Selalu Sangat Tersalah Ukuran Baju Raya Kalau Beli Online, Ini 10 Tips Cara Ukur Badan Dengan Tepat!

Ukuran baju ketika membeli secara atas talian penting supaya muat dipakai ketika hari raya Aidilfitri tak lama lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri, salah satu kegusaran bagi golongan wanita adalah membeli baju raya atas talian kerana selalu sangat salah ukuran baju. Apatah lagi jika saiz badan kita berbadan sedikit gempal. 

Sebelum membeli baju online, kita hendaklah mengukur saiz dan mengambil ukuran badan terlebih dahulu supaya memudahkan kita pilih baju secara atas talian.

Tidak dinafikan, memang mudah untuk kita membeli baju kerana semuanya di hujung jari, tetapi yang menjadi masalahnya agak sukar untuk mengagak kalau-kalau kita muat dengan baju atau tidak. 

Ini kerana, saiz dan ukuran baju yang terdapat di pasaran semuanya berbeza walaupun sama labelnya iaitu S, M, L, XL & XXL.

Boleh jadi bahu jatuh, kain senteng, ketat pada bahagian dada, terlalu longgar dan macam-macam hal lagi lah! 

Mungkin kerana cara kita ukur tu tak tepat dan penggunaan tali ukur juga sebenarnya berbeza menyebabkan saiz boleh jadi lari dari ukuran yang standard.

Bagi mengelakkan tersalah beli saiz baju dan perkara sama berulang lagi, Ida Ismail, tukang jahit baju berkongsi tips beli baju online mengikut ukuran yang betul. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Cara mengambil ukuran badan yang betul

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Mulakan dengan mengambil ukuran bahagian atas seperti bahu dan dada. Sebaiknya ambil semua ukuran ngam-ngam supaya boleh mengetahui sama ada nak longgar atau ketatkan ukuran badan pada bahagian tertentu.

1. Bahu

Diukur di bahagian belakang mulakan dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Dada

Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.

3. Pinggang baju

Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.

4. Pinggang kain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur dibahagian tersebut.

Pastikan anda mengukur saiz pinggang yang tepat kerana ia menentukan anda muat pakai pakaian tersebut. Jika tersalah ukur boleh buatkan baju tidak dapat digunakan. Kan dah membazir pula!

5. Punggung

Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut. Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi. Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut.

6. Labuh lengan

Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Leher

Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.

8. Labuh baju

Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.

9. Labuh kain

Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki (tidak memakai kasut). Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.

10. Labuh jubah

Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.

 

Pastikan anda ukur betul-betul ya. Jika anda membeli baju raya untuk anak kecil pastikan anda membeli satu saiz lebih besar baju raya anak supaya dapat dipakai lama walaupun saiz bertambah.

Ukuran baju yang terlalu kecil atau terlalu longgar akan membuatkan hilang mood untuk beraya sakan nanti! 

Facebook : Ida Ismail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Main Beli, Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Design Baju Raya Mengikut Bentuk Badan

Baca juga: Tips Cari Baju Raya Anak & Promosi Baju Poney Sempena Perayaan Ini!

Baca juga: Hamil Kali Pertama? Ini 7 Tips Berguna Untuk Memilih Baju Mengandung Agar Kekal Cantik & Sopan!

Penulis

Noorhidayah