlu dirawat dengan menggunakan prosedur bernama “blood patch“.

Prosedur ini menggunakan darah ibu itu sendiri yang kemudiannya disuntik ke dalam lubang itu. Apabila darah itu beku, ia akan menutup lubang yang ditusuk oleh jarum epidural dan menghentikan bocoran.

Prosedur ini hanya akan dilakukan jika cara rawatan seperti ubat penahan sakit, kafeina, dan cecair tidak berjaya.

#2 Jangkitan

Jangkitan jarang berlaku kerana jarum epidural telah disteril dan bahagian belakang ibu akan dicuci dengan larutan antiseptik sebelum jarum dimasukkan.

Namun, bakteria masih boleh masuk ke dalam pembukaan pada kulit dan menyebabkan jangkitan, lebih-lebih lagi kalau jangkitan berlaku di kawasan saraf tunjang!

Jangkitan boleh menyebabkan abses epidural dan di tahun 2006, Dateline melaporkan seorang wanita yang telah mendapat penyakit meningitis selepas mendapat jangkitan dari ubat penahan sakit ketika bersalin. Ibu baru itu telah maut selepas beberapa jam.

#3 Tekanan darah rendah

Ini adalah kesan yang paling biasa berlaku berbanding dengan kesan ubat penahan sakit ketika bersalin diatas. Oleh itu tekanan darah ibu selalu dipantau apabila sebelum kelahiran.

Epidural boleh menurunkan tekanan darah dengan tiba-tiba dan menjejaskan pengaliran darah kepada bayi dalam kandunga. Jika ini berlaku, ibu mengandung akan diberi cecair IV, oksigen dan ubat lain kata Persatuan Kehamilan Amerika.

#4 Demam

Masa yang diambil untuk bersalin boleh mengambil masa yang lama. Jika ubat penahan sakit ketika bersalin dipasang lebih dari 6 jam, ibu hamil boleh demam.

“Sebanyak 20% ibu hamil akan mengalami kenaikkan suhu badan. Ini sering berlaku pada kelahiran pertama kerana ibu-ibu yang bersalin kali pertama selalu mengambil masa yang lebih lama,” kata William Camann, M.D., pengarah anestesia obstetrik di Brigham dan Hospital Wanita di Boston.

Ibu hamil yang demam semasa melahirkan anak perlu menjalani beberapa ujian. Selain itu ibu dan bayi mungkin akan diberi rawatan antibiotik. 

#5 Kerosakkan saraf

Ngeri betul apabila orang kata kerosakkan saraf. Tetapi memang kita pun takut kalau doktor kata begitu. Macam mana kalau keadaan ini untuk selama-lamanya? Nasib baik kerosakkan saraf yang disebabkan oleh pemberian ubat penahan sakit ketika bersalin, hanya sementara sahaja.

“Risiko kecederaan saraf adalah sangat kecil,” kata Dr. Lozada pakar anestesia dan perubatan obstetrik di Universiti Northwestern Feinberg School of Medicine, “dan kesannya hanya selama beberapa minggu sahaja.”

****

Oleh itu ibu-ibu tidak perlu rasa takut ataupun ragu-ragu untuk menggunakan ubat penahan sakit ketika bersalin.

Risiko timbulnya kesan sampingan sebenarnya agak rendah. Adakah ibu-ibu memilih untuk menggunakan epidural semasa bersalin?

Adakah ibu-ibu mengalami kesan sampingan selepas menggunakannya ataupun baik-baik sahaja? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Romper

Baca juga: 

Epidural boleh mengurangkan kemungkinan kemurungan selepas bersalin

Penulis

Rosanna Chio