Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Lelaki & Perempuan Yang Istimewa, Buat Mereka Rasa Dihargai

Ucapan hari lahir untuk anak lelaki dan perempuan yang istimewa mampu membuatkannya rasa amat istimewa dan sentiasa dihargai dalam keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambutan hari lahir merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan anak kecil. Jika anda tidak sempat membelikan hadiah, tidak mengapa kerana ucapan hari lahir untuk anak dan sepotong kek sudah memadai sebagai tanda ingatan ibu ayah kepada mereka.

Setiap anak akan berasa gembira dan dihargai dalam keluarga. Bukan itu sahaja ia juga akan diingati sepanjang hidup mereka. Pertambahan usia anak-anak juga menandakan bahawa mereka semakin membesar dan boleh menguruskan diri.

Dalam kegembiraan ini, jauh dalam hati ibu ayah pastinya berasa agak sebak. Mana tidaknya, dahulu si manja masih dalam kendongan. Kini, mereka sudah boleh berjalan. Bahkan mungkin selepas ini anak tidak akan memanggil ‘Mama’ atau ‘Papa’ sekiranya inginkan sesuatu kerana sudah boleh pergi mendapatkannya sendiri.

Ucapan hari lahir untuk anak perempuan

Hanya setahun sekali, tidak salah untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak. Selain membuat sambutan, ibu ayah pastinya ingin memberikan ucapan hari lahir untuk anak lelaki atau perempuan sebagai tanda berterima kasih kepada mereka kerana telah membawa kebahagiaan dalam keluarga.

Berikut ucapan hari lahir untuk anak perempuan:

  1. Ketika kamu dilahirkan ke dunia ini dengan tangisanmu yang comel itu, ayah dan ibu berjanji akan menjagamu sepertimana kami menjaga dan membelai diri kami kerana kau adalah sebahagian dalam hidup ayah dan ibu. Selamat hari lahir sayang!
  2. Selamat ulang tahun malaikat kecil ibu dan ayah. Semoga sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah, membesar menjadi anak soleh dan disenangi oleh ramai orang.
  3. Selamat ulang tahun untuk bintang kecil yang paling bersinar dalam keluarga ini! Sejak awak lahir, keluarga kita semakin penuh dengan cinta dan kebahagiaan. Mama sayang sangat anak Mama tau!
  4. Tiada yang lebih indah di dunia ini melainkan ayah dan ibu memiliki puteri kami yang cantik manis ini. Keberadaanmu bersama kami telah mengubah kebahagiaan kami menjadi lebih bermakna selamanya sayang.
  5. Selamat hari lahir anakku. Semoga redha dan keberkatan Allah sentiasa mengirimu. Ingat, ayah dan ibu sentiasa menyayangimu dan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

Ucapan hari lahir untuk anak perempuan dalam islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. “Untuk buah hati Mama tersayang, kebahagiaan dan senyuman yang engkau miliki membuat kami lebih kuat. Semua yang terbaik untuk kehidupan dan masa depanmu akan Mama dan Papa berikan. Sebagai orangtua, kami berharap engkau menjadi anak lebih baik dan solehah dengan bertambahnya usiamu sekarang. Selamat ulang tahun ya, sayang.”
  2. “Apakah kamu tahu sayang, wajahmu mirip sekali dengan Mama waktu masih seusiamu. Tak hanya wajah, tetapi tingkah laku pun mirip. Namun, ada satu yang berbeza, iaitu masa depanmu yang akan lebih cerah dari Mama. Selamat ulang tahun, sayang.”
  3. “Barakallahu fii umrik, perhiasan hati kami sebagai orangtua. Selamanya kami selalu menyayangimu, sayangku. Semoga kehidupanmu selalu bahagia selamanya dan selalu diberikan keberkahan.”
  4. “Tidak ada nikmat yang paling indah selain umur yang panjang dan keberkatan yang telah Allah SWT berikan untukmu. Semoga di usiamu yang sekarang sentiasa dirahmati Allah dan segala yang dicita-citakan tercapai. Selamat ulang tahun, sayang.”
  5. “Barakallah fii umrik, anakku tersayang. Semakin bertambahnya usiamu, semakin Mama yakin kamu mampu menjalani kehidupanmu dengan baik. Semoga Allah selalu melindungimu di setiap langkah dan keputusan yang kamu pilih nanti.”

Ucapan hari lahir untuk anak lelaki

Berikut beberapa ucapan hari lahir untuk anak lelaki yang penuh dengan doa dan harapan ibu ayah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak lelaki kesayangan ibu dan papa. Kami sentiasa mendoakan abang diberikan kebaikan dalam hidup ini, dipanjangkan umur dan terus menempa kejayaan yang membanggakan.
  2. Kamu adalah harta yang paling berharga di dunia ini yang sentiasa menjadikan ayah dan ibu lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh kekuatan.
  3. Selamat Hari Lahir. Semoga selalu diberikan kesihatan yang baik. Semoga dengan bertambahnya umur, Allah SWT memberikan redha-Nya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum.
  4. Ucapan hari lahir untuk anak lelaki tersayang: Masa terlalu begitu pantas, kamu sudah besar. Tiada apa yang kami inginkan selain dari kasih sayangmu. Ketahuilah kasih sayang ibu bapa mu ini takkan pernah habis. Selamat ulang tahun kelahiran sayangku.
  5. “Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah. Selamat hari lahir anakku, jadilah seperti yang ibu ayah harapkan.”

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Deco Hari Jadi DIY Yang Bajet & Guna Modal Rendah, Ikut Tema Kesukaan Anak Lebih Meriah!

Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah

Baca juga: Pisang & Lilin Jadi Kek Hari Jadi, Anak Tetap Gembira Meskipun Ibu Ayah Tidak Mampu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan