Ini Sebabnya Kenapa Pasangan Suami Isteri Mesti Sambut Ulang Tahun Perkahwinan!

Anda merasakan ulang tahun perkahwinan adalah benda yang tidak penting? Berikut antara sebab kenapa anda patut mengubah fikiran dan menyambutnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba sambutan ulang tahun hari jadi memang ramai yang ternanti-nanti, siap pergi bercuti, buat majlis dan sebagainya. Namun apabila ulang tahun perkahwinan tak ramai pasangan berkahwin yang teruja untuk menyambut. Lihat saja ibu ayah kita, adakalanya lupa terus!

Sambut ulang tahun perkahwinan amat penting untuk keharmonian rumah tangga

Bagi sesetengah pasangan, menyambut ulang tahun perkahwinan bukanlah perkara yang penting sangat pun. Kadang-kadang sampai ada yang lupa dengan ulang tahun ini.

Namun, tahukah anda yang menyambut ulang tahun perkahwinan suami isteri itu sebenarnya amat penting untuk kebahagiaan rumah tangga anda? 

Ha… jangan terkejut. Tapi pakar sendiri telah menyarankan suami isteri untuk meluangkan sedikit masa bagi menyambut ulang tahun perkahwinan masing-masing. Tapi mengapa?

Kami akan menjelaskannya seperti di bawah ini.

1. Memperingati hari anda berjanji membina komitmen

Kredit: Daily Mail

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masih ingatkah anda dengan hari bersejarah di mana anda dilayan bak princess dan prince satu masa dulu? Saat anda dan suami berjanji untuk membina komitmen dengan pasangan?

Saat suami mencium lembut dahi anda ketika akad nikah… Aduh, syahdunya! 

Sebab itu suami isteri digalakkan untuk menyambut ulang tahun pernikahan mereka. Ini untuk mengingatkan yang kalian pernah berjanji untuk sehidup semati. Kalian pernah berjanji untuk melalui setiap harungan dan cabaran bersama. Susah atau senang. 

Menyambut ulang tahun perkahwinan bukan perlu berbelanja besar pun. Cukuplah sekadar makan malam, ataupun pergi tengok wayang.

Atau jika ibu bapa tiada masa sangat, kalian boleh saja menghabiskan masa di rumah dengan makan makanan kegemaran kalian dan duduk bersembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sambut ulang tahun perkahwinan untuk meraikan pernikahan

Anna Surti Ariani, pakar psikologi perkahwinan mendedahkan, menyambut majlis ulang tahun pernikahan merupakan salah satu cara untuk bersyukur dengan apa yang telah terjadi.

Merayakan ulang tahun ini memberi kesempatan untuk suami isteri saling menilai dan mengimbas kembali cabaran hidup mereka,

Tapi selalunya isteri yang lebih banyak mengingati tarikh ulangtahun ini. Namun, tidak salah pun jika anda mengingatkan suami beberapa hari sebelum ulang tahun itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidaklah anda merajuk ketika dia lupa nanti!

Gunakan sambutan ulang tahun perkahwinan ini untuk menilai bagaimana rumah tangga anda. Apa yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu dilakukan untuk menjamin lebih kebahagiaan? Apa pula rancangan masa depan yang kalian mungkin mahu? Adakah ingin tambah anak ataupun beli rumah?

Sambutlah dengan penuh kesyukuran kepada Tuhan

Kredit: Pixabay

Apa yang lebih penting, sambutlah rumah tangga yang dibina anda berdua itu untuk menunjukkan rasa bersyukur pada Tuhan.

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, menyambut ulang tahun setiap tahun pasti amat memenatkan. Jadi, cubalah cara yang berlainan setiap kali menyambutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kunci di sini adalah untuk bersama pasangan dan menilai perhubungan. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, dalam pelbagai bentuk! 

Suami isteri hanya perlu kreatif saja.

Idea untuk menyambut ulang tahun perkahwinan

#1. Ambil cuti

Tak payah pergi bercuti pun tak mengapa, tapi anda boleh saja ambil cuti dan duduk di rumah, memasak hidangan istimewa bersama, dan order kek melalui Grab atau Food Panda! Anak-anak pun tentu teruja.

#2. Staycation

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terokai saja tempat percutian yang dekat-dekat yang 10 minit jauh dari rumah pun tak mengapa. Asal tukar pemandangan sikit dan anda boleh nikmati momen-momen bersendirian. Kalau nak lebih intimate bawa lilin aromaterapi dan bath bomb ya!

#3. Keluar makan malam

Pergi restoran yang masa dulu-dulu bercinta selalu pergi. Tak payah yang mahal-mahal pun. Kalau boleh tinggalkan anak-anak dekat penjaga sekejap, kalau tak boleh angkut saja! Memori seperti ini kalau dikenang

Apa pendapat anda? Selalu apa yang kalian buat untuk menyambut ulangtahun perkahwinan anda?

Kredit gambar: vjapratama 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Sebab Perlu Sayang Pasangan Lebih Daripada Anak

Penulis

Ayu Idris