Urut Kaki Ketika Hamil Adakah Selamat?Elak Urut 2 Bahagian Ini, Undang Kelahiran Pramatang!

Urut kaki ketika hamil kedengaran sangat selesa dan melegakan. Namun harus diingat ada beberapa kawasan yang harus dielak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan fisiologi yang berlaku ketika kehamilan akan memberi kesan kepada banyak perkara termasuklah di bahagian kaki ibu hamil. Semakin bertambah berat, ibu akan sering rasa lenguh di kaki. Jadi adakah urut kaki selamat ketika hamil?

Mungkin juga ada yang tertanya-tanya adalah selamat untuk urut tradisional di bahagian kaki atau lebih selamat menggunakan mesin urut kaki?

Ada juga yang berpandangan jika urut tapak kaki perlu berhati-hati kerana segala urat ada di situ. Jika tersilap urut boleh mendatangkan bahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungannya. 

Urut Kaki Ketika Hamil

Apabila anda hamil, anda rasa semuanya semakin besar, termasuk kaki. Kaki yang bengkak dan sakit adalah perkara biasa bagi wanita hamil, terutamanya semasa trimester ketiga.

Semua kesakitan dan rasa tidak selesa ini mungkin menyebabkan anda rasa mahu diurut bagi melegakannya. Tetapi mungkin tertanya-tanya adakah ia selamat?

Terdapat beberapa risiko jika anda dapatkan urutan kaki semasa kehamilan. Anda mungkin urut tapak kaki buang angin dalam badan, namun ada beberapa bahagian yang sebenarnya perlu dielak. 

Risiko lain urut kaki semasa kehamilan termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kerosakan pada struktur lembut kaki
  • Tekanan keretakan pada tulang kaki akibat osteoporosis atau trauma tumpul akibat urutan

Namun, ada juga kelebihan mendapatkan urutan kaki ketika hamil, apa yang penting anda perlu rujuk doktor anda terlebih dulu.  Ia mungkin dapat memberi kelegaan pada untuk seketika, tapi tidak tahu sama ada ia memberi efek jangka panjang. 

Terdapat kebimbangan mengenai wanita hamil yang mengalami pembekuan darah di kaki mereka. Perubahan pada aliran darah anda meletakkan anda lebih berisiko mengalaminya semasa kehamilan.

Jika anda mempunyai bengkak, atau rasa pijar pada bahagian bawah kaki elak dapatkan urutan dan hubungi doktor anda dengan segera.

Malah jika anda mempunyai sejarah pembekuan darah, pastikan anda berunding dengan doktor anda sebelum mengurut mana-mana bahagian bawah badan termasuk kaki. 

Adakah Selamat Untuk Urut Ketika Hamil

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun, ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudarat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahim.

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.

Tiga bahagian bahaya diurut ketika hamil:

#1. Abdomen

Urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen.  Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik deep-tissue massage.

#2. Pergelangan kaki 

Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

#3. Pergelangan tangan

Urutan di bahagian ini juga akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction), segeralah memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera dapatkan nasihat doktor. 

Kaki Bengkak Ketika Hamil, Perlu Diurut?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urut boleh menjadi bagus untuk kaki bengkak. Semasa mengandung, bengkak adalah perkara biasa. Mengurut kaki anda adalah cara yang berkesan untuk memberikan kelegaan kepada kaki yang bengkak kerana ia akan mengalihkan cecair dan mengurangkan bengkak.

Namun perlu tahu terlebih dahulu punca terjadinya bengkak kaki kerana dibimbangi jika diurut dengan kuat ia akan memberi kesan mudarat kepada ibu hamil.

Disebabkan punca di sebalik bengkak boleh berbeza-beza bagi setiap orang, ada yang mungkin perlu menggunakan cara lain untuk mengurangkan bengkak. Apa yang terbaik adalah sentiasalah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan selanjutnya. 

Walaupun bengkak pada kaki secara amnya tidak mendatangkan mudarat kepada ibu, dalam beberapa kes, ia adalah tanda keadaan serius yang dikenali sebagai preeklampsia.

Apabila bengkak datang secara tiba-tiba, sama ada melalui bengkak yang berlebihan di muka, kulit, tekanan darah atau sakit kepala yang teruk serta penurunan pengeluaran air kencing adalah penting untuk berunding dengan doktor anda.

Kebaikan Urut Kaki Ketika Hamil

Walaupun terdapat beberapa risiko yang terlibat dengan urutan kaki semasa kehamilan, terdapat juga banyak manfaat kesihatan.

Terapi urutan boleh membantu mengurangkan ketegangan otot di bahagian bawah kaki selagi ia tidak terlalu kuat. Urut juga boleh membantu merangsang tisu lembut yang mengurangkan cecair dalam sendi yang bengkak.

Faedah lain urutan kaki semasa kehamilan termasuk:

  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan – Satu kajian mendapati bahawa wanita hamil yang menerima terapi urutan selama 20 minit seminggu mengalami kurang sakit kaki dan belakang serta kurang kemurungan dan kebimbangan. Sakit pinggang adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ramai wanita hamil selain sakit kaki.
  • Memendekkan waktu bersalin – Kajian mendapati wanita hamil yang diurut mengalami proses bersalin kurang 3 jam dan kurang memerlukan ubat tahan sakit.
  • Mengurangkan tekanan – Urutan membantu menurunkan kortisol yang menyebabkan tekanan dalam badan.

Namun yang terbaik adalah mendapatkan urutan dengan mereka yang pakar. Mereka tahu teknik urutan paling selamat yang akan membuatkan anda berasa lebih selesa dengan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila berkait untuk mendapatkan urutan semasa kehamilan, adalah penting untuk mengetahui beberapa risiko yang terlibat. Tidak semua wanita akan menghadapi risiko yang sama, itulah sebabnya penting untuk berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada urutan kaki sesuai untuk anda.

Terdapat banyak titik akupuntur di kaki yang perlu anda elakkan kerana ia boleh mencetuskan kontraksi rahim dan mengundang kelahiran pramatang. 

Titik akupuntur ini termasuklah: 

  1. Titik akupuntur SP6 – terletak pada buku lali dalam. Adalah dipercayai bahawa urutan di sini boleh merangsang bahagian bawah perut dan menyebabkan pengecutan rahim.
  2. Pundi kencing  – Ini adalah tempat di belakang tulang buku lali di bahagian luar kaki. Ia boleh didapati di antara tendon Achilles dan tulang buku lali. Walaupun urutan di sini boleh digunakan semasa bersalin untuk memberi kelegaan, ia juga dipercayai menggalakkan kelahiran.
  3. Pundi kencing  – Ini terletak di sudut jari kelingking berhampiran kuku jari kaki. Urutan di sini dikatakan membawa kontraksi.

Urut Kaki Selepas Bersalin

Selepas bersalin, sudah pasti ramai yang mendapatkan khidmat urutan. Tukang urut pasti ada cara membuang angin dalam badan terutama bagi ibu lepas bersalin.

Tukang urut juga tentu ada cara urut tapak kaki buang angin. Pastikan tukang urut anda adalah yang bertauliah untuk mengurut wanita lepas bersalin kerana dibimbangi boleh menyebabkan pendarahan dan sebagainya. 

  1. familyeducation (September 20, 2021). Is It Safe to Have a Foot Massage During Pregnancy? www.familyeducation.com/pregnancy/is-it-safe-to-have-a-foot-massage-during-pregnancy
  2. healthline (March 31, 2022). Foot Massage During Pregnancy: Safety, Benefits, Risks, and Tips. www.healthline.com/health/pregnancy/foot-massage-pregnancy 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Urutan Perineum Ketika Trimester Ketiga, Bantu Kurangkan Risiko Terkoyak Ketika Bersalin

Baca juga: Ada 6 Pantang Ibu Bersalin Wajib Ikut Menurut Pakar, Kalau Tak Buat Memang Boleh Mudarat

Baca juga: Cara Buang Angin Dalam Badan Ibu Hamil, Suami Boleh Cuba 3 Teknik Urutan Ini

Penulis

Lala Annuar