Ombak tidak besar, cuma perahu kita yang kecil. Ujian Allah tidaklah berat mana, cuma iman kita sahaja yang lemah.
Namun jangan hanya minta diringankan ujian, sebaliknya pintalah diberi kekuatan iman saat menerima ujian. Bila diuji, adakah tuhan marah kepada kita? Kenapa bukan orang lain?
Ingatlah bahawa setiap ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan diri kita sebagai hambaNya seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun melalui laman Facebooknya.
Sebab Allah kirimkan ujian kepada hambaNya
Hikmah yang berselindung disebalik ujian
Setiap ujian itu ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Jadi, janganlah merasa rendah diri dan menyalahkan diri sendiri apabila ditimpa ujian kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Ada yang diuji dengan kemiskinan, diuji dengan kehilangan ibu bapa, ada yang diuji kehilangan harta benda, diuji dengan kehilangan pekerjaan, ada yang diuji dengan ujian perkahwinan tanpa zuriat dan bermacam-macam lagi.
Sesungguhnya, tiada anak itu bukan bererti kekurangan, ia hanyalah satu ketentuan Allah yang berbeza bagi setiap manusia. Allah cuma mahu melihat sejauh mana kita yakin dan berserah pada-Nya saat ditimpa musibah.
Doa yang boleh diamalkan ketika diuji
Apabila semua ujian itu membuatkan kita semakin dekat dan tinggi kebergantungan kepada Allah, serta membuatkan kita makin bersyukur, itu sebenarnya adalah rahmat dan hadiah yang besar dari Allah. Hadiah dari Allah tidak selalunya dibungkus indah.
Baca juga: Hikmah Perkahwinan Tanpa Anak, Ramai Suami Isteri Tetap Bahagia Meskipun Hidup Berdua
Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari
Baca juga: 4 Perkara Yang Allah Janjikan Bila Kehilangan @ Keguguran Anak, Usahlah Berterusan Bersedih