4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak

lead image

Anak anugerah Tuhan untuk menyeri hidup. Tapi, bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia, anda harus sayang pasangan lebih daripada anak. Mereka jantung hati namun pasangan adalah jiwa yang melengkapkan.

Lebih sayang pasangan daripada anak? Mana mungkin! Anak memerlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Tapi, pasangan boleh menjaga dirinya sendiri. Itu fikiran saya dulu. Namun perkongsian yang saya jumpa ini membuka mata saya tentang cinta adalah tunjang utama sebuah keluarga bahagia.

Jangan salah faham. Anak adalah jantung hati yang harus diberi perhatian sepenuhnya. Akan tetapi, keluarga bahagia terbentuk daripada hubungan yang sihat. Tugas membesarkan anak adalah untuk mengajar mereka erti kasih sayang dan moral supaya mereka menjadi dewasa yang berguna.

Oleh itu, hubungan suami isteri yang sihat lebih utama, bagi menghasilkan persekitaran yang bernas buat anak-anak. Ibubapa yang bermasalah menyebarkan persekitaran yang tidak sihat lalu mereka akan membesar dengan rasa takut, tidak yakin, dan trauma.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/WhatsApp Image 2017 02 10 at 13.20.30.jpeg 4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak

Keluarga bahagia hasil daripada hubungan yang sihat.

Perkahwinan yang bahagia walau dilanda pancaroba memiliki satu asas penting – CINTA. Ibu saya telah berkahwin selama 49 tahun. Saya ingat satu perkara: Bila abah pulang dari kerja, dia akan peluk ibu dulu. Bila waktu makan, saya dan ibu akan tunggu abah. Kami tunggu abah bukan untuk berkumpul, tapi sebab ibu mahu makan sama-sama dengan abah. Cinta itu suci, bukan?

Jadi mengapa anda perlu sayang pasangan lebih daripada anak? Berikut adalah sebabnya:

  • Perkahwinan yang sihat mahkota keluarga yang bahagia

Keluarga yang terbina kini hasil pengorbanan dan kasih sayang antara anda dan pasangan, bukan anak-anak. Mereka penyambung generasi, namun kalian yang menjayakan hubungan sihat ini. Sebagai ketua keluarga, bentuk sebuah keluarga bahagia untuk persekitaran yang sihat buat mereka.

  • Membentuk contoh untuk masa depan

Tugas ibubapa adalah untuk mendidik. Sebab itu, anda harus menjadi ‘contoh’ buat mereka. Mereka memandang tinggi akan anda. Dari anda mereka mengenal dunia. Mereka harus faham hubungan yang sihat itu penting. Tunjukkan pada mereka nilai kasih sayang yang sebenar. Kajian membuktikan mereka akan lebih berkeyakinan apabila memahami erti kasih sayang sebenar.

  • Mereka benih cinta anda

Anak ini benih cinta kalian berdua. Mereka lahir atas dasar cinta. Jadi, mana mungkin anda harus lupa rasa cinta itu! Ingat bagaimana asyik dilamun cinta? Bergayut di telefon, tersenyum seorang diri, keluar dengan pasangan buat pertama kalinya. Selepas berkahwin, benih cinta kalian berdua menjadi penyeri hidup. Oleh itu, jangan lupa rasa cinta anda berdua itu!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/WhatsApp Image 2017 02 10 at 13.20.30 1.jpeg 4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak

Meniti usia tua bersama

  • Meniti usia tua bersama

Anak yang ditatang seperti minyak yang penuh ini akan membesar akhirnya. Mereka akan berkerjaya, membina keluarga sendiri dan menjadi insan yang berguna. Yang tinggal kini siapa? Anda dan pasangan. Kalian yang akan meniti usia tua bersama-sama. Sebab itu, hubungan cinta anda berdua harus sentiasa sihat dan kuat.

Jadi, bagaimana ingin menyemarakkan lagi rasa cinta antara anda dan pasangan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/WhatsApp Image 2017 02 10 at 13.20.29.jpeg 4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak

Semarakkan rasa cinta anda

Cara menyemarakkan rasa sayang antara pasangan

Giuliana Rancic, wartawan The E! melaporkan hubungan cinta dalam perkahwinan sering pudar kerana – pergaduhan, masalah kewangan, perbezaan cara membesarkan anak dan masalah seks. Bagi membentuk hubungan perkahwinan yang sihat, anda boleh –

  1. Membuat peraturan (cth: anak masuk tidur lebih awal. Nikmati masa berdua-duaan dengan pasangan)
  2. Peluk, pegang tangan dan katakan ‘I love you’ pada pasangan lebih kerap, di hadapan anak-anak
  3. Kirim pesanan ringkas untuk menggoda pasangan
  4. Pastikan kamar anda zon “bukan untuk anak-anak”. Terangkan pada mereka, anda perlukan ruang.
  5. Keluar dating berdua dengan pasangan – sebulan sekali (jika tidak sibuk)

BACA JUGA: Kembalikan Keintiman Selepas Bersalin

Sumber: Babble website, Success.com, Fox News Magazine, theAsianparent Malaysia