Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

Seorang ibu memuatnaik video yang menunjukkan dia sedang membuat coklat gelap dan coklat putih menggunakan uri bayi anaknya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda melayari internet dalam masa yang lama, sudah tentu anda akan terjumpa benda-benda pelik yang berlaku. Tapi ini bukan sahaja pelik, tapi jijik! Wanita ini buat coklat menggunakan uri bayi!

Siapa yang tak sukakan coklat? Lagi-lagi coklat yang orang hadiahkan. Tapi, mungkin lepas ini kita kena fikir dua kali sebelum makan coklat atau menerima sebarang hadiah berbentuk coklat.

Guna uri bayi untuk buat coklat, ibu ini bikin gempar

Kiley Whitworth, seorang ibu yang berasal dari Georgia telah memuatnaik video di Snapchat yang berkongsi tentang resepi membuat coklat gelap dan coklat putih menggunakan uri bayi.

Dia mendakwa yang coklat tersebut akan memperbaiki kesihatan selepas bersalin dan menambah yang rasanya juga sedap.

Kiley memberitahu yang dia dibantu oleh doula (orang yang memberikan sokongan fizikal dan emosi semasa hamil dan bersalin) untuk pengalaman yang pelik ini. Doula ini membantu Kiley menyiapkan uri bayi dan tali pusat ini.

Video yang sedikit ganas ini menunjukkan bagaimana mereka mengukus uri, memotongnya menjadi kecil dan meletakkan di dalam dehydrator untuk dikeringkan.

Hasilnya, ketulan gelap kehitaman yang kemudiannya dihancurkan menjadi serbuk.

Serbuk itu kemudian dicampurkan ke dalam mangkuk yang berisi oreo hancur. Pada ketika ini, jika anda mampu menahan perut anda dari muntah, prosesnya mula nampak seperti membuat coklat biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas itu, coklat ini dibentuk menjadi bentuk hati dan bulat. Hasilnya, ia nampak seperti coklat biasa yang kita selalu beli di pasaraya.

Netizen rasa terganggu dengan video ini dan meluahkan perasaan mereka di Twitter

Pengguna ini membuat keputusan untuk uninstall aplikasi Facebook selepas melihat video ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengguna ini pula merasakan yang dia sudah terlalu lama melayari internet dan sudah tiba masanya untuk dia berhenti.

Tengok video ini semasa baru bangun tidur? Memang buat kita tak nak makan sarapan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakkan dari mereka meluahkan rasa jijik dan geli apabila mereka melihat video tersebut di timeline Facebook mereka.

Ini adalah video yang dikongsikan oleh Kiley ini. (Jika anda nak tengok)

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Asian Money Guide

Baca juga:

my.theasianparent.com/resepi-makanan-bayi-1-tahun/

Penulis

Nadia Ghafar