TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pantang Letak, Baby Mesti Menangis! Ini 8 Cara Untuk Tanganinya

4 min bacaan
Pantang Letak, Baby Mesti Menangis! Ini 8 Cara Untuk Tanganinya

Bayi menangis bila di letak? ini adalah situasi yang selalu dialami oleh para ibu setelah ada anak kecil di rumah. Ini apa yang boleh anda buat...

Apabila baru ada anak kecil di rumah, ibu ayah pasti akan terganggu sedikit terutamanya bila bayi susah tidur, kembung perut dan yang paling perit – bayi menangis bila di letak. 

Hanya nak berdukung saja! Alahai sayang, penatlah mama… Sekiranya bayi menangis bila di letak, anda mungkin hanya boleh berehat ketika si kecil tidur. 

Namun sebenarnya, bayi menangis bila di letak adalah keadaaan normal bagi bayi baru lahir. 

Hal ini kerana, bayi memerlukan sentuhan fizikal yang cukup dalam masa beberapa bulan pertama  kehidupan mereka. Sesetengah pakar memanggil bulan ini sebagai ‘trimester keempat’ ibu. 

Dalam tempoh tersebut, adalah penting anda pegang bayi sepanjang masa. 

Bayi menangis bila di letak: Itulah kesan trimester keempat  

bayi menangis bila di letak, penjagaan bayi baru lahir, bayi baru lahir, baby baru lahir, bayi baru dilahirkan, penjagaan tidur bayi, penjagaan tidur baby, cara tidurkan baby, keselesaan bayi baru lahir, penjagaan bayi yang selamat dan selesa, bayi menangis bila tidak didukung, bayi minta di dukung, bayi minta dipeluk

Bagi bayi baru lahir, peralihan dari rahim ke dunia sebenar boleh jadi agak mencabar. Si kecil itu seolah-olah belum bersedia untuk ke dunia luar. 

Ialahkan… Sepanjang sembilan bulan, mereka hidup dalam suasana yang aman, gelap, hangat dan kekal 37 darjah celcius. 

Saat itu mereka tak perlu sesuaikan diri dengan lampin dan buaian. Si kecil itu menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan tidur. 

Namun secara tiba-tiba aktiviti ini berubah. Bayi anda sekarang perlu menyesuaikan diri dengan bunyi dan suasana baru. Dia tidak lagi berhubung dengan ibunya seperti dalam kandungan. 

Atas faktor ini, si kecil cemas dan memaksa dia untuk menimbulkan ‘jam penggera’ ketika ditinggalkan sendirian. 

Dia hanya perlukan anda untuk segalanya terutama keselesaan. 

Ketika mencari keselesaan itu, dia akan berasa gugup lalu bayi menangis bila di letak. Dia ingin terus dikendong dan dipegang oleh ibunya. 

Bayi menangis bila di letak – 8 penjagaan bayi baru lahir 

bayi menangis bila di letak, penjagaan bayi baru lahir, bayi baru lahir, baby baru lahir, bayi baru dilahirkan, penjagaan tidur bayi, penjagaan tidur baby, cara tidurkan baby, keselesaan bayi baru lahir, penjagaan bayi yang selamat dan selesa, bayi menangis bila tidak didukung, bayi minta di dukung, bayi minta dipeluk

Kredit: Sirap Limau

Ini antara 8 aktiviti yang boleh anda cuba supaya si kecil selesa tanpa perlu berdukung sepanjang masa:

Atasi bayi menangis bila di letak #1 Tiru pergerakan rahim 

Ketika dalam kandungan, bayi mengalami pergerakan lembut ketika anda bergerak. Oleh itu, untuk tenangkan si kecil, anda boleh menggoyangkan mereka dalam buaian atau cuba perlahan-lahan berjalan dengannya. 

Pergerakan ini seolah-olah sama seperti tindakan dalam rahim sekaligus membuatnya rasa selamat. 

Atasi bayi menangis bila di letak #2 Bunyi bising 

Bayi sering mendengar suara ibu dari dalam rahim. Tapi setelah dilahirkan, mereka dapat dengar banyak bunyi dengan jelas. Ia boleh buatnya keliru.

Pilihan yang baik adalah bermain muzik lembut di sekelilingnya seperti mengalunkan selawat ke atas Nabi atau nyanyi lagu dodoian seperti Anakku Sayang. 

Atasi bayi menangis bila di letak #3 Posisi bayi 

Satu lagi cara adalah dengan cuba pelbagi posisi mendukung bayi. Misalnya, anda kendong bayi dengan mendakap di bahagian perutnya. 

Atasi bayi menangis bila di letak #4 Pola penyusuan 

Jika bayi lapar, tiada apa yang dapat tenangkannya selain minum susu.

Kadang-kadang, bayi mungkin tidak lapar dan hanya mahu minum secukupnya atau “menghisap” supaya rasa selesa. 

Atasi bayi menangis bila di letak #5 Bedung 

Bedung adalah amalan membalut bayi dengan selimut supaya si kecil rasa selesa dan dapat menyekat pergerakan anggota badannya. 

Dia akan rasa seolah berada dalam rahim ibunya. Namun, anda perlu berhati-hati dan bedung dengan betul. Jangan terlalu ketat dan berhati-hati jika bayi sudah boleh berguling. 

Atasi bayi menangis bila di letak #6 Mandian hangat 

bayi menangis bila di letak, penjagaan bayi baru lahir, bayi baru lahir, baby baru lahir, bayi baru dilahirkan, penjagaan tidur bayi, penjagaan tidur baby, cara tidurkan baby, keselesaan bayi baru lahir, penjagaan bayi yang selamat dan selesa, bayi menangis bila tidak didukung, bayi minta di dukung, bayi minta dipeluk

Kredit: Baby Center

Mandian hangat dapat tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit yang membuatnya rasa lebih selamat. Malah ia adalah bonding time yang terbaik buat ibu dan anak.

Atasi bayi menangis bila di letak #7 Pakai  baby carrier/penggendong bayi 

Dengan menggunakan baby carrier juga, ia dapat membantu menenangkan si kecil yang tak mahu diletak ke bawah. 

Menurut kajian, bayi yang dipeluk dan dipegang sepanjang hari kurang cerewet berbanding bayi yang hanya dipegang ketika menyusu.

Atasi bayi menangis bila di letak #8 Tidur bersama bayi 

Antara kuasa ajaib lain yang boleh mengurangkan tangisan bayi adalah tidur bersamanya. Hal ini kerana, jika ibu tidur bersama si kecil itu dia lebih cepat tidur dan lama. 

Penjagaan bayi baru lahir, ini apa parents patut tahu 

  • Lihat sama ada si kecil itu bimbang berseorangan atau hanya mencari keselesaan. 
  • Anda perlu ikut naluri ibu dalam melakukan sesuatu perkara pada tahun pertama kehidupan bayi anda. 
  • Jangan rasa dukung dan pegang bayi itu sesuatu yang membebankan hingga buat anda rasa stres melampau.
  • Jika anda terlelap atau letih menjaga si kecil, minta suami atau pembantu untuk memegang bayi sementara waktu. 

Walau bagaimanapun, jangan merasakan bayi menangis bila di letak satu beban kerana anda pasti akan merindui saat ini suatu hari nanti. Jadi, hargai waktu ini sebaiknya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Enfa.co.id 

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

https://my.theasianparent.comjenis-tangisan-bayi-perlu-tahu/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Pantang Letak, Baby Mesti Menangis! Ini 8 Cara Untuk Tanganinya
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham