Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah - Kajian

Doktor mengesahkan urutan lembut kepada bayi boleh membuatkan mereka rasa lebih tenang dan kurang meragam apabila melalui prosedur yang menyakitkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa, apa kata anda berikan urutan kepada bayi terutamanya sebelum aktiviti yang memberi tekanan kepada mereka seperti vaksinasi? Kajian baru-baru ini membuktikan urut bayi memberi banyak manfaat!

Ia menjadikan mereka rasa lebih baik semasa melalui prosedur yang menyakitkan atau ketika menghadapi tekanan.

Kajian ini dijalankan dengan memantau aktiviti otak 32 bayi sebelum dan selepas ujian darah. Separuh dari kumpulan bayi ini diusap dengan berus lembut terlebih dulu. Bayi ini menunjukkan kekurangan aktiviti 40% kurang di otak mereka.

Kadar kelajuan mengusap bayi ini mengaktifkan kelas neuron deria dalam kulit yang dipanggil C-tactile afferents. C-tile afferents juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan kesakitan pada orang dewasa juga!

Urut Bayi Anda Sebelum Ujian Darah Atau Vaksin: Ini Kebaikkan Urutan Untuk Bayi

Amalan berasaskan sentuhan telah membuktikan dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa dan bayi.

“Kajian menunjukkan sentuhan boleh menguatkan bonding anak dan ibu bapa, mengurangkan tekanan, dan mengurangkan tempoh tinggal di hospital,” kata Dr Rebeccah.

Langkah seterusnya adalah menjalankan kajian ini pada bayi pramatang. Laluan deria mereka masih berkembang dan apabila prosedur perubatan menjadi kurang sakit, pastinya ia akan memberi manfaat kepada bayi-bayi ini.

“Kami sudah tahu sentuhan positif – seperti penjagaan kulit ke kulit – boleh memberi perbezaan yang ketara kepada bayi dalam NICU. Ia juga membantu para ibu bapa untuk lebih mengenal bayi mereka,” kata Caroline Lee-Davey, ketua eksekutif bayi pramatang di Hospital Bliss.

Bliss membiayai Universiti Oxford untuk melakukan lebih banyak penyelidikan khusus untuk mengurangkan kesakitan pada bayi pramatang melalui sentuhan ibu bapa.

Urut Bayi: Panduan Mengurut Bayi Anda 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Freepik

  • Panaskan minyak atau krim kecil dengan menggosoknya di antara telapak tangan anda.
  • Gosokkan di permukaan kulit bayi anda dengan lembut, bermula dengan kakinya.
  • Dari kaki, teruskan urutan menuju ke bahagian atas badan si kecil
  • Untuk dada dan perut bayi, letakkan tapak tangan anda secara lembut di tengah-tengah badannya.
  • Gunakan hujung jari anda untuk membuat bulatan ke arah luar.

Apa kata anda cuba lakukan urutan kepada si kecil anda selepas dia mandi, tentu dia akan berasa lebih selesa dan tenang untuk menjalani hari yang baru. Malah tidurnya juga lebih tenang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Elaine Boey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman