Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Suami Koma 2 Minggu, Isteri Dalam ICU & Bayi 2 Bulan Cirit Birit Berdarah

suami dalam koma sudah hampir dua minggu, isterinya yang baru habis pantang pula dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman. Begitulah ujian sakit dari Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sudahlah suami dalam koma sudah hampir dua minggu, isterinya yang baru habis pantang pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana jangkitan kuman. Begitulah ujian sakit dari Allah yang diberikan pada keluarga ini. 

Cerita ini telah dikongsi oleh seorang sepupu si mangsa di Facebook. Katanya sepupunya yang bernama Emmy Farhanah itu, mereka diuji maha hebat dengan ujian sakit dari Allah sejak melahirkan anak dua bulan lalu. 

Baru habis pantang, diduga hebat

Salam sahabat dan saudara semua… 

Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lg sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang. 

Apa yg cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik krn mmg ada masalah dgn paru² yg sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu. Skrg dlm keadaan koma… dlm x sedar dah hampir 2 minggu dah sbnrnya… sepupu saya fatin berharap yg suaminya boleh diselamatkan…  

Suami, isteri dan bayi 2 bulan masuk hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas suaminya dimasukkan ke hospital dan koma selama dua minggu, kemudian isterinya pula dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman. Ditambah pula tekanan yang dihadapi baru bersalin dan perlu menjaga dua orang anak kecil sendirian dek kerana suaminya terlentang di hospital tak sedarkan diri. 

mlm td pula.. sepupu saya fatin pula dimasukkan ke icu kerana  ada jangkitan kuman dlm darah… fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi… bila darah drop… fatin terus rebah sampai biru² muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian & tekanan emosi dlm keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… 

berat lg ujian.. dlm mereka suami isteri di icu… harini baby lak warded 😭😭😭 bbrp harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yg pergi hospital… rupanya baby pon x ok… dah la baby dr dlm pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tp x dpt ubati… hanya mengurangkan skit saja… anak sulung pon tgh tak sihat.. demamm… eczema teruk…  sian si abg… 😭😭😭 saat ini si abg dijaga oleh mak sedaranya… 

Ternyata ini satu ujian sakit dari Allah yang cukup berat perlu dipikul sepupunya ini. Bukan saja suami isteri ini yang dilanda penyakit, malah anak-anaknya juga dalam keadaan tidak sihat. Bayangkan bayi yang baru berusia dua bulan mengalami cirit birit berdarah dan terpaksa juga dimasukkan ke hospital tanpa jagaan ibu bapanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah anaknya yang sulung juga dikatakan mengalami ekzema serta demam. Nasib baik ibu saudara kanak-kanak itu ada dan dapat menjaganya. 

Meminta orang ramai mendoakan kesihatan keluarga malang ini

Wanita ini juga sempat meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan keluarga sepupunya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi… saya nak menyeru kpd insan² yg mengenali saya… pls doakan utk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat aizameen sedar dr koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak². Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yg dpt membalasnya.

Berat ujian sepupu saya tanggung 😭😭😭

Kuat dik fatin.. Along dan semua Family Haji Sahri sayang ko dik 😢😢😢 Sebak sgt..  saat ni rase mcm useless sgt sbb x boleh balik kg.. bg moral support kat family.. 😪😪

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih hiba, disebabkan PKPB yang masih berlangsung, keluarga terdekat mangsa tidak boleh pergi menjenguk, jadi hanya luahan di media sosial dan titipan doa mampu dikirimkan. 

Kita yang mendengar pun terasa sedih dan susah hati apatah lagi ahli keluarganya. Diminta para pembaca semua kirimkan doa buat keluarga ini agar dapat tempuhi tempoh sukar ini dan moga keluarga ini pulih sepenuhnya dan dapat menjalani hari-hari seperti biasa. 

Sumber: FB Emmy Farhanah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lahir Mati: Kisah Benar Kesakitan Dihadapi Ibu, Proses Penyembuhan & Cuba Hamil Lagi