UPT Negatif Tapi Mengandung, Doktor Jelaskan 7 Sebab Ia Terjadi Pada Sesetengah Ibu

Upt negatif tapi mengandung dialami sesetengah wanita yang disebabkan oleh hormon hCG dalam badan berubah dari pekat menjadi cair

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urine Pregnancy Test (UPT) merupakan ujian air kencing yang akan dilakukan oleh wanita untuk mendapatkan keputusan hamil atau tidak. Namun ada dalam kalangan wanita yang mendapat UPT negatif tapi mengandung.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • UPT negatif tapi mengandung wanita ini ajukan soalan
  • Hormon hCG menjadi faktor positif dan negatif
  • Punca UPT negatif tapi mengandung

Mereka mengalami simptom kehamilan iaitu terlepas haid, loya, muntah, lemah badan dan pening-pening.  Tetapi apabila UPT dijalankan berkali-kali hanya jawapan negatif diterima.

UPT negatif tapi mengandung, mengapakah ia boleh berlaku?

Hal ini telah ditanyakan oleh seorang wanita berumur 30 tahun kepada Dr Sri Viknarajan. Dia memberitahu selepas 6 minggu terlepas haid badannya mula menunjukkan simptom hamil.

Dia telah menggunakan UPT seperti mana arahan diberikan manual, malangnya percubaan itu mendatangkan hasil negatif. Walau telah mencuba UPT berulang kali tetap dia menerima jawapan negatif.

Apabila suami membawanya ke hospital untuk pemeriksaan, barulah hasil positif diperoleh doktor juga mengesahkan kandungan mencecah usia usia 9 minggu.

Dia juga bimbang jika keputusan negatif UPT itu merupakan sesuatu yang serius atau kesan dari penyakit lain.

Hormon hCG menjadi faktor penentu postif dan negatif

Dr Sri Viknarajan menjawab soalan wanita itu dengan memberitahu bahawa hasil UPT negatif berulang kali membuktikan bahawa seseorang wanita itu tidak hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peluang hamil kurang dari 1-2% untuk mereka yang mendapat hasil negatif setelah seminggu atau haid lewat.

UPT positif memang menunjukkan seseorang wanita itu hamil. Namun hasil ujian UPT yang negatif juga boleh membawa maksud hamil. Ini kerana, hormon hCG selalunya berganda setiap 48 jam di awal kehamilan.

Maka, UPT yang dibuat pada hari isnin dengan hasil negatif boleh bertukar menjadi positif pada hari rabu.

Faktor kepekatan hormon hCG dalam air kencing juga memainkan peranan.  Air kencing yang pekat pada waktu pagi berhasil memberikan jawapan positif berbanding ketika mana air kencing mula menjadi cair. Ia membawa hasil negatif.

Dr Sri Viknarajan juga menyatakan bahawa ujian darah adalah ujian terbaik untuk mengesan awal kehamilan. Tempoh proses implantasi kehamilan juga menjadi faktor untuk mendapat hasil positif.

Beliau turut menjelaskan bahawa tempoh 3 atau 4 hari proses implantasi iaitu 10 hari setelah persenyawaan di antara sperma dan ovum berlaku dan jangkaan haid sebelum 4 hari takkan tunjukkan result positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian kehamilan yang positif dalam kiraan 2 hari sebelum haid seterusnya dilalui sebanyak 51% wanita. Malangnya, dalam sesetengah kes UPT negatif namun tetap hamil berkemungkinan menjadi tanda aras kesihatan. Pemeriksaan susulan dari doktor amat digalakkan.

Punca UPT negatif tapi mengandung

Ada 7 sebab kenapa UPT negatif tapi tetap mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Ambil ujian kehamilan terlalu awal.

#2. Ujian kehamilan rosak.

#3. Mengandung kembar atau kembar tiga.

#4. Ada penyakit Trophoblastik Gestational/Gestational Trophoblastic Dissease (GTD).

#5. Alami Kehamilan Ektopik (Ectopic Pregnancy) di mana ia tundakan penghasilan hCG.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Haid yang tidak teratur dan ovulasi lewat.

#7. Tidak patuhi arahan yang diberikan.

Pada awal kehamilan mungkin adalah sukar untuk dikesan sama ada anda mengandung ataupun tidak, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman kali pertama.

Adalah lebih baik untuk anda merujuk doktor di klinik berhampiran bagi mendapatkan jawapan yang sebenar. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tahniah! Fazura Sah Hamil 4 Bulan, Lepas 3 Kali Buat Ujian Kehamilan

Baca juga:  Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

Baca juga: 11 Tahun Wanita Ini Dituduh Mandul & Nyaris Diceraikan, Ujian Sperma Suami Bongkar Kebenaran!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof