Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

Sakit kepala dan kehamilan memang biasa kerana ia berkait rapat dengan perubahan fisiologi tubuh.Kami kongsikan urutan sakit kepala. Boleh cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan menyebabkan pelbagai perubahan pada tubuh sesetengah wanita seperti keletihan, loya, dan perubahan mood. Umumnya, pada trimester pertama kehamilan, wanita juga akan mengalami sakit kepala yang kerap. Jadi kami kongsikan urutan sakit kepala untuk ibu hamil cuba!

Sering sakit kepala ketika hamil dalah disebabkan oleh perubahan fisiologi semasa kehamilan, dengan peningkatan jumlah darah dalam aliran darah menyebabkan perkembangan saluran darah sekaligus menaikkan hormon seks yang lebih tinggi.

Neurotransmiter di otak akan memberi isyarat yang tubuh sedang mengalami tekanan dan kekurangan rehat.

Baca juga: Kerap Rasa Sakit Kepala Sebelah Kiri, Ini Penyebab & Cara Untuk Merawatnya Di Rumah

Urutan sakit kepala yang boleh dicuba ibu hamil

  Sekiranya sakit kepala ringan, ia tidak akan mengganggu kehidupan harian dan tidur ibu hamil. Terutamanya jika ibu hamil tidak mengalami gejala lain seperti mual, muntah, penglihatan menjadi kabur atau berganda dan keadaan lain. Namun penting untuk anda tahu membezakan sama ada ia adalah sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, atau keadaan lebih serius seperti tumor otak yang memerlukan rawatan khusus. Waspada jika sakit kepala pada trimester kedua, ketiga

Sakit kepala pada trimester pertama adalah normal, namun sekiranya sakit kepala mula berlaku semasa kehamilan trimester kedua atau ketiga, ibu harus berwaspada risiko preeklampsia.

Inilah pentingnya sejarah kesihatan keluarga ibu dan semasa kehamilan pertama (jika ada) diambil semasa buka buku pink. Pihak klinik akan membuat pemeriksaan fizikal tambahan seperti pemeriksaan neurologi atau x-ray yang tidak membahayakan janin dalam kandungan.

Setelah didiagnosis, doktor akan memberikan cara penjagaan yang sesuai dan mengawasi sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin.

Migrain ketika hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit kepala migrain adalah perkara biasa. Ia adalah sakit kepala berdenyut umpama denyut nadi dan seringkali terjadi dengan muntah atau melihat cahaya di mata pertama Kira-kira 50% dari ibu hamil akan mengalami sakit kepala migrain.

Ini 8 tips melegakan migrain ketika hamil:

  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Lakukan senaman ringan.
  • Menguruskan tekanan dengan betul
  • Elakkan faktor-faktor yang mencetuskan serangan migrain
  • Gunakan ubat penahan sakit seperti paracetamol, pastikan dos yang selamat.
  • Berhati-hati semasa menggunakan ubat anti-radang kerana ia boleh menjejaskan bayi dalam rahim bergantung pada masa suku mana ubat digunakan.
  • Jika migrain tidak sembuh doktor akan mempertimbangkan ubat tambahan

Urutan sakit kepala tanpa perlu makan panadol

Cara hilangkan sakit kepala ini memerlukan anda untuk mengurut pada enam tempat atau enam titik seperti dalam gambar di bawah.

Mula-mula, duduk dalam posisi yang selesa dan relaks. Urut setiap tempat yang ditunjukkan dengan gerakan membulat atau menekannya dengan agak kuat selama 30 saat hingga 1 minit.

#1. Titik di antara kening

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Titik yang terletak antara kening ini adalah lokasi di mana batang hidung bertemu dengan dahi. Mengurut kawasan ini boleh melegakan rasa letih pada mata.

#2. Dua titik di hujung kening

Dua titik pada hujung kening ini dipercayai mampu mengurangkan selsema di samping menajamkan penglihatan.

#3. Dua titik di bawah tulang pipi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urutan di kedua-dua titik ini membantu mengatasi masalah sinus, mengurangkan sakit kepala, sakit gigi serta menghilangkan stres.

#4. Dua titik pada tengkuk

Urutlah pada kedua-dua titik yang ditunjukkan pada gambar di bawah untuk melegakan hidung tersumbat, sakit mata dan telinga, sakit kepala yang kuat ataupun migrain.

#5. Titik di atas telinga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagian atas telinga ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian tersebut di samping merawat keletihan mata. Lakukan pada kedua-dua belah kepala.

#6. Titik berdekatan pangkal ibu jari

Tekanan atau urutan membulat pada titik ini mampu mengurangkan rasa sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher. Lakukan urutan yang sama pada kedua-dua belah tangan.

Menurut mereka yang pernah cuba urutan sakit kepala ini, rasa sakit kepala yang anda alami akan menghilang sedikit demi sedikit semasa melakukan urutan tersebut ataupun selepas 5-10 minit sesi mengurut selesai.

Bagaimanapun di bahagian ini ibu hamil perlu berhati-hati dan tidak menekan terlalu kuat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Aminul Rashid

Baca juga: Kenapa Ibu Hamil Sering Sakit Kepala? Ini 8 Cara Hilangkan Migrain Tanpa Bahayakan Janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar