Pasti ramai pasangan di luar sana yang sedang melakukan pelbagai usaha untuk hamil tidak kira sama ada baru mendirikan rumah tangga atau sudah lama menunggu kehadiran si kecil untuk memeriahkan lagi rumah tangga.
Bagaimanapun, mungkin ada di antara usaha yang dilakukan sebenarnya mungkin tersilap jadi tertunggu-tunggulah pasangan ini untuk menimang cahaya mata yang diimpikan hanya kerana kesalahan biasa yang mungkin tidak sedar mereka lakukan.
Usaha untuk hamil perlu disertai cara betul
Bukan mengatakan usaha yang anda lakukan selama ini salah, tetapi mungkin dalam tidak sedar ada sedikit kesilapan yang dilakukan yang mungkin akan memberi kesan kepada tahap keberkesanan untuk hamil.
Banyakkan membaca dan contohi pengalaman orang lain yang mungkin lebih berpengalaman daripada anda lebih lama dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata yang sudah lama dinanti.
Yang penting jangan sekali-kali berputus asa dan lakukanlah yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
10 kesalahan biasa yang boleh ganggu usaha untuk hamil
Cuba semak balik, ada tak anda dan pasangan lakukan perkara ini dalam usaha kalian untuk mendapatkan cahaya mata? Menurut laporan parent.com ini antara kesalahan yang mungkin dilakukan yang menggangu peluang untuk hamil.
#1. Tidak cukup lakukan seks
Pasti anda tidak pernah terfikir yang anda ada lakukan kesalahan dalam usaha mendapatkan bayi kan? Mungkin ada yang fikir mengurangkan aktiviti seks akan menjimatkan sperma suami anda atau hanya betul-betul ‘sibuk’ ketika waktu subur saja.
Ia sebenarnya perlu juga perhubungan seks yang konsisten, tidak semestinya hanya pada waktu subur saja ya! Usaha kan perlu konsisten, jadi cubalah pada waktu lain juga, mana tahu rezeki anda akan muncul pada ketika itu.
Tetapi ketika waktu subur itu kerap kali lah lakukan seks kerana peratusannya lebih tinggi untuk anda mendapatkan zuriat.
#2. Terlalu banyak lakukan seks
Terlalu kerap melakukan seks juga mungkin boleh menganggu peluang anda untuk memiliki cahaya mata. Ia mungkin membazirkan sperma si suami sedangkan ketika itu peluang untuk memiliki bayi sangat rendah.
Apa kata anda buat jadual, tetapi ada juga pasangan yang memang tidak boleh ikut jadual kerana ia datang secara spontan.
Kerapkan lakukan seks pada waktu isteri subur dan anda mungkin akan dapat hasil yang terbaik!
#3. Seks pada posisi sama
Ini juga mungkin mempengaruhi. Cuba tukar posisi seks anda. Jangan ingat hanya posisi sama saja boleh mendapatkan bayi.
Ada juga petua lepas lakukan seks, pastikan si wanita tidak pergi ke tanda untuk buang air kecil. Terus tidur saja. Atau lebih baik selepas lakukan seks letak bantal di bawah punggung anda jadi pada kedudukan ini ia akan meninggikan sedikit bahagian peranakan anda.
Selain itu, ada petua mengatakan jangan mencangkung beberapa selepas melakukan seks jika anda benar-benar ingin mahukan bayi.
#4. Anggap masalah hanya dari wanita
Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Hanya menyalahkan wanita bila berkaitan sukar mendapat cahaya mata dan sebagainya.
Hanya kerana wanita yang boleh mengandung dia dipersalahkan jika tidak mampu mengandung sedangkan kadang kala yang bermasalah adalah lelaki.
Jadilah suami yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa, bila buat pemeriksaan pastikan kedua-duanya membuat pemeriksaan.
#5. Salah anggar waktu subur
Tahu mengenai waktu subur anda sangat penting. Seks di waktu subur meningkatkan peluang lebih tinggi untuk hamil. Selain menggunakan aplikasi, lebih tepat untuk anda gunakan ovulation test kit atau ovulation predictor strip.
Dua alat ini akan membantu anda mendapatkan waktu subur yang tepat. Ia seperti kita ujian kehamilan tetapi ia menentukan waktu subur anda dengan tepat.
#6. Menggunakan pelincir
Pelincir memang membantu mendapatkan pengalaman seks yang asyik tetapi ia memberi kesan kepada sperma kerana membuatkan sperma sukar untuk berlayar dan menembusi telur.
Jika terpaksa juga guna pelincir, gunakan yang mesra sperma.
#7. Mengabaikan kesihatan
Ada pasangan yang masih merokok ketika cuba untuk hamil. Jagalah kesihatan, makanlah makanan yang berkhasiat kerana ia bakal mempengaruhi urusan anda dalam mendapatkan cahaya mata.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: parents.com
Baca juga:
https://my.theasianparent.comrancang-hamil