Kontak Rapat Wanita Hamil Di Kelantan Negatif Covid-19, Akan Diawasi Ketika Hari Raya

Kebelakangan ini hangat diperdebatkan mengenai wanita hamil positif Covid-19 telah pulang ke Kelantan. Namun ujian saringan terhadap kontak rapat adalah negatif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa hari lepas, seorang wanita yang sarat hamil dikatakan positif Covid-10 telah pulang ke kampung halaman kerana ingin bersalin di Kelantan. Tindakan susulan telah diambil segera bagi mengekang penularan dengan melakukan ujian saringan terhadap 20 kontrak rapat termasuk anaknya yang baru berusia 3 tahun.

Walau bagaimanapun hasil ujian saringan didapati negatif ketika mengesan wabak tersebut.

Ujian saringan bagi mengelakkan tragedi Covid-19 di Kelantan

foto: medscape

 Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Zaini Hussin mengatakan didapati ada seramai 10 individu lain yang mempunyai kontak dengan pesakit berkenaan. Mereka akan menjalani ujian saringan lain dalam masa terdekat.

”Alhamdulillah setakat ini hanya mangsa sahaja yang didapati positif wabak Covid-19, manakala 20 orang termasuk anaknya yang berusia 3 tahun telah menunjukkan keputusan negatif,” jelasnya.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak sebarang kemungkin bahawa wanita malang terbabit yang tinggal di zon merah, Ampang telah melakukan perjalanan merentas negeri untuk bersalin anak keduanya di Kuala Krai, Kelantan.

Mangsa mungkin dijangkiti virus berkenaan daripada suaminya kerana dia hanyalah seorang suri rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdahulu Dr. Zaini menjelaskan tentang perkembangan terbaru kes Covid-19 yang telah dikesan di Kelantan seperti laporan oleh media tempatan semalam.

Ia adalah kes baharu wabak misteri ini selepas lebih sebulan negeri Kelantan diisytiharkan zon hijau dan bebas Covid-19.

Prosedur bersalin secara normal dan kontak rapat akan diawasi sepenuhnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: sabah post

Wanita sarat hamil 35 minggu itu hanya mengetahui positif Covid-19 selepas dia menjalani pemeriksaan rutin ibu mengandung di salah sebuah klinik kesihatan.

”Meskipun dia dijangkiti Covid-19, namun pesakit boleh bersalin secara normal dan tidak perlu menjalani pembedahan.”

”Selepas proses bersalin selesai, kami akan menjalankan ujian ke atas bayi yang mungkin berisiko menerima jangkitan sama. Apapun kami sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan mengatakan bahawa semua individu mempunyai kontak dengan wanita mengandung berkenaan perlu menjalankan tanggungjawab untuk kekal berada di rumah bagi mengelakkan penularan Covid-19 di negeri berkenaan.

Memandangkan sambutan hari raya bakal menjelma tidak lama lagi, mereka perlu bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri dengan keluar ke kawasan lain.

”Pihak polis juga akan memastikan kesemua mereka berada di rumah dan tidak menerima mana-mana tetamu ketika hari raya Aidilfitri.”

”Kami sentiasa mengawasi pergerakan mereka dengan lebih ketat termasuklah menjalankan pemeriksaan di rumah setiap dua jam sekali dalam memastikan kontak rapat ini tidak terlepas keluar berhari raya,” tegasnya.

Ibu kepada wanita hamil tampil merayu kepada orang ramai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kepada wanita sarat mengandung positif Covid-19 dari Kuala Krai telah mempertahankan kepulangan anaknya. Dia merayu agar orang ramai tidak terus mengecam di laman sosial.

Norazlina Abdul Rahim, 50, berkata anak perempuannya pulang ke kampung bukan untuk menyambut Aidilfitri, tetapi ingin bersalin.

”Tolonglah jangan kecam anak saya tanpa usul periksa. Dia pulang ke sini untuk melahirkan cahaya mata, bukan semata-mata menyambut hari raya,”

”Adalah sangat sukar buatnya untuk bersalin di Kuala Lumpur kerana suami bekerja dan mempunyai anak yang masih kecil,” jelasnya.

Tambah Norazlina lagi, anaknya berusia 32 tahun berkenaan mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijangka bersalin pada 19 Jun nanti.

”Sejak berita mengenai anak saya tular di Facebook, ramai telah mengecam tindakannya yang dianggap sebagai pembawa tragedi di Kelantan. Sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia meluahkan pada mulanya wanita hamil tersebut berasa cukup tertekan sehingga nekad untuk nyahaktifkan akaun Facebook. Namun keadaannya kembali stabil selepas dia dan suami memujuk untuk bertenang dan tidak mengendahkan kecaman tersebut.

”Saya sentiasa menasihati anak agar menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah dia kini dalam keadaan sihat dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” ujarnya

Sumber: Malaysia Kini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comvirus-batuk