Ibu ini jumpa ulat sampah dalam biskut yang dimakan anaknya!

Seorang ibu menemui ulat dalam makanan bayi dari jenama yang sering dibeli untuk anaknya. Pastikan anda ikut garis panduan sebelum beri anak makan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu terjumpa ulat dalam makanan bayi anaknya!

Seorang ibu dari Singapura, Kim Nga Nguyễn baru-baru ini terkejut apabila menemui ulat dalam makanan bayi!

Lebih mengejutkan ialah apabila ulat dalam makanan bayi itu datang dari jenama yang dipercayainya! Beliau dipetik mengulas - 

"Saya telah beri anak saya puri buah dari jenama ini selama lebih setahun dan ini kali pertama saya beri anak saya biskut dari jenama ini!"

"Tolong berhati-hati", Kim beri amaran pada ibu bapa lain.

Kim juga telah memberitahu syarikat tersebut, Agensi Persekitaran Negara (NEA) dan Penguatkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar (AVA) tentang isu ulat dalam makanan bayi ini.

"Pegawai dari AVA dan pengedar Little Freddie di Singapura telah menghubungi saya dan mereka tahu tentang isu ini dan sedang menyiasat perkara ini."

Biskut tersebut akan luput hanya pada 08/01/2019. Jadi bagaimana ia ada ulat dalam makanan bayi ini? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ulat dalam makanan bayi: Garis panduan keselamatan makanan bayi

Bayi dan kanak-kanak lebih terdedah pada penyakit yang dibawa oleh makanan kerana sistem imunisasi mereka masih lemah.

Ini beberapa langkah mudah yang patut anda lakukan sebelum menyediakan atau memberi makanan bayi:

  • Perkara yang paling penting ialah basuh tangan anda

Sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan, selepas menggunakan tandas, menukar lampin atau memegang haiwan. Malah, jangan lupa untuk membersihkan semua peralatan dan perkakas.

  • Periksa bungkusan makanan bayi komersial sebelum dihidangkan. Sentiasa pastikan anda periksa tarikh luput!

Untuk makanan dalam balang: Pastikan penutup keselamatan masih belum dibuka. Buang balang yang tidak mengeluarkan bunyi "pop" apabila dibuka atau balang yang retak atau penutup yang berkarat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: Today's Parent

Untuk makanan dalam plastik: Buang bungkusan yang bocor. Sebelum anda beri pada anak, pastikan anda sudah periksa makanan tersebut.

Jangan letak makanan bayi ke dalam peti sejuk jika tidak habis. Tip: Jangan suap anak makanan terus dari balang, air liur dari sudu mungkin akan buat makanan tercemar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, letakkan sedikit makanan dalam pinggan, mangkuk yang bersih dan selebihnya simpan dalam peti sejuk.

  • Jangan kongsi sudu. Jangan letakkan sudu anak anda di mulut anda atau orang lain.
  • Jangan tinggalkan makanan bayi terbuka di suhu bilik lebih dari 2 jam. Baktetia berbahaya tumbuh dengan cepat dalam makanan bersuhu bilik.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar